Cara Buka Email Lain Dengan Gmail?
Buka Email Lain Selain Gmail
Ada email selain gmail? Bukan email yang percuma seperti gmail, yahoo, hotmail dan sebagainya ye. Yang saya maksudkan adalah email seperti email company iaitu email dengan domain anda sendiri. Biasanya kita buka email ini melalui webmail.
Kadang-kadang emel ini kita gunakan hanya untuk tujuan kerja saja. Jadi bila kadang-kadang guna, maka jarang-jarang jugalah buka email ni. Maka kadang-kadang juga terlepas info penting yang dihantar melalui email ni. Pos sebelum ini saya ada buat satu tutorial bagaimana cara untuk setup email sendiri. Boleh baca kat sini.
Biasanya saya lebih suka gunakan Gmail dan jarang buka webmail. Kalau boleh saya nak baca email lain hanya melalui Gmail sahaja. Maksudnya baca banyak email melalui satu platform sahaja. Jadi senanglah nak baca guna handphone, tab atau ipad.
Sebenarnya ada caranya. Tapi rasanya ramai yang tak tahu. Kalau nak tahu caranya, jom sama-sama ikut tutorial yang saya kongsikan ini.
Cara Settings
Pertama sekali anda perlu ada email anda sendiri (webmail) dan juga akaun Gmail. Dalam tutorial ini saya akan guna email saya yang ini contact[@]eezwanmanaf.com untuk dibaca melalui Gmail eezwanmanaf[@]gmail.com
Langkah 1: Buka akaun Gmail anda dan pergi ke bahagian setting
Langkah 2: Pergi ke bahagian Accounts and Import
Langkah 3: Di bahagian ‘Check mail from other accounts: Klik pada add a mail account
Langkah 4: Masukkan alamat email anda. Saya akan masukkan email saya yang ini contact[@]eezwanmanaf.com. Jangan masukkan gmail kat sini ye. Kemudian klik Next.
Langkah 5: Pilih Import emails from my other account (POP3). Kemudian klik Next.
Langkah 6: Masukkan username dan password. Pastikan username adalah email penuh anda. Di bahagian POP server ini masukkan alamat seperti gambar di bawah ni. Gantikan domain tu dengan domain anda sendiri. Jangan masukkan mail.eezwanmanaf.com masukkan mail.namadomainanda.com. Port sila pilih ikut ketetapan dari client email anda. Biasanya default adalah 110. Kemudian klik pada Add Account. Jika anda tidak dapat add account sila untick bahagian SSL.
Langkah 7: Jika berjaya, Gmail akan check semua email yang ada dalam webmail anda dan dimasukkan ke dalam Gmail. Lagi banyak email anda, lebih lama Gmail akan check.
Itu sahaja. Setiap kali orang hantar email ke contact[@]eezwanmanaf.com maka saya akan terimanya di akaun Gmail saya.
Jika anda rasa bermanfaat sila share supaya orang lain juga dapat berkongsi ilmu yang sama. Terima kasih 🙂