Cara Memasang Domain Baru Pada Web Hosting
Cara Memasang Domain Baru
Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana cara memasang domain baru pada web hosting anda. Jika anda membeli 2,3 domain yang lain dan ingin letakkan di dalam hosting yang sama, maka tutorial ini memang khas untuk anda.
Sebagai contoh, sebelum ini saya sudah ada dua domain dan sekarang saya ingin memasang satu lagi domain di dalam web hosting saya, maka apa yang akan saya tunjukkan ini adalah cara-caranya.
Untuk pengetahuan anda hosting yang saya gunakan membolehkan saya menambah sehingga 5 domain.
Ok jom saya tunjukkan langkah-langkah bagaimana cara memasang domain baru pada webhosting anda
Langkah Pertama: Tukar Nameserver Anda!
Untuk langkah ini, saya sudah terangkan di dalam post saya yang lain. Anda boleh baca bahagian ini di sini:
Nota: Selepas selesai tukar nameservers anda sila kembali semula ke sini
Langkah Kedua: Tambah Addon Domain di Hosting
Selepas menukarkan nameserver, seterusnya anda perlu siapkan hosting anda untuk menerima alamat baru anda iaitu domain baru anda
Langkah 1: Login ke akaun Cpanel anda. Sila semak email anda untuk maklumat login Cpanel anda. Biasanya pihak hosting akan menghantar email berkenaan dengan ini. Masukkan username & password
Langkah 2: Pergi ke bahagian Domains. Cari Addon Domains dan Klik
Langkah 3: Masukkan nama domain anda. Contohnya eezwanmanaf.com tanpa www. Pada borang seterusnya ia akan diisi secara automatik. pada bahagian FTP anda boleh memilih sama ada untuk create FTP ataupun tidak. Jika anda tidak faham apa itu FTP sila abaikan bahagian ini. Klik pada butang Add Domain
Jika domain anda berjaya di tambah, anda akan terima notis seperti berikut:
Domain anda akan disenaraikan di dalam senarai-senarai domain menandakan domain anda sudah bersedia untuk digunakan
Selesai! Mudah kan?
Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah tinggalkan soalan di bahagian komen di bawah
Nak buat website yg .com ni kena guna platform ape ya? blogger? wordpress? Mana yang paling bagus? dan bagaimana pembayaran pd blogger tu kalau beli link domain dr Go daddy?
Saya guna WordPress. WordPress pula ada dua. Guna yang self hosted, bukan wordpress.com. WordPress banyak boleh masukkan plugin dan paling popular setakat ni. Pembayaran hanya di Godaddy. Blogger percuma.
baik tuan. saya search dulu
Macam caranya kalau kita beli domain dan hosting dari pihak yang berbeza (2 syarikat yang berbeza)
Boleh point nameserver hosting dekat akaun domain. Saya ada buat post tentang nameserver dalam blog ni. Nanti boleh search