fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Apa Itu Domain & Apa Itu Hosting?

3,728

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Pada post saya yang lepas saya ada terangkan bagaimana untuk dapatkan domain murah melalui Godaddy dan saya juga pernah tulis berkaitan cara untuk daftar domain dan hosting melalui hosting internet-webhosting.com

Namun begitu, saya dapati ramai juga sebenarnya yang tak tahu maksud domain dan hosting. Waktu saya offer lifetime hosting sempena Firesale Merdeka, ada yang bertanya apa itu domain & apa itu hosting? Jadi saya ambil kesempatan di sini untuk menerangkan serba sedikit tentang apa itu domain dan juga apa itu hosting. Semoga dengan penerangan saya yang sedikit ini boleh memberi pencerahan kepada mereka yang tertanya maksud domain & hosting.

Apa Itu Domain?

Domain dengan kata yang mudah faham adalah url utama website kita. Sebagai contoh blog saya ni. Bila orang bertanya, Apa nama website? Maka saya akan berikan nama website saya adalah www.eezwanmanaf.com. Jadi alamat website saya ini adalah nama domain.

Domain = Alamat website

Domain jika boleh diberikan perumpamaan, ia ibarat alamat rumah kita. Manakala hosting pula diibaratkan sebagai rumah. Setiap rumah wajib ada alamat supaya posmen dapat hantar surat & orang boleh menjumpai rumah kita. Maka kedua-duanya saling berkait rapat. Jika selepas ini ada orang bertanya apa itu domain? Maka anda sudah boleh menjawabnya dengan tepat.

Level Domain

Domain ada beberapa level iaitu:-

  1. Top level domain (TLD)
  2. Second level domain (SLD)
  3. Third level domain

Top Level Domain (TLD)

Deretan di belakang nama domain. Contoh .com/ .net/ .org/ .edu dan sebagainya. Ada dua jenis TLD iaitu Global Top Level Domain (gTLD) seperti yang disebutkan tadi dan juga Country Code Top Level Domain (ccTLD) yang dikhaskan untuk negara masing-masing. Contoh .com.my/ .net.my

Second Level Domain (SLD)

Nama domain yang didaftarkan. Dalam kes saya nama domain saya adalah eezwanmanaf. Maka eezwanmanaf adalah SLD, manakala .com adalah TLD. Lihat rajah di bawah untuk lebih faham.

apa itu domain & apa itu hosting

Third Level Domain

Third level domain ini adalah seksyen kepada nama domain. Ia diletakkan sebelum second level domain. Sebagai contoh jika mengambil domain eezwanmanaf.com kemudian di depannya ditambah seperti blog.eezwanmanaf.com maka itu adalah third level domain. Atau bahasa mudah ia adalah sub domain. Di dalam syarikat third level domain ini biasanya digunakan untuk pembahagian jabatan-jabatan. Contohnya hr.syarikat.com, it.syarikat.com

Apa Itu Hosting?

Ok apa itu hosting? Seperti yang saya maklumkan di atas, hosting boleh diibaratkan seperti rumah. Di dalam rumah ada bermacam-macam perabot dan semua barang-barang kita terletak dan disimpan di dalam rumah. Begitu juga dengan hosting. Ia adalah tempat di mana semua fail, maklumat dan database disimpan. Dah mula faham apa itu hosting?

Ia adalah tapak kepada laman web anda dimana di sinilah laman web anda akan ditempatkan. Ingat, untuk ada alamat kena ada rumah. Jadi untuk ada sebuah laman web, anda perlu ada hosting sekali.

Hosting pula ada bermacam-macam jenis iaitu:

  1. Shared Hosting
  2. VPS Hosting
  3. Dedicated Hosting
  4. Cloud Hosting

Untuk terangkan dengan lebih lanjut tentang apa itu hosting saya sertakan video yang saya jumpa dari youtube. Anda boleh tonton dan fahamkan dengan lebih lanjut maksud kesemua hosting ini.

Saya harap anda sudah faham pengertian domain & hosting selepas penerangan ringkas dari saya. Jika ada apa-apa soalan, bolehlah tinggalkan komen di bawah ye

7 Comments
  1. thalhah says

    Alhamdulillah. penerangan yang bagus sekali

    1. Eezwan Manaf says

      Terima kasih 🙂

  2. Amir Bin Azman says

    Apa beza antara VPS biasa dengan Cloud VPS ya ?

    1. Eezwan Manaf says

      Tak reti nak terangkan tapi boleh baca kat sini https://www.liquidweb.com/blog/what-is-cloud-vps/

  3. redz says

    bagai mana nak buat seo of website?

    1. Eezwan Manaf says

      Nak buat SEO jika untuk asas boleh pakai plugin percuma yang ada di dalam pasaran. Sama ada guna Yoast atau pun all in one SEO. Boleh search kat bahagian plugin.

  4. Abdul says

    Tawaran hosting yang menarik

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More