Cara Daftar Domain Ke Hosting Yang Berbeza
Baru-baru ni saya ada terima email dari seseorang bertanyakan soalan tentang bagaimana cara daftar domain ke hosting yang berbeza. Soalan beliau seperti berikut:
saya ada beli domain dan hosting di syarikat yang berbeza..bagaimana cara nya nak daftar domain yang kita beli kat hosting yang saya beli..mohon tunjuk ajar
Sebelum ini saya ada terangkan tentang cara untuk daftar domain & hosting dari syarikat yang sama tapi tidak menerangkan lebih lanjut bagaimana jika seseorang membeli domain dan hosting dari 2 tempat yang berlainan.
Jadi kali ini saya berkongsikan kepada anda bagaimana cara daftar domain ke hosting yang berbeza.
Cara Daftar Domain Ke Hosting Yang Berbeza
A. Tukar Nameserver
1. Pertama sekali anda perlu tahu nama nameserver dari syarikat hosting anda. Biasanya pihak hosting akan emailkan kepada anda login info berserta dengan nama nameserver. Jika anda tidak jumpa, sila hubungi pihak hosting anda dan bertanya tentang nameserver ini.
Contoh nameserver: ns1.eezwanmanaf.com | ns2.eezwanmanaf.com
Adakala nameserver juga diberikan dalam bentuk IP address
2. Selepas anda dah perolehi nama nameserver tersebut, sila login ke dalam AKAUN DOMAIN anda. Akaun domain ye, bukan hosting. Klik pada bahagian domains (paparan mungkin berbeza mengikut syarikat domain yang anda daftar)
3. Klik bahagian manage nameserver
4. Pilih use custom nameservers dan masukkan Nameserver 1 & Nameserver 2
5. Kemudian klik Change Nameservers. Anda perlu tunggu dalam masa 24 jam untuk membolehkan domain anda berfungsi. Tapi mengikut pengalaman saya, tak sampai setengah jam pun dah boleh pakai. Kadang-kadang tak sampai pun 5 minit..
B. Addon Domain
Selepas menukarkan nameserver, langkah seterusnya adalah dengan menambah domain ke dalam hosting anda. Pastikan hosting anda support lebih dari 1 domain.
1. Mula-mula login ke dalam cPanel
2. Cari bahagian Domains dan klik pada Addon Domains
3. Masukkan domain name anda. Apabila anda masukkan domain name, secara automatik Subdomain dan Document root akan diisi. Kemudian klik pada Add Domain.
4. Jika berjaya, domain baru anda akan dipaparkan di dalam list domain seperti berikut
Macam mana nak tahu dah berfungsi ke belum?
Senang je, anda boleh install website anda atau install wordpress ke dalam hosting anda. Kalau website anda dah boleh buka maksudnya dah berjaya la tu.. 🙂
Ok itu sahaja perkongsian saya kali ini. Sebarang pertanyaan boleh tanya kat bahagian komen ye.
Terima kasih