fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Cara Beli Domain GoDaddy Malaysia Dengan Harga Murah

2,347

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Cara Beli Domain GoDaddy Malaysia

Di Malaysia sekarang harga sebuah domain sudah mencecah RM45-RM50 setahun. Seiring dengan barang yang semakin naik, domain juga tidak terlepas daripadanya.

Namun begitu, masih ada cara untuk mendapatkan domain dengan harga yang sangat murah iaitu melalui Godaddy. Godaddy kerap memberi kupon kepada pengguna-penggunanya. Banyak juga blogger dan website yang boleh memberi kupon dengan harga yang tak masuk akal melalui Godaddy. Jadi bagaimana cara beli domain GoDaddy ni?

Ok jom saya tunjukkan cara-caranya. Sila tonton video yang saya sediakan di bawah:

Saya juga sediakan tutorial bertulis untuk rujukan bersama. Sila ikut langkah-langkah di bawah

Langkah 1: Melalui google search ‘Godaddy Coupon’

Langkah 2: Pilih tawaran yang paling murah yang ada dalam carian google. Contoh di sini Godaddy Malaysia menawarkan harga domain semurah RM3.99 setahun

Langkah 3: Klik pada link tersebut dan anda akan dibawa ke laman web Godaddy. Pastikan tawaran yang dibuat adalah betul

Langkah 4: Buat carian domain yang anda berkenan. Pastikan domain yang anda inginkan itu masih ada. Sebagai contoh, domain yang saya cari adalah theresellrights.com dan ia masih ada bermaksud tiada siapa-siapa lagi kat dunia ini memilikinya lagi 🙂

Langkah 5: Kemudian klik pada butang Add to Cart

Langkah 6: Setelah domain anda telah ditambah, klik pada Continue to Cart

 

Langkah 7: Untuk bahagian privacy protection anda boleh pilih sama ada perlukannya atau tidak. Untuk tutorial ini saya tidak akan pilih. Tujuan Privacy Protection ini adalah bertujuan untuk menjaga privasi anda dari diceroboh oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Mereka boleh nampak nama anda, emel anda dan juga telefon anda.

 

Langkah 8: Skrol sehingga ke bawah dan klik butang Continue with these options. Tidak perlu pilih tawaran-tawaran yang lain

Langkah 9: Anda akan lihat bahawa domain anda telah dimasukkan ke dalam bakul pembelian. Anda boleh pilih pada bahagian term untuk masukkan berapa lama anda perlukan domain ini. Boleh pilih sehingga 10 tahun. Kemudian klik pada butang Proceed to Checkout

 

Langkah 10: Sewaktu proses checkout, anda diminta untuk login ke dalam akaun. Jika belum ada akaun, sila cipta akaun terlebih dahulu. Klik pada link Create an account

 

Langkah 11: Isi maklumat yang diperlukan dan Create Account. Anda juga boleh daftar melalui facebook

 

Langkah 12: Selepas Create Account, anda akan dibawa sekali lagi untuk mengisi maklumat peribadi anda dan juga kredit/debit kad anda untuk tujuan pembayaran. Penuhkan maklumat anda dan bila selesai klik pada Continue

Langkah 13: Ini adalah langkah terakhir, sila semak domain anda dan harga domain yang ditawarkan. Sebelum tu perlu masukkan Character yang terpapar pada skrin anda. Setelah  berpuas hati klik pada butang Place Your Order

 

Jika pembelian anda berjaya, anda akan dapat ucapan terima kasih daripada Godaddy. Itu bermakna domain tersebut telah berjaya menjadi hak anda! Tahniah!

Cara Beli Domain GoDaddy Malaysia Dengan Harga Super Duper Murah!


 

11 Comments
  1. Norizan bin Mehat says

    Assalamualaikum, Tuan. Saya nak tanya kalau domain expired melepasi 30 hari dan registrant pula menghilangkan diri, macamana nak owner nak buat. domain dibeli dari godaddy. Mintak tolong beri pencerahan. Terima kasih

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam. Tahu tak login id untuk account godaddy tu? Kalau tak tahu susah nak dapatkan balik. Tapi boleh contact godaddy untuk minta bantuan.

  2. Syah says

    kenapa tiap kali purchase x lepas?katanya please verify apa tah..dah bpe kali cek,takde yg salah.tp xbleh purchase jugak..rasa2 salah kat mana?

    1. Eezwan Manaf says

      Pakai debit card ke? Bank apa? Dah enable online purchase?

  3. Mohd Fairul says

    RM3.99 harga domain setiap tahun renew sama ke Tuan?

    1. Eezwan Manaf says

      Tak sama. First register saja RM3.99. Lepas tu renew harga asal

    2. Syakir Muhsin says

      Assalam tuan, saya nak tanya macam mana nak publish website selepas kita dah beli domain dan hosting … app ada tuan guna? Terima kasih

      1. Eezwan Manaf says

        Waalaikumussalam. Guna softaculous dalam cPanel. Ada wordpress. Klik dan install saja.

  4. mreshane says

    pembelian ni hanya utk new user sahaja, sekiranya dah pernah beli domain menggunakan id yang sama / debit card / credit card yang sama akan dibatalkan serta merta.

    Takde gunanya jugak…

    1. eezwan says

      Ye tuan. Ini hanya untuk pendaftaran baru sahaja. Existing user tak boleh guna cara ni 🙂 Jika nak guna juga boleh create akaun baru dengan menggunakan email yang berlainan dan bayar melalui bank lain macam yang tuan inform kat atas.

  5. […] anda sudah ada bisnes dan juga FB fanpage, adalah lebih baik juga jika anda juga membeli domain berdasarkan nama bisnes atau nama fanpage anda. Sebagai contoh jika saya ada sebuah fanpage […]

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More