Cara Menjual Di Shopee
Nak tahu cara menjual di Shopee? Ok kali ini saya nak kongsi kepada anda tentang macam mana cara menjual di Shopee. Sebenarnya dah lama nak kongsi benda ini sebab nak menjual di Shopee bukannya susah. Lagi-lagi makin ramai pula yang keluarkan panduan Shopee ni. Point dia adalah produk mesti banyak! Kalau produk ada 1 je susah orang nak trust sebab macam tak serius je nak menjual. Tapi bukan nak kata tak boleh.. Boleh je.
Perlu diingatkan Shopee adalah marketplace. So bila dikatakan marketplace maka ramai orang mencari di sini. Trafik di Shopee juga agak tinggi ye. Waktu saya mula-mula masukkan produk dulu tak sampai beberapa hari dah ada orang yang datang membeli.
Ok tanpa membuang masa lagi jom saya tunjukkan macam mana cara menjual di Shopee:
Cara Menjual Di Shopee
1.Pendaftaran Shopee
a. Mula-mula masuk ke laman web Shopee iaitu www.shopee.com.my
b. Kemudian klik pada Sign Up (Pergi ke bahagian atas kanan website Shopee)
c. Masukkan details anda. Pastikan nombor telefon anda betul dan klik pada send verification terlebih dahulu. Setelah kod dihantar ke nombor telefon anda barulah anda boleh isi maklumat yang lain. Kemudian klik pada Sign Up
d. Jika pendaftaran berjaya, maka anda boleh terus login ke dalam akaun anda. Mudah kan nak daftar?
Ok selepas pendaftaran berjaya apa perlu dibuat? Ok dekat sini anda perlu masuk ke bahagian seller yang dinamakan sebagai Seller Centre.
2. Menetapkan maklumat kedai anda
a. Klik pada link Seller Centre (Di bahagian atas kiri)
b. Anda akan dibawa masuk ke bahagian Shopee Seller Centre. Di bahagian inilah anda akan menguruskan segala-galanya berkaitan dengan produk anda. Tapi sebelum itu anda perlu tetapkan setting kedai anda terlebih dahulu.
c. Klik pada Shop Settings. Di dalam Shop Profile ini anda perlu masukkan nama kedai anda, description dan sebagainya. Jangan tinggalkan bahagian ini kerana ia amat penting untuk kedai anda. Seboleh-bolehnya masukkan logo kedai anda dan gambar yang menarik pada bahagian profile ini
d. Anda perlu tetapkan semua yang terdapat dalam list ini. Anda boleh klik satu-satu dan masukkan maklumat yang diperlukan pada setiap bahagian.
Ok setelah selesai setting kedai anda, maka bolehlah anda boleh mula menjual dengan memasukkan produk anda ke dalam kedai anda.
3. Cara Memasukkan Produk
a) Klik di bahagian Seller Centre
b) Klik pada My Products
c) Klik Add a New Product
d) Klik Browse Image untuk masukkan gambar produk. Hanya 9 gambar sahaja dibenarkan. Pastikan pilih gambar yang paling cantik. Saiz untuk setiap gambar perlulah di bawah 2MB.
e) Masukkan nama produk anda, description, category dan attributes. Di bawah adalah contoh produk yang saya masukkan. Anda boleh research bagaimana penjual lain meletakkan nama produk dan description mereka.
f) Di bahagian price & inventory anda wajib masukkan harga dan stok terkini. Jika produk anda mempunyai variasi contohnya dari segi saiz atau warna maka anda perlu pilih Add Variations. BahagianWholesale pula adalah untuk mereka yang menjual produk mereka dengan harga borong
g) Di bahagian shipping, masukkan berat produk anda dan parcel size. Jika anda tidak tahu size sila kosongkan bahagian ini. Untuk Shipping Fee pula, pilih courier yang anda akan gunakan nanti. Untuk produk saya, saya akan pilih Pos Laju dan masukkan caj yang akan saya kenakan kepada pelanggan saya.
h) Di bahagian others ini, jika anda menjual secara pre order maka anda perlu aktifkan bahagian ini. Oleh kerana saya ambil dropship daripada China, maka saya akan pilih pre order dan tetapkan berapa hari yang saya perlukan untuk pos barang saya. Conditon pilih berdasarkan keadaan produk anda. Adakah produk anda produk baru atau 2nd hand. Parent SKU ini boleh letakkan nama produk atau brand produk untuk memudahkan anda menyemak produk anda nanti.
i) Jika anda sudah puas hati dengan semua yang anda tetapkan, sila tekan butang Save. Jika berjaya maka produk anda akan diletakkan dalam senarai produk anda.
Maka selesailah tutorial cara menjual di Shopee. Seboleh-bolehnya anda masukkan banyak produk dalam kedai anda. Lagi banyak produk, lagi banyak peluang untuk anda dapat sale dan meyakinkan pelanggan bahawa anda serius berniaga. Lepas ni dah bolehlah meniaga di shopee
InshaAllah untuk post seterusnya, saya akan terangkan bagaimana untuk menggunakan kaedah Buy Ranking & Boost Now. Untuk kali ini sampai sini dahulu. Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh tinggalkan komen di bawah ye.
Selamat menjual dan saya doakan perniagaan anda terus maju!
Bacaan berkaitan Shopee:
assalam tuan,kalau nak minta tuan yang buatkan untuk kesai shoppe saya boleh ker?
Waalaikumussalam. Minta buatkan macam mana tu? Daftar senang je 😀
Assalamualaikum..
Nak tnya la..
Sy dh publish iklan tp 1 pun tk keluar.. Even kedai sy pun tkda..
Kt mna ye silap nya?
Sepatutnya ada. Kalau baru lagi akaun cuba cek dari masa ke semasa
Assalam tuan.
Macam mana nak buat produk kita ada dalam list “preferred”ya?
Dan, ada cara ke nak buat barangan di kedai saya ni mudah dicari oleh pembeli.
tq Tuan
Waalaikumussalam
Yang tu Shopee akan berikan bergantung kepada prestasi kedai. Ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi. Kalau nak mudah dicari oleh pembeli kena buat ads dan boost produk setiap 4 jam
Assalamualaikum..
Tuan, nak tanya.. Macam mana kita nak buat sale/offer kat shopee tu jika kita tak dapat notification/email utk nominated harga tu ye? Kena buat manual edit ke? Sebab saya dh try edit tp customer tak nampak price before & after.. Just nampak harga tertera je..
Waalaikumussalam
Pergi kat bahagian marketing centre dan pilih My Discount Promotions
Assalam Tuan.
Terima kasih atas perkongsian. Saya baru sahaja membuka akaun biz shoppe. Nak tanya, bila buyer nak order barang di kedai sy. buyer tak boleh nak buat payment. kenapa ya? saya try purchase menggunakan akaun lain pun tak boleh. need your advise. TQ
Ada keluar notis atau apa-apa error? Biasanya ada masalah kat setting shipping. Cuba cek
As’sallam tuan. Kenapa produk saya tidak keluar di carian Shopee ye? Dah publish dah, bukan under review. Tapi bila saya cari produk saya dalam Shopee, dia tak keluar la, macam mana nak buat ek?
Waalaikumussalam
Cuba cari ikut tajuk produk yang ditulis tu. Memang tak keluar ke?
Yup, memang tak keluar pun dalam senarai list Shopee. :'(
apa nama kedai?
Wan Nur Collection. Kedai saya tak wujud la tuan, kenapa jadi macam ni ye? Hmm… Kedai saya bug ke tuan?
Pelik tu..Kalau pergi kat my product tu ada tak barangnya? Buka pakai laptop ke handphone?
Barang ada tuan. Pakai Lappy. Tuan dah reki ke kedai saya? Tak muncul dalam carian shopeekan tuan? Pelik saya dengan shopee ni. Mungkin dah tak boleh buka kedai dalam shopee dah kot tuan. Dah penuh list kedainya, agaknya la kot :'(
Tak bagi pun nama kedai? ????
Tak boleh nak letak link dalam ruang ni tuan. Kalau tak mesej saya dianggap spam oleh pihak WordPress. Tuan punya plug-in terlalu secure :'(
Nanti dia keluar macam ni ERROR: Captcha time expired.
tak payah letak link. Bagi nama saja nanti saya cari
Wan Nur Collection
Saya seacrh ada kedai Wan Nur Collection. Ada 142 produk. Jual prefume kan?
Yup tuan, betul tu. Sepatutnya kesemua produk ada 148. Tapi tak keluar dalam List Shopee, napa ya tuan? Perkara tu normal ke? Memang orang tak jumpa produk saya kalau macam tu tuan.
Kalau tak muncul delete saja yang tu buat listing baru. Tambah baru
Ok, baiklah tuan. Terima Kasih banyak-banyak kerana sudi dengar luahan dari saya tuan. Saya dah ajukan soalan ni pada CS Shopee, dalam Bahasa Malaysia. Tapi tak ada seorang pun faham soalan saya tuan. Duduk kat Malaysia, tapi tak reti Bahasa Malaysia, pathetic CS Shopee tuan, So pathetic. Dia suruh saya ajukan soalan lain, padahal masalah sebelum ni belum selesai lagi. Last-last, tuan yang bantu saya. Terima Kasih banyak-banyak tuan. Semoga di murahkan rezeki hendaknya, Amin…
Assalamualaikum nak tanya. adakah “boost now” tu charge duit dkt shopee.
Waalaikumussalam..Shopee tak caj. Itu servis percuma
salam tuan.dalam shoppe statu dh paid melalui fpx,& to ship. tp bayaran tu masuk ke mana ye? sy cek akaun yg sy dftr dlm akaun xda pun masuk duit.ni 1st time jual brg melalui shoppe.t.kasih
Duit akan masuk dalam wallet shopee lepas customer dah confirm barang sampai. Dia tak terus masuk ke akaun bank kita. Kena withdraw dulu dari Shopee. Nanti cari post saya tentang cara keluarkan duit dari shopee
salam saya nak tanya macam mana flow drpd A to Z bayaran kalau jadi dropshipper di shopee ye. mohon explain secara detail
panjang nak tulis tu kalau dari A to Z. Nak jadi dropshipper ikut langkah ni
1. Search seller kat Shopee yang tengah cari dropshipper. Biasa diaorang ni tulis kat description atau gambar. Dropship wanted! Chat dengan diaorang macam mana nak jadi agent
2. Boleh dapatkan panduan kat sini https://eezwanmanaf.com/shopee
No.2 tu optional je. Tapi kalau dapat panduan tu terus boleh jadi dropship. Barang-barang pun dah ada. Lebih 200 produk ada dalam senarai. Nanti akan dimasukkan dalam group telegram yang ada beratus-ratus agent. Kat situ boleh tanya macam-macam tentang shopee, dropship dan produk
Selamat petang. Saya baru mula di shopee. Di site seller barang jualan ada di all my product, tapi bila buka site buyer, takda barang pun. Apa masalah ya itu, En?
Selamat petang. Sudah publish ke? Kalau berjaya akan keluar. Kalau tak keluar adakah produk tu under review?
I’ve an issue which I don’t really understand.
What does it means by invalid attribute?
I’ve checked again the basic info, price & inventory, shipping, & others but I don’t get which one is the invalid.
Kindly assist me.
Thank you
An invalid attribute like brand & categories. Try to change the brand to ‘no brand’ with the right categories.
I’ll try to change those. Thank you for taking your time to answer my concern.
Salam. Macam mana kalau kita nak post barang preorder kalau dia harga berlainan harga ikut colour?
Dan macam mana tuan jual barang preorder yang di import dari China kalau tak ramai yang order? Maksud saya cost shipping nak ke Malaysia lagi dan Malaysia ke customer lagi. Banyak risiko dan cost.
Adakah bagus untuk buat tempoh untuk order? Contohnya, seminggu untuk order
Waalaikumussalam
Kalau harga berlainan ikut colour, dekat shopee pun kena buat ikut macam tu juga. Kat Shopee boleh set variant
Preorder dari China ada banyak cara. Boleh order satu barang dan boleh juga order borong. Kalau order satu barang, harga kena kira sekali dengan kos dan shipping sekali. Lepas tu baru up harga kat Shopee. Memang kalau main satu barang kos dia tinggi. Mungkin boleh cari panduan borong china kat internet.
Untuk preorder wajib kena letak tempoh. Boleh letak dari 1 minggu ke atas.
Ok terima kasih tuan
Assalam tuan, kenapa bila nk print slip, xkuar waybill mcm org lain ya.kluar airbill.guna hndphone atau pc semua xjadi.xkluar slip mcm org lain.xde logo pos.
Salam. Dah dapat free shipping program ke? Kalau masih problem kena tanya pihak Shopee tu..
Assalamualaikum tuan. Sy baru mula berniaga di shopee. Tapi sy kurang pengetahuan tentangnya dan cuma mengikut flow sahaja. Sy cuma nak tanya, Bila orang nak order barang di kedai sy. Proses bayaran tak dapat dilakukan. and lagi satu pertanyaan, Berkenaan Free Shipping. Kita kena beli dulu bungkusan Pos Laju ataupun tidak? Boleh terangkan sikit tuan. TQ
Waalaikumussalam
Kalau proses bayaran tak dapat dilakukan maksudnya ada bahagian yang tak dimasukkan lagi. Contoh ada masukkan kos shipping? Atau kuantiti produk?
Yang free shipping tu tak semestinya kena guna bungkusan poslaju. Apa-apa jenis bungkusan atau plastik pun boleh.
Assalam Tuan,
Terima kasih atas perkongsian yg sangat berguna,
Saya kurang jelas berkenaan, harga yang seller perlu tetap kan, berdasarkan contoh yg tuan berikan, harga tshirt tersebut dijual dengan RM90, dan untuk Shipping Fee west Malaysia RM7, Total harga yang appear di shopee untuk buyer adakah RM97 atau pun harga yang seller masukkan RM90 termasuk dengan kos pos sekali…tq in advanced
Waalaikumussalam
Nanti harga keluar kat Shopee RM90. Lepas pilih shipping nanti akan jadi RM97.
Hi
I had visited your store last week, and I saw very nice Printer.
Today I wanted to order it, but can not find it anymore in your shop.
it looks like the first photo on this site http://bit.ly/PhotoPrinter6382
Mail me if you are going to sell it again.
I hope soon so that I can place an order.
I’ll wait.
greetings
Macamana nak buat range harga dari berapa ke berapa tu?
Kena guna variation. Masa listing tu letak variation. Contoh Size M-RM20, Size L-RM30. Nanti dia akan keluar range harga
Assalam Tuan..
T. Kasih atas perkongsian shopee yg amat bermkna.
Sy baru menjual di shopee. cuma saya ada soalan yg mengelirukan..sy dah ada org order..jadi saya nak tahu langkah-langkah yg perlu sy buat…buyer cakap dia dah buat payment…tp status UNPAID…boleh tak tuan terangkan sikit….apa2 pn terima kasih
Waalaikumussalam..
Kalau unpaid maksudnya duit tak masuk lagi. Kalau dia bankin secara manual kena tunggu Shopee approve dulu payment dia. Kalau dia buat internet banking (fpx) tapi status unpaid maknanya pembayaran tu tak lepas.
Sebagai seller beritahu yang status masih unpaid lagi. Tunjuk bukti dan minta buyer tunggu sehingga shopee confirmkan
Untuk langkah-langkah bila dapat order boleh rujuk post ni https://eezwanmanaf.com/cara-pos-barang-di-shopee-malaysia/
Tengok pada langkah no.5
ambil masa berapa lama ya untuk barang boleh di jual di shopee kerana saya sudah berjaya upload barang cuma jadi “under review” dan bagaimana untuk kita tahu yang barang tersebut sudah boleh di jual di shopee adakah pihak shopee akan hantar email?
Kedai masih baru ke? Kena sentiasa cek produk list. Kalau boleh buat satu lagi listing dengan tajuk dan description yang lain. Tengok mana yang shopee approve dulu. Attribute pun tukar
produk yang ingin saya jual di shopee lepas dah post jadi “under review” kenapa eh?
Shopee akan review dulu sama ada produk tu dibenarkan untuk jual atau tak
hi, perlu tak saya daftar ke ssm/LHDN jika nak join dropship?
Kalau ikutkan sekarang ni semua peniaga online kena daftar ssm & lhdn untuk kesenangan di masa hadapan. Tapi kalau untuk permulaan ni tak wajib lagi. Kalau dah mula serius nanti bolehlah register.
Assalamualaikum tuan
Sy install. Shopee dlm hp
Lepas register hp, username dan Pwd, sy x jumpa seller center di menu utama.
Di mana lokasi seller center?
Adakah sy perlu guna komputer?
Waalaikumussalam
kat apps tu pergi ke bahagian ‘Me’. Atas sekali ada My Shop. Klik kat situ.
Salam tuan,
Kenapa setiap kali saya nk key in variation via hp, klik edit byk kali xdapat “add more” mcm dalam pc?
Sila beri tunjuk ajar.
Saya pengguna iphone
Thank you
Maybe ada bugs kalau edit pakai hp. Dah update shopee apps? Kalau masih tak dapat terpaksa guna pc juga. Pakai apps memang ada kelemahan sikit. Function yang ada kat Hp adalah terhad.
assalamualaikum, maaf tuan nk tanye lg, mcm nk jual cookies/ biskut adakah sesuai menggunakan poslaju sbb cookies brg yg mudah pecah atau rosak,..
ke dua nya ape beza postage dan free shipping?
contoh bila buyer beli brg berat xsmpi 1 kg dan xsmpi rm 40 ke atas adakah free shipping cover ? adakah buyer di kenekan postage juga?
maaf ler soalan sy tunggang langgang hihi..
Waalaikumussalam. Cookies boleh je jual cuma cara handling tu la kena jaga supaya tak mudah pecah atau rosak. Maybe cara bungkusan yang betul. Postage tu dalam kategori shipping juga. Cuma berbayar atau tak je. Free shipping ni program yang Shopee offer dekat seller untuk dapatkan pengeposan percuma di mana seller tak perlu bayar kos pos. Buyer yang akan bayar.
Jika masuk shopee free shipping program, seller tak perlu bayar apa-apa untuk kos shipping. Semua buyer yang bayar. Cuma bila buyer buat pembelian RM40 ke atas diaorang akan dapat kupon free shipping. Katakan harga barang adalah RM20. Jadi buyer kena bayar kos shipping RM5.40. Total kena bayar RM25.40. Seller pula tak perlu bayar apa-apa dekat poslaju. Print borang dan hantar saja ke kaunter.
assalamualaikum, maaf tuan nk tanye lg, mcm nk jual cookies/ biskut adakah sesuai menggunakan poslaju sbb cookies brg yg mudah pecah atau rosak,..
ke dua nya ape beza postage dan free shipping?
bila buyer beli brg berat xsmpi 1 kg dan xsmpi rm 40 adakah free shipping cover ? adakah buyer di kenekan postage juga?
maaf ler soalan sy tunggang langgang hihi..
maaf.. sy da daftar tp terbuat 2 akaun, bagaimana nak buang salah satu ye tuan
Masuk kat setting.Cari Request account deletion. Kalau pakai hp dia kat bawah sekali
As.salam tuan… saya nk tanya,boleh ke guna printer tnpa komputer utk jadi seller di shopee… atau pn guna hp dengan printer je..??
Waalaikumussalam tak boleh tuan. Apps shopee tak support print. Nanti dia minta print pakai pc jugak nanti.
selamat pagi en,pagi ni saya check out brg customer dia cancel order .Tapi status to ship,bermaksud dia dah buat bayaran.kemudian saya dapat notification dari shopee.buyer need to pay before 22/2/2019.so apa status yang sebenarnya?
Order dah cancel. Jangan buat apa-apa. Biarkan saja sampai shopee pulangkan balik duit ke wallet customer.
Kos shipping percuma tp klaau customer beli mcm mana nk masukkan tracking no y diberikan dr seller kita? Klaau xde tracking no nnt shopee xtaw brg y cust kita order dh smpai blum.. Nnt kita xdpt duit.. Cmna ye..
Seller tu support tak pembeli dari shopee? Kalau ambil program free shipping, waybill memang akan generate bawah akaun kita. Jadi waybill tu beri kat seller & seller printkan kemudian seller postkan.Kalau seller tak nak buat macam tu, produk tu kena buat manual shipping. Offkan free shipping.
sama masalah dgn sy..buyer dh pay..tp xprint waybil xboleh..kenape ye..ape perlu sy betulkan..sy dh buat free shipping programe..
macam mana nak join program shipping?
Boleh rujuk kat sini https://eezwanmanaf.com/cara-pos-barang-di-shopee-malaysia/
ok jelas dan faham… terima kasih
maaf nak bertanya, mcm mana nak tahu yang buyer dah tekan buy now and buat payment. sy confius dan first time jd seller kat shopee. then sy mmg offkan free shipping tu. sbb harga yg sy letak mmg tak termasuk shipping chrges. so nt sy pergi pos laju sy kena byr sendiri kos pos tu ke mcm mana?
Boleh tengok kat bahagian MY Sales. Semua yang list dekat ‘To Ship’ adalah yang confirm sudah bayar. Untuk shipping pula ye kena guna duit sendiri untuk kos pos.
Nak ‘sign up’ x boleh gune hpon yee?
Boleh aja 🙂
Tuan ajar sy please..bnyk kli dh cuba xdpt..cuba tuan ajar sy smpai boleh..pm sy tuan..nk num fon ka
Apa yang tak dapat tu?
salam..macamne kite nk jual ke luar negara?sbb xnmpk pon post ke luar negara..tp dr china bole pulak kite oder..tq..
Tak boleh jual ke luar negara. Shopee Malaysia untuk Malaysia sahaja. Post from China sebb diaorang letak alamat kat China dalam setting. Mereka ada gudang kat sana. So penghantaran dari sana direct terus ke Malaysia
tuan , kenapa dalam carta jualan saya tidak keluar perkataan buy dan add to chart? saya xkena setting ke
Kalau tak keluar maksudnya ada setting yang tak betul. Tapi saya tak pasti apa yang tak kena tu. Cuba tengok kuantiti atau shipping
Salam tuan, boleh share cara jual topup di shopee?? Macam mana nak set weight dan shippng fee yer..terima kasih
Waalaikumussalam.
Untuk jual topup just masukkan weight 0.1kg dan pada shipping fee tu tick pada ‘I will cover the shipping fee’ untuk setkan shipping RM0. Pada bahagian description pastikan masukkan detail lengkap macam mana buyer nak berhubung dengan sis. Bisanya penjual topup akan minta untuk chat
saya buka melalui akaun orang lain ada perkataan buy dan add to chart..memg di akaun kita sendiri memang xnampak ke dua perkataan tu? kenapa di bahagian produk ada keluar ‘invalid attributed’ apa maksudnya?tq
Oo kalau nak nampak memang kena buka sebagai buyer..as seller memang tak nampak. Kalau buyer nampak dah ok la tu. Invalid attribute tu maksudnya ada attribute yang tak dibenarkan. Contoh brand, material dan sebagainya. Update Attribute & tukar mana perlu.
Assalamualaikum,
Tuan,jual ape? Boleh share mcm mne nk dpt barang?
Jual macam-macam. Wallet, baju dan lain-lain. Nak dapat barang boleh join dropship kat sini https://eezwanmanaf.com/shopee
Kalau nak jual direct boleh cari barang kat pemborong terus. Boleh cari dekat GM Klang, chowkit dan sebagainya
Dari mane sy patt mula..beli barang dulu atau pon daftar di shapee dulu…sy baru nk belajar
Daftar di Shopee dulu pun boleh. Baru cari barang..
nak tny lah
kalau sy jual di shopee, ada pembayaran ke di shopee
Shopee akan ambil 1 sen per transaksi yang berjaya. Pendaftaran percuma sahaja. Tiada bayaran lain
Saya boleh ke saya jual racun serangga dalam shoope.
Racun buatan sendiri
Boleh tuan asalkan tidak menyalahi undang-undang. Kalau search dalam Shopee ada je orang yang jual racun serangga
Jika ada apa-apa pertanyaan boleh komen di sini ye
Assalamualaikum tuan
Macamana proses urusniaga kalau buat dropship kat shopee ye?
Kita kena bayar dulu pada dropship ke sebab kalau custumer dah bayar kat kita, baru kita dapat duit tu kan?
Salam tuan..
Saya nk tya.saya baru nk bljr berbisnes di shopee tp xde modal utk bli & simpan stock brg..mcm mne nk jd dropship?
Waalaikumussalam.
1. Boleh cari dalam shopee untuk jadi dropship. Chat dengan seller sama ada boleh jadi dropship atau tak.
2. Boleh jadi member dropship. Daftar sekali sahaja seumur hidup. Boleh klik sini https://eezwanmanaf.com/shopee
3. Boleh search kat facebook dan taip dropship. Cari produk-produk yang sediakan dropship dan tanya owner macam mana caranya.
Lepas dah dapat produk yang nak di dropshipkan.. Baru boleh listing kat shopee
Mcm mne nak register free shipping tu yee
Boleh cek kat sini https://eezwanmanaf.com/cara-pos-barang-di-shopee-malaysia/
Macamana nak buat range harga dari berapa ke berapa tu?
salam tuan, sy nak tanya knp post produk sy tiada detail ” ship from” ? nak setting bhgian mana tu.. ship from tu penting utk elakkan buyer dari tempat berhampiran bayar postage.. jika sma tempat, better cod je, xperlu pos
Waalaikumussalam
Pergi kat shop settings > My Addresses. Update alamat kat situ
salam tuan..saya dah upload 3 iklan produk dalam kedai saya dah save,,tetapi bila saya cuba bukak iklan saya tiada button buy now…kenapa ya? atau iklan kene ambil masa utk shopee bg button buy now tu?
Waalaikumussalam
Sepatutnya terus ada. Cuba buka iklan dengan minta kawan search produk tu. Ada tak?
Assalamualaikum tuan…terima kasih utk ilmu ini..jika saya sudah ada barang sendiri utk dijual..boleh ke join dlm shopee dan bagaimana
Waalaikumussalam
Boleh aja. Apa-apa barang selain yang dilarang boleh dijual 🙂 Boleh ikut step yang ditunjuk dalam tutorial ni. Daftar dan terus boleh menjual
so maknanya kita siap siap bungkus barang lah. lepastu baru isi borang PL9 tu? so kita tak bungkus guna plastik poslaju lah ye?
terima kasih ats info yg sgt berguna
Ye bungkus siap-siap. Tak guna plastik poslaju pun takpe. Kalau ada boleh je guna.
okkk. terima kasih banyak banyak kerana membantu
salam tuan. saya nak tanya. bila saya dh apply yang free shipping tu. bila kita nk pos barang customer. so saya kene amik parcel tu dekat pejabat pos secara percuma atau saya kena bayar?
Waalaikumussalam
Nak ambil barang atau pos barang ye? Kalau pos barang percuma sahaja. Cuma kena isi borang PL9. Boleh minta kat kaunter pos. Cakap je nak borang kontrak shopee. Diaorang faham.
Terima kasih atas perkongsian ilmu moga perniaga aan tuan berjaya,
Boleh tuan kongsikan.apa kelebihan dan kelemahan kalau setting free shipping.tkasih.
Sama-sama. Setting Free Shipping dengan join program Shipping berbeza. Kalau belum join program Free Shipping tu, kos untuk penghantaran kita kena tanggung. Jadi kena markup siap-siap harga supaya kos shipping sudah termasuk. Kalau dah join program Free Shipping dari Shopee tu kelebihan dia adalah kita tak perlu risau kos shipping sebab ia adalah PERCUMA.
assalam tuan..terima kasih di atas perkongsian ilmu..sgt jelas dan mudah faham..
Sama-sama. Semoga berjaya 🙂
askm,kalau brg dh smpai pd customer tp customer tak tick barang dah received, so mcm mn shopee nk release payment pd seller?
Waalaikumussalam. Shopee akan auto completed selepas 3 hari.
Assalam Tuan..
T. Kasih atas perkongsian shoppee yg amat bermkna.
Sy baru hendak bermula dgn biz shoppe. Sy menjual tudung dgn stok sendiri yg pelbagai design. Bolehkah sy jual dan bagaimana?
Waalaikumussalam
Ye boleh jual. Ramai je yang menjual tudung di Shopee. Jika banyak design jual satu-satu. Upload 1 design 1 listing.
Salam Tuan. Saya ada buat dropship dari 3 supplier. Ada antara supplier saya ni yg tak nak deal pasal postage free kat shopee. Maknanya saya tak perlu la kan daftar shipping free shopee tu?
So bagi mengelakkan kedai saya drpd xde tag free shipping yg hijau tu (sbb bagi sy buyer susah nak beli klu xde free shipping), sy telah setting free postage kat shipping setting kecuali sabah sarawak sy letak postage ikut berat barang. Caranya, saya dah calculate siap² harga barang + postage dan letak harga total tu kat produk saya. Rasa Tuan, ok ke saya buat camtu? Cuma kekurangannya, klu buyer beli barang lebih dari 1 & barang² tu drpd supplier yg berbeza, parcel yg akan sampai mesti asing² kan? Rasanya akan timbul isu tak drpd buyer?
Ada lagi nak tanya tapi otak ngah blank kejap.. Terimakasih Tuan
Waalaikumussalam
Kalau nak daftar pun boleh Free shipping tu tapi jangan guna je 🙂 Atau guna untuk produk-produk tertentu sahaja.
Cara letak harga+postage siap-siap tu dah ok dah. Yang tu tak ada masalah. Yang masalah akan timbul bila buyer beli dari supplier berlainan. Mungkin ada yang tak kisah tapi kebanyakan akan tanya kenapa parcel berlainan. Ada yang sampai lambat dan ada yang sampai awal. So yang ni kena bersiap sedia dengan soalan daripada buyer. Kadang-kadang diaorang bagi rate rendah terus.. Mungkin jawapan yang boleh diberikan adalah stok barang baru sampai. Jadi hantar yang mana ada dulu.
bole ker klau saya apply free shipping dahulu sebelum upload produk saya. . selain itu, mcm mane saya nk tetapkan harga sheeping kerana setiap buyers maybe membeli 2 atau 3 item sekaligus dan berat mungkin akan berbeza-beza. mohon pencerahan .tq
Seeloknya upload dulu produk supaya Shopee nampak yang kita serius nak menjual. Jika dah dapat program Free Shipping tu, just masukkan berat bagi produk. Nanti Shopee akan kira sendiri secara automatik
Salam tuan
Bolehkah kalau sekiranya saya menjual 1 unit bagi setiap corak. Contohnya saya ada 100 helai tudung yang setiap corak hanya terhad 1 unit. Bermakna saya mempunyai 100 corak yang berbeza.
Waalaikumussalam
Ye boleh. Guna fungsi variant dalam listing product
Salam tuan Eezwan Manaf , terima kasih atas perkongsian ilmu berkaitan. Saya kurang jelas tentang pembayaran shopee terus ke akaun wallet kita. Bagaimana boleh saya tahu jika barang sampai pada pelanggan ?
maaf ,saya masih baru berniaga menggunakan shopee.
Waalaikumussalam
Bila Shopee notify yang order dah completed. Itu maksudnya dah confirm sampai. Satu lagi boleh cek tracking number jika nak tahu barang dah sampai.
Salam..terima kasih di atas pengkongsian.. saya ada buat dropship dari Shopee to Shoppe .masalah saya ialah bila customer saya buat belian dan payment.. beli check ngan supplier , item dah sold out.. saya terus cancel kan order tanpa menunggu customer cancel kan terlebih dahulu.. penalti apa yang akan Shoppe bagi pada saya?mohon pencerahan, terima kasih
Waalaikumussalam
Shopee akan bagi penalti non-fulfillment item. Jika kerap berlaku akan merosakkan imej kedai. Seeloknya sebelum klik arrangement, pastikan semak dengan supplier sama ada stok ada atau tidak. Jika stok tak ada, baru boleh chat dengan customer minta customer cancelkan order.
Salam,encik…mcm mn kita nk thu shopee telah bt pembyran kpd kita stlh brg customer spai..?
Waalaikumussalam
Boleh cek di bahagian wallet. Biasa Shopee akan hantar notification yang duit telah dimasukkan selepas order ‘completed’
Assalamualaikum tuan, saya menjadi agen dropship dan menjual melalui ig/fb. Saya baru nk bermula menjual di shopee. Selama ni sy dpt order, dropshipper yg akan selesaikan pos brg. Saya keliru bagai mana cara shopee ni. Saya kne pos sendiri k? Sebab dalam shopee ada minta alamat untuk pick up.
Waalaikumussalam
Kalau buat dropship, biar saja dropshipper yang selesaikan pos barang. Tapi jika jual sendiri, memang kena pos sendiri melainkan pernah daftar Program Free Shipping di awal-awal dahulu. Sebab Shopee pernah offer poslaju pickup jika daftar Free Shipping Program. Ada daftar?
Salam. Sy baru je daftar JUAL di shopee..masing pening2 lalat lagi.
Saya listkan satu produk beratnya 2kg dengan caj pos diset rm10. Tapi kalau pembeli nak beli 2 (jadi total 4kg), caj posnya RM13, bukan RM10. Boleh tak nak setkan harga shipping yang berlainan untuk berat yg berbeza pada satu produk?
Waalaikumussalam. Boleh register free shipping program. Masalah shipping tidak akan berlaku kerana Shopee sendiri akan tetapkan kos shipping dan kita tak perlu tanggung kos
salam..mcm mna yer klau sy nk jual topup di shopee, kita nk letak hrga topup rm5, rm10 dll yg cust boleh pilih..n dkt iklan nk bg nampak rm5 to rm30 cthnya…sbb sy buat just boleh ltk 1 hrga je dkt iklan dpn tu…boleh tlg ajar x
Guna variation masa listing