fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Cara Install SSL Secara Percuma – Let’s Encrypt

917

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Salam & Hi pembaca-pembaca sekalian,

Sebelum ini saya ada kongsikan kepada anda tentang cara untuk memasang SSL secara percuma di mana cara itu boleh digunakan jika anda tidak mempunyai fungsi Let’s Encrypt di dalam hosting anda.

Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu kebanyakan hosting sekarang juga mempunyai fungsi Let’s Encrypt ini di dalam hosting dan anda boleh memasangnya secara percuma sahaja.

Bagaimana Cara Install SSL Secara Percuma Menggunakan Let’s Encrypt?

Jom saya tunjukkan bagaimana cara untuk install SSL secara percuma menggunakan Let’s Encrypt

Langkah 1: Anda perlu login terlebih dahulu ke dalam cPanel dan cari bahagian Security

Langkah 2: Klik pada icon Let’s Encrypt

Langkah 3: Skrol ke bawah dan cari bahagian Issue a new certificate. Pilih domain dan klik pada +Issue

Langkah 4: Anda tidak perlu tukar apa-apa di bahagian ini. Biarkan ia setting secara default. Pastikan pilih http-01 dan klik pada butang Issue.

Langkah 5: Jika berjaya notis seperti ini akan keluar.

 

Itu sahaja! Senang kan? Ada persoalan? Tinggalkan komen anda di bawah.

Bagi mereka yang ingin tonton video tentang cara install ssl secara percuma ini, bolehlah tonton video di bawah:

Nota: Untuk Let’s Encrypt, anda perlu renew certificate ini setiap 3 bulan. Ada sebahagian hosting akan auto-renew ssl ini. Namun jika hosting anda tidak auto-renew, anda perlulah renewnya sendiri.

5 Comments
  1. Ariff says

    Tuan, kalau guna wpress utk website ada c panel ke?

    1. Eezwan Manaf says

      Tengok hosting mana guna..ada yang cpanel, ada yang tak pakai cpanel..Wordpress tu boleh pasang mana-mana hosting

  2. Muhamad Nasarudin Roslan says

    sy guna vps sendiri (install vesta + letencrypt )..nk budget punya pasal..huhu

  3. Danna says

    Saya salah masuk no tracking order di shopee. Sy check2 x de update lg brg tu.Rupanya saya salah masuk no tracking order. Cm ner nk edit supaya senang cust tahu brg tue dah sampai ke tidak

    1. Eezwan Manaf says

      Chat dengan customer dan beritahu yang tersalah masuk no tracking. Suruh dia cek guna no tracking yang betul kat website pos laju

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More