fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Cara Daftar Domain & Hosting

1,246

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Cara Daftar Domain & Hosting Untuk Website

Cara daftar domain & hosting sudah banyak tutorial yang telah dikongsikan oleh blogger-blogger lain, namun saya percaya masih lagi ramai yang belum tahu cara-cara yang betul. Kadang-kadang takut untuk membuat pembelian secara online terutama yang melibatkan online banking. Apa yang bakal saya tunjukkan ini mudah-mudahan boleh mengurangkan kebimbangan terutamanya mereka yang baru hendak bermula dengan blog atau website.

Domain & hosting wajib ada untuk membina sebuah blog atau website yang self-hosted. Hosting ibarat rumah manakala domain pula ibarat alamat rumah. Blog atau website tidak dapat dibina jika salah satu daripadanya tiada.

Di Malaysia sudah banyak wujud syarikat-syarikat penyedia hosting & domain. Anda boleh pilih mana-mana syarikat mengikut citarasa anda. Anda boleh google ‘Hosting Malaysia’ dan akan tersenarai penyedia-penyedia hosting yang terdapat di Malaysia. Anda boleh buat ‘research’ yang mana lebih baik untuk anda. Bagi saya, saya memilih internet-webhosting.com kerana harganya lebih berpatutan dan support yang diberikan juga terbaik setakat ini. Anda juga boleh memilih web hosting yang lain seperti exabytes, serverfreak, shinjiru, webserver dan sebagainya. Pastikan anda pilih mengikut kemampuan anda.


Dalam panduan ini saya akan tunjukkan cara daftar domain & hosting menggunakan internet-webhosting.com

Pertama sekali sila ke website penyedia hosting www.internet-webhosting.com (Anda boleh menggunakan penyedia hosting yang lain jika mahu. Kaedahnya sama sahaja)

Klik pada butang Check. Tidak perlu masukkan apa-apa.

cek domain

Klik pada butang Check Availability

check availability domain

Masukkan domain yang anda ingini. Fikir masak-masak domain yang anda ingin daftarkan. Contoh eezwanmanaf.com. Jika domain anda available maka pihak domain akan nyatakan yang domain anda masih ada. Jika domain anda tidak available sila gunakan domain lain sehinggalah berjaya. Harga domain adalah sebanyak RM50 setahun.

daftar domain yang available

Klik pada Add to Cart untuk masukkan dalam pembelian dan klik pada pada butang Checkout


belian domain


Untuk pembelian hosting klik pada bahagian [No Hosting! Click to Add] seperti gambar di bawah.

 

cara daftar domain dan hosting

Pilih Linux-Standard-Plan yang berharga RM80. Anda boleh upgrade bila-bila masa mengikut keperluan anda. Klik Order Now

pilih plan hosting

Guna domain yang anda pilih tadi untuk diintegrasikan dengan hosting. Klik pada butang Use

pilih domain untuk hosting

Pilih MYR80.00 Annually pada billing cycle dan klik pada butang Continue

choose billing cycle hosting

Jika anda ingin protect domain anda maka anda perlu tick pada ID Protection (Yang ini optional). Jika anda rasa anda tidak perlukan maka tidak perlu pilih. Jika ya maka RM20 setahun akan dikenakan. Klik butang Continue

Domains configuration

Sila semak domain dan hosting yang anda pilih sebelum membuat pembayaran. Jika anda berpuas hati dengan pilihan anda maka klik pada butang Checkout

bayaran domain & hosting

Sewaktu proses Checkout, anda diwajibkan untuk mendaftar terlebih dahulu. Jadi masukkan segala maklumat peribadi anda, alamat dan juga password (Pastikan ingat password anda kerana ia akan digunakan untuk login ke dalam sistem)

Daftar akaun hosting

Pada bahagian Payment Details sila pilih kaedah bayaran yang selesa untuk anda. Untuk lebih senang boleh pilih kaedah pertama iaitu MyClear FPX memandangkan tiada caj dikenakan dan domain serta hosting terus dapat diaktifkan. Jika setuju tick pada Terms of Service dan klik pada butang Complete Order

payment hosting

Selepas anda klik pada butang Complete Order, anda akan dibawa ke sistem FPX di mana sistem ini akan membantu anda untuk membuat pembelian secara ‘online banking’. Jangan bimbang kerana sistem ini selamat digunakan. Klik pada Continue

bayaran secara fpx

Pilih bank yang anda mahu. Pastikan bank yang anda pilih adalah bank yang anda telah daftarkan internet banking. Sebagai contoh saya memilih Maybank2u.com kerana saya mempunyai akaun bersama dengan Maybank.

Bayaran secara maybank2u

Di bahagian bawah, masukkan email anda dan klik butang Agree and Continue

setuju dengan terma dan syarat

Kemudian anda login seperti biasa ke dalam internet banking anda dan buat pembayaran. Selesai pembayaran anda akan terima email dari pihak hosting mengenai status tempahan anda.

Tahniah! Kerana anda berjaya mendapatkan domain serta hosting untuk blog & website anda. Pada tutorial akan datang, saya akan tunjukkan bagaimana untuk membina sebuah blog/website berasaskan wordpress sepertimana blog saya sekarang.

Pastikan anda simpan email berkaitan dengan login info domain anda. Pastikan anda label email anda untuk kemudahan anda di masa akan datang

Pesanan: Jika anda buat pembelian add-on domain, maka anda harus menukarkan nameserver. Boleh tengok post saya yang lain tentang cara untuk tukar nameserver.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More