Cara Membuat Email Dengan Menggunakan Domain Sendiri
Cara Membuat Email Dengan Domain Sendiri
Assalamualaikum/ Hi kepada pembaca-pembaca semua.
Ok hari ini saya nak tunjukkan tutorial macam mana cara membuat email dengan domain sendiri. Sebenarnya ia senang je. Tak sampai 3 minit dah siap. Kalau dah ada email dengan domain sendiri ni baru nampak macam profesional sikit. Setuju?
Ok saya dah buat video tutorial tentang perkara ni. Boleh tengok video di bawah
Sila tonton dengan paparan HD untuk lebih jelas
Untuk yang tak suka tengok video, saya juga sediakan tutorial bertulis seperti di bawah. Selamat membaca!
Langkah 1: Sila login terlebih dahulu ke akaun cPanel anda
Langkah 2: Pergi ke bahagian Email. Klik pada Email Accounts
Langkah 3: Isi segala maklumat pada bahagian di bawah ini. Saya memilih untuk letak nama email saya sebagai ‘contact’. Antara nama email yang biasa dipakai adalah info,admin,support & sales. Jika nama domain anda adalah nama company, maka boleh letak nama anda dipangkal email. sebagai contoh jika domain saya adalah bolehprint.com maka saya akan letak nama eezwan[@]bolehprint.com. Jika dah pilih nama yang sesuai terus sahaja klik pada butang Create Account
Mailbox Quota anda boleh letak ikut suka hati anda. Jika kapasiti server anda besar, mungkin boleh tambah lagi. Bagi saya 1024MB atau 1GB sudah cukup untuk sementara waktu ini.
Quota boleh ditambah pada bila-bila masa sahaja
Langkah 4: Notis Account created akan dipaparkan menandakan yang email anda telah berjaya ditambah
Langkah 5: Skrol ke bawah untuk lihat sama ada email anda tersenarai atau tidak
Setelah selesai membuat email, macam mana dengan cara untuk akses email anda? Kalau email ada tapi tak tahu nak buka email, oh masalah tu..
Cara Untuk Akses Email
Langkah 1: Di browser anda, sila taip www.<namadomain>.com/webmail
Gantikan <namadomain> tu dengan nama domain anda sendiri
Langkah 2: Paparan login untuk webmail adalah seperti di bawah. Sila masukkan alamat email dan password yang anda telah buat tadi. Kemudian klik Log In
Langkah 3: Anda akan ditanya untuk memilih webmail application mana yang sesuai untuk dijadikan sebagai default. Saya lebih suka memilih application Horde. Yang lain tu bukan citarasa saya..hehe
Langkah 4: Inilah dia bentuk email anda. Kapasiti email anda juga 1GB. Email pertama anda akan terima adalah dari cPanel sendiri.
Jadi macam mana? Dah boleh buat email sendiri? Kalau dah bolehlah komen di bawah ye. Ini sahaja tutorial cara membuat email dengan domain sendiri
Selamat Maju Jaya!
Kalau belum ada akaun cpanel macam mana nk register? Adakah email domain ini berbayar?
Kena beli hosting dan domain dahulu baru boleh buat
saya menjalankan aktiviti pertubuhan. menjadi admin dan berhajat membangunkan sistem komunikasi website & email yang berdomain tersendiri. bagaimana tuan boleh membantu kami
Pertubuhan apa ye? Website tu untuk apa? Jenis website macam mana?