fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Apa Maksud PLR?

1,111

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya sebenarnya apa maksud PLR? Bagi internet marketer istilah ini mungkin sudah biasa lebih-lebih lagi produk PLR adalah produk yang ditunggu-tunggu kerana melalui produk ini ia boleh menjana duit dengan cepat jika kena dengan caranya. Dalam entri yang lepas saya ada berkongsi tentang satu produk PLR iaitu Mastery Copywriting

Jadi apa maksud PLR?

PLR adalah singkatan dari Private Label Right. Dengan produk PLR ini anda diberikan kebenaran untuk mengubahsuai kandungan produk, tajuk, grafik dan apa sahaja yang diletakkan dalam lesen yang dibekalkan. Melalui produk PLR ini juga anda boleh menjadikan produk tersebut sebagai hak milik anda dan meletakkan anda sebagai penulisnya.

Kebiasaanya produk PLR dibekalkan dengan fail-failnya sekali seperti ebook dalam format .doc supaya anda boleh mengubahsuai isi kandungannnya. Anda juga akan dibekalkan dengan grafik dan salesletter juga namun ia bergantung juga kepada pembekal produk tersebut. Kadang-kadang tidak dibekalkan tapi anda boleh buat apa sahaja dengan produk tersebut.

Dengan lesen PLR anda boleh menjualnya semula kepada pelanggan anda dengan hak yang sama atau selain dari itu seperti MRR, RR & Personal Use. Yang lagi hebat anda boleh kaut 100% keuntungan daripadanya.

Lesen PLR ini pula terbahagi kepada beberapa bahagian. Betulkan saya jika saya salah. PLR terbahagi kepada Unrestricted PLR, non-transferable PLR & PLR biasa

Unrestricted PLR – Anda boleh buat apa sahaja dengan produk tersebut. Ia milik anda 100%

Non-Transferable PLR – Anda boleh buat apa sahaja dengan produk tapi tidak boleh jual kandungan asal atau beri percuma kepada orang lain. 

PLR Biasa – Yang ini bergantung kepada pemilik produk. Biasanya tidak boleh jual PLR tapi boleh jual lesen MRR, RR atau personal use

Apa pula maksud MRR?

MRR adalah singkatan dari perkataan Master Resale Rights atau Master Resell Rights. Ia menawarkan terma yang sama kepada pelanggan. Anda boleh jual semula produk dengan hak yang sama iaitu MRR atau lebih rendah dari itu iaitu Basic Resale Rights atau Resale Rights. Pelanggan anda juga boleh menjualnya semula dengan hak yang sama. Anda boleh lihat terma-terma ini dalam setiap produk yang dibekalkan

Maksud RR?

RR pula berasal dari singkatan Resale Rights. Ia adalah lesen yang membenarkan anda menjual produk kepada pelanggan anda di mana pelanggan anda tidak boleh menjualnya semula. Maksudnya anda hanya boleh jual produk tersebut kepada end-user sahaja. Mereka hanya boleh jual semula untuk kegunaan sendiri sahaja

Ok itu sahaja sedikit perkongsian daripada saya. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila tinggalkan komen anda di bawah

Di bawah saya tunjukkan contoh salah satu lesen yang diberikan kepada pembeli-pembeli:

Apa maksud plr
Contoh Lesen PLR Yang Dibekalkan kepada pembeli

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More