fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Cara Backup Whatsapp Untuk Whatsapp For Business

2,643

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Hujung Bulan Januari 2018 baru-baru ini, Whatsapp telah melancarkan satu lagi aplikasi Whatsapp yang dikhususkan untuk orang yang berniaga menggunakan Whatsapp. Ia dinamakan sebagai Whatsapp for Business (W4B).

Whatsapp mula diperkenalkan pada Januari 2009 di California oleh Jan Koum & Brian Acton. Kemudian diambil oleh Facebook pada tahun Februari 2014 dengan harga US$19.3 Billion.

Sewaktu peringkat permulaan, pengguna aktif meningkat sehingga 250 000 orang. Dalam 5 tahun kemudian ia meningkat sehingga lebih 400 juta pengguna aktif. Patutlah Mak Juki nak sangat WhatsApp ni sebab angka database tu memang tinggi. Bak kata pepatah zaman teknologi ni… Database is the king! Selepas 6 bulan diambil oleh Facebook, pengguna WhatsApp sudah pun mencapai 600 juta orang! Selepas 2 tahun ia sudah pun mencapai 1 billion pengguna. Perghh..bayangkan Koum & Acton ambil masa 5 tahun untuk kumpul sehingga 400 juta. Mat Juki pula ambil masa 2 tahun sahaja untuk tambah lagi 600 juta menjadikan ia 1 billion..

Pada tahun 2017, The Digital News Report melaporkan bahawa Malaysia adalah pengguna Whatsapp terbanyak di dunia iaitu sebanyak 51%. Nampaknya Malaysia memang kaki WhatsApp. Group Bisnes WhatsApp, Group Family, Group Sekolah, Group Uni, Group Kerja..Apa group yang tak ada? semua ada..hehe.. Bahkan untuk berniaga pun guna WhatsApp.. Jadi memang sesuailah WhatsApp For Business di lancarkan..

Masalah yang sering ditanya. Kalau install WhatsApp for Business akan hilang tak Chat lama? Jawapannya: YA akan hilang kalau tak buat backup!

Sebab W4B ni hanya boleh digunakan untuk satu nombor sahaja. Kalau anda ada 1 kad sim kena pilih sama ada nak guna WhatsApp biasa sahaha atau W4B. Kalau anda memang ada 2 kad sim tiada masalah.

Jadi Macam mana cara nak ambil chat dari Whatsapp lama untuk dimasukkan ke dalam W4B? Ok jom saya tunjukkan cara-caranya!

Cara Backup WhatsApp Untuk Digunakan Dalam WhatsApp For Business!

Bahagian 1: Backup Chat Anda

  1. Buka aplikasi WhatsApp di dalam smartphone anda
  2. Pergi ke bahagian Settings
  3. Klik pada Chats
  4. Pilih Chat backup
  5. Klik BACK UP (Pastikan anda backup ke Google Drive. Sila pilih akaun email anda pada bahagian Google Drive settings)
  6. Tunggu sehingga backup selesai.
  7. Tutup Whatsapp

Note: Sila lihat video di bawah bagaimana cara untuk backup

Bahagian 2: Install WhatsApp for Business

  1. Masuk ke dalam Play Store
  2. Cari Whatsapp Business
  3. Klik Install
  4. Buka Whatsapp Business dan Klik ‘Agree And Continue”
  5. Masukkan No telefon anda dan klik Next
  6. Masukkan 6 digit code (Biasanya ia akan auto verify selepas dapat code melalui sms)
  7. Whatsapp akan cari backup dan pilih email yang anda pilih untuk backup melalui bahagian 1 tadi. Jika tiada email tadi kena add acount.
  8. Klik pada Restore dan Whatsapp akan mula restore balik chat
  9. Selepas selesai restore klik Next dan masukkan nama business anda. Pastikan anda masukkan dengan betul kerana selepas ini nama ini dah tak boleh tukar
  10. Tunggu sehingga semua media sudah diupload dan anda sudah selesai!

Note: Sila lihat video di bawah bagaimana untuk intall whatsapp for business dan restore dari backup

Jika cara ini anda tidak boleh juga backup & restore Whatsapp maka anda perlu melakukan secara manual.

4 Comments
  1. QIN says

    Tuan, bagaimana pula kalau kita nak back up W4B itu sendiri ?

    1. Eezwan Manaf says

      Kena masuk dalam folder W4B tu kat phone dan download atau copy ke usb drive

  2. Nila anggraini says

    Thanks for info admin

    1. Eezwan Manaf says

      Sama-sama semoga bermanfaat

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More