fbpx

Cara Keluarkan Duit Dari Shopee


Cara Keluarkan Duit Dari Shopee

Duit dah masuk, tapi macam mana nak keluarkan duit dari Shopee? Pernah tanya soalan ni? Soalan ni biasa ditanya kepada saya dari mereka yang baru bermula berniaga di Shopee.

Sebelum itu anda perlu tahu bahawa hanya satu pengeluaran sahaja dibenarkan di dalam 1 hari. Jika anda sudah buat pengeluaran untuk hari ini, maka anda tidak boleh lagi buat pengeluaran untuk kali ke-2 pada hari yang sama. Anda perlu tunggu sehingga hari esok. Minimum pengeluaran adalah sebanyak RM1.

Dalam seminggu pula anda dibenarkan untuk buat 3 kali pengeluaran. Jika melebihi 3 kali pengeluaran dalam seminggu, anda akan dikenakan ‘Processing Charge’ dengan kos sebanyak RM0.11 untuk setiap pengeluaran.


Langkah-langkah keluarkan duit dari Shopee

  1. Login ke Akaun Seller dan klik pada ‘My Wallet’Keluar Duit Dari Shopee
  2.  Di bahagian My Wallet ini, jumlah baki akaun anda akan dipaparkan di sini. Untuk keluarkan duit klik pada butang Withdraw dan pilih akaun bank anda.
  3. Masukkan jumlah duit yang anda ingin keluarkan dari My Wallet ini. Di bahagian ini saya tetapkan RM3,000 untuk pengeluaran. Kemudian klik pada butang Confirm untuk pengesahan.
  4. Selepas anda confirm, anda perlu memasukkan wallet PIN anda untuk melengkapkan proses. Tanpa wallet PIN anda tidak dibenarkan buat pengeluaran. Ia adalah langkah keselamatan supaya hanya orang yang layak sahaja dibenarkan untuk buat pengeluaran duit.
  5. Selepas berjaya memohon untuk pengeluaran, anda perlu tunggu 2-5 hari untuk pihak bank proses permohonan anda.
  6. Maka selesailah tutorial cara keluarkan duit dari Shopee. Good luck 🙂

Bacaan lai berkenaan Shopee:

  1. Cara Menjual di Shopee
  2. Cara Pos Barang di Shopee

 

Artikel Berkaitan:

OPSSS...TUNGGU DULU!

Nak Tahu Rahsia Buat Jualan Di Shopee, Lazada, 11 Street & Lelong?

Bukan itu je, anda secara automatik akan jadi ahli dropship! Lebih 200 produk 'READY STOCK!' untuk anda jual!
SAYA BERMINAT!
SUBSCRIBE
Nak Dapat Update Terbaru Dari Blog Ini? Subscribe Dulu
SUBSCRIBE
Anda boleh unsubscribe bila-bila masa

18 thoughts on “Cara Keluarkan Duit Dari Shopee”

  1. Sy nak tanya E. Eezwan, mcm mana kalau sy dh buat order then sy dah buat payment, lepastu sy cancel order sbb xjadi beli. Bayaran balik diluluskan dan ditambah ke wallet.. Mcm mana sy nak dptkan semula duit sy ye? Boleh bantu x jika awak tahu caranya.
    T. Kasih

  2. Sy nak tanya, mcm mana kalau sy dh buat order then sy dah buat payment, lepastu sy cancel order sbb order sy masih di bahagian to pay, sepatutnya to ship dan dekat shopee wallet xde jumlah duit yg sy nak withdraw tu. Mcm mana sy nak dptkan semula duit sy ye? Boleh bantu x jika awak tahu caranya.

  3. mcm mana kita nak bayar ke seller kalau kita jadi dropship? sbb barang kena sampai dekat customer dulu kan baru duit masuk dekat wallet shopee kita?

    • Tengok pada perjanjian dengan seller tu macam mana. Ada seller yang terus beli melalui Shopee. Ada seller yang kena order melalui website. Walau macam mana pun, kita memang kena dahulukan duit kita dulu untuk bayar kat seller.

  4. assalamualaikum tuan sy ada soalan jika customer xconfirmkan oder adakah kita akan dapat duit tersebut risau plak syg cust dah dapat tp xconfirmkan aishhh

  5. mcm mana nak bagi barang kita laku terjual. sy tengok barang orang lain laku keras saja, barang kita tak jalan pun, nak kata tak pasang ads, pasang dah.
    tolong ajarku sifu

    • Yang ni subjektif juga nak jawab ni. Saya jawab berdasarkan pengalaman saja:
      1. Produk apa yang dijual tu penting juga. Kalau jual produk yang tak ada orang cari susah juga
      2. Harga jangan terlampau tinggi kalau pesaing banyak
      3. Tajuk biar ada keyword carian.
      4. Gambar mesti cantik
      5. Description biar jelas
      6. Kalau buat ads, kena bid harga. kalau letak bid rendah produk susah nak naik.
      7. Boost setiap 4 jam setiap hari

  6. Macam mana nak refund balik duit bila seller tidak ada respon untuk post barang yang kita beli.. saya bayar guna banking fpx.

    • Nak minta refund ke? Klik cancel order je. Tapi bergantung pada seller untuk approve atau tak. Kalau seller dah pos barang tak boleh refund. Shopee bagi masa 2 hari sahaja untuk seller pos barang.

    • Waalaikumussalam. Untuk plan installment kena register plan installment dengan shopee. Plan yang ditawarkan adalah untuk 6 bulan dan 12 bulan di mana minimun purchase adalah RM500 ke atas. Shopee akan ambil 1% fee untuk setiap jumlah transaksi. Biasanya yang buat installment ni adalah penjual handphone.

    • Bergantung pada cepatnya barang sampai. Bila barang sampai cusotmer akan confirmkan barang dah dapat. Bila dah confirm duit akan terus masuk dalam wallet. Kadang-kadang buyer tak confirmkan bila barang dapat. Jadi kena tunggu 3 hari selepas barang dapat baru duit masuk

Leave a Reply to Eezwan Manaf Cancel reply

20 − = 19

MUATURUN - EBOOK BOLEH JUAL SEMULA

Bagaimana Cara Untuk 'Start' Bisnes Online Anda!

Saya berikan anda 2 ebook ini. Anda boleh ubahsuai kandungan di dalamnya. Kemudian anda jual!
DOWNLOAD NOW
close-link
OPSSS...TUNGGU DULU!

Nak Tahu Rahsia Buat Jualan Di Shopee, Lazada, 11 Street & Lelong?

Bukan itu je, anda secara automatik akan jadi ahli dropship! Lebih 200 produk 'READY STOCK!' untuk anda jual!
SAYA BERMINAT!
close-link
SUBSCRIBE
Nak Dapat Update Terbaru Dari Blog Ini? Subscribe Dulu
SUBSCRIBE
Anda boleh unsubscribe bila-bila masa
close-link