fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Cara Enable Online Purchase Untuk Kad Debit Maybank

897

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Cara Aktifkan Online Purchase Untuk Kad Maybank Bagi Pembelian Luar Negara

Baru-baru ini saya cuba untuk membuat pembelian produk digital luar negara menggunakan akaun paypal. Namun transaksi tersebut gagal kerana debit kad Maybank saya tak boleh digunakan..Padahal dulu dah enable

Dalam hati saya dah fikir..ini mesti dah kena blok dengan Maybank ni..Lagi-lagi bila semua pemegang kad wajib tukar debit kad

Seperti yang kita sedia maklum bermula 2016 pihak bank sudah mula disable kan online purchase bagi pemegang-pemegang kad debit. Ini bermakna kita sudah tidak boleh membeli belah secara online menggunakan Kad Debit.

Bagi yang tidak cakna dengan situasi ini ramai yang gelabah bila kad mereka sudah tidak boleh membuat pembelian menggunakan mata wang USD terutamanya melalui Paypal atau akaun Steam bagi peminat game.

JANGAN RISAU

Sebenarnya ini bukanlah satu masalah, anda cuma perlu telefon customer service sahaja untuk enablekan online purchase ini.. Mudah sahaja..Nombor telefon ada di belakang kad debit masing-masing..

TAPI

Sebenarnya kalau anda malas nak telefon customer service ada cara lagi senang iaitu melalui Maybank2u!

Ini pun saya dapat bila telefon customer service. Ingat dia yang akan buat, rupa-rupanya dia suruh buat sendiri melalui maybank2u..

Cara-Caranya

1. Login ke Maybank2u.com.my (Kalau tak ada sila register terlebih dahulu)

2. Pergi ke bahagian Card Management.

 

3. Klik pada bahagian Overseas ATM Facility

4. Kemudian pilih Activation dan klik pada butang Continue

5. Pilih start date & End Date yang anda mahukan. Pastikan anda letak End Date setahun dari Start Date. Contohnya jika anda Letak 16 August 2017 sebagai Start Date, maka End Date adalah 16 August 2018. Kemudian klik pada butang Continue.

6. Anda akan diminta memasukkan TAC number. Request TAC number dan masukkan kod TAC yang anda dapat . Kemudian klik pada butang Confirm

7. Setelah berjaya register, maka anda terus boleh gunakan kad atm anda untuk pembelian luar negara menggunakan kad debit Visa anda.

Selamat Mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More