fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Cara Pos Barang Di Shopee (Malaysia)

30,056

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Sebelum ini saya ada berkongsi kepada pembaca-pembaca semua bagaimana cara menjual di Shopee. Alhamdulillah feedback yang diterima sangat memberangsangkan. Banyak juga soalan-soalan yang diterima berkaitan dengan cara pos barang Shopee ni dan saya ada berjanji untuk buat satu pos berkenaan dengan perkara ni. Jadi saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya berkongsi tentang bagaimana cara pos barang Shopee khususnya di Malaysia.

Cara Pos Barang Di Shopee

Terdapat 2 cara untuk pos barang di Shopee iaitu:-

  1. Shopee Free Shipping Program
  2. Manual Shipping

1. Cara Pos Barang Di Shopee Melalui (Shopee Free Shipping Program)

Ok untuk mereka yang menjual di Shopee, memang sangat digalakkan untuk memohon Shopee Free Shipping Program ini. Sebab apa? Sebab buyer & seller boleh dapat Free Shipping. Bermaksud penjual tidak perlu lagi risau dan bimbang untuk menetapkan kos penghantaran kerana Shopee akan uruskan semuanya! Best kan? Siapa tak nak barang percuma..

Apa Shopee Free Shipping Program Ni?

Ia adalah projek kerjasama antara Shopee & Poslaju bagi menggalakkan ramai pengguna untuk membeli & menjual secara online dengan lebih mudah. Jual produk anda di Shopee & gunakan Poslaju secara PERCUMA untuk produk di bawah 5Kg! Tetapi ada terma dan syarat yang perlu anda tahu tentang program ini iaitu:

  1. Berat produk yang dijual mesti di bawah 5Kg untuk Semenanjung Malaysia & di bawah 1Kg untuk Sabah/Sarawak.
  2. Untuk minimum order RM25, Shopee akan berikan subsidi postage sebanyak RM2 ke Semenanjung, manakala RM4 ke Sabah/Sarawak.
  3. Free Shipping akan diberikan untuk minimum order RM35 (Subsidi penuh oleh Shopee)
  4. Pesanan perlu dihantar oleh penjual melalui borang yang disediakan oleh Shopee (Perlu dicetak)
  5. Penjual hendaklah ‘drop off’ sendiri pesanan ke pejabat Poslaju yang terdekat (Pickup sudah tidak disediakan)
  6. Untuk buyer Free Shipping hanya untuk 5 kali pembelian sahaja sebulan. Jika buyer tanya kenapa tak dapat Free Shipping cuba tanya berapa pembelian dia dah buat untuk sebulan tu? Untuk Seller tak ada limit untuk tetapkan Free Shipping.
  7. Untuk berat di atas 5kg, harga ditentukan berdasarkan berat. Sila lihat gambar rajah di bawah untuk lebih faham.

Subsidi yang diberikan oleh Poslaju berdasarkan minimum perbelanjaan

Kos Penghantaran Bagi Berat Melebihi 5Kg Ke Atas

Nota: Selain Poslaju, DHL juga sudah berkolaborasi dengan Shopee untuk program ‘Free Shipping’

Kelebihan Shopee Free Shipping Program:

  1. Free Shipping – Sudah semestinya
  2. Drop off parcel anda di kaunter Poslaju tanpa apa-apa bayaran
  3. Borang cetak sendiri. Tak perlu nak kena isi borang secara manual lagi
  4. Boleh combine shipping. Kos shipping akan dikira secara automatik berdasarkan berat barang

Di bawah adalah contoh bagaimana program free shipping ini berlaku

Cara Daftar Shopee Free Shipping Program

Langkah 1: Sila masuk website berikut Shopee Free Shipping Program

*Pastikan anda sudah update alamat anda dan juga sudah ada printer di tempat anda kerana anda perlu cetak borang sendiri. Printer adalah wajib jika anda ingin daftar Shopee Free Shipping Program.

Langkah 2: Masukkan maklumat yang diperlukan seperti dibawah.

cara pos barang shopee

Langkah 3: Kemudian di bahagian Acknowledgement, pilih agree dan submit permohonan anda! Tunggu selepas tarikh yang anda mohon dan semak jika permohonan anda berjaya atau tak.

Kadang-kadang Shopee tak hantar push notification tapi sebenarnya permohonan sudah pun berjaya. Bagaimana nak semak permohonan kita sudah berjaya atau tak?

Pergi kat Shop Settings. Pilih My Shipping dan tengok ada tak tertulis Shopee Supported Logistics macam gambar di bawah ni? Kalau ada maksudnya permohonan anda dah berjaya dan anda dah boleh setkan Free Shipping di setiap produk anda.

Jadi bila Free Shipping Program dah aktif, ada 10 perkara yang anda perlu buat

Langkah Yang Anda Perlu Buat Untuk Pos Barang di Shopee

Langkah 1: Dapatkan Printer

  • Wajib ada printer! Kalau belum ada, sila beli printer terlebih dahulu. Tidak perlu printer yang mahal-mahal. Cukuplah sekadar untuk print waybills dari Shopee.
  • Poslaju hanya menerima pesanan yang ada waybills yang telah dicetak
  • Contoh waybills Poslaju seperti di bawah
  1. Waybills hanya mengandungi 1 salinan sahaja.
  2. Tracking no akan ‘auto generated’ selepas anda arrange shipment.
  3. Maklumat buyer & seller akan dipaparkan pada waybills ini. Maklumat di atas ini adalah auto generated, jadi jika berlaku kesalahan ia tidak boleh diubah lagi.

Langkah 2: Kemaskini alamat shipping

  • Pastikan anda menggunakan alamat yang sah. Ia bertujuan untuk menentukan kos penghantaran dan membolehkan pengguna untuk membeli dari store anda.
  • Set alamat sebagai default & pickup address pada setting My Addresses

Langkah 3: Kenalpasti berat parcel anda

  • Kos penghantaran akan dikira berdasarkan berat sebenar parcel anda atau berdasarkan kiraan volumetric weight. Yang mana lebih tinggi kiraan kos akan dipilih. Volumetric wight ini adalah saiz kotak atau saiz parcel anda.
  • Pastikan anda masukkan berat yang betul.
  • Poslaju hanya menerima berat parcel sehingga 30kg sahaja.
  • Contoh pengiraan volumetric weight adalah seperti berikut

Langkah 4: Kemaskini berat produk anda

  • Login ke akaun seller anda dan pergi ke My Products.
  • Pilih produk anda dan edit. Cari di bahagian Shipping dan masukkan berat parcel anda.

Langkah 5: Proses tempahan anda

  • Login ke akaun seller anda dan pergi ke My Sales
  • Klik di bahagian “Arrange Shipment”
  • Klik ‘I WILL DROPOFF’ dan tekan butang Confirm
  • Satu pop-up akan muncul dengan maklumat no tracking dari Poslaju. Baca arahan yang diberikan, kemudian cetak waybill anda.
  • Pada paparan window ini, anda boleh lihat salinan-salinan waybills anda. Untuk cetak anda boleh klik kanan pada waybills dan pilih print. Atau anda juga boleh guna keyboard Ctrl + P.
  • Tidak perlu cetak warna. Cukup sekadar hitam putih.

    NOTA: Bermula 28 Mei 2020, Shopee telah buat penyeragaman Airway bill. Anda hanya perlu mencetak satu salinan Air Waybill dalam saiz A6

     

  • Sentiasa menyemak semula Air Waybill anda untuk memastikan semua butiran adalah tepat.

Langkah 6: Penghantaran

  • Anda boleh melakukan penghantaran parcel atau bungkusan anda di Pejabat Pos Malaysia ataupun terus ke Pusat Poslaju. Mana-mana sahaja pun boleh. Jika bungkusan anda tak banyak bolehlah terus ke Pejabat Pos Malaysia sahaja. Jika banyak, boleh terus ke Pusat Poslaju.
  • Jika Pejabat Pos Malaysia, anda perlu mengambil nombor dan beratur.
  • Di Pusat Poslaju anda boleh terus ke kaunter untuk pengeposan barang kontrak tanpa perlu beratur.
  • Sebelum anda serahkan bungkusan anda ke kaunter pos, terlebih dahulu anda perlu isi form PL9 sebagai bukti resit.
  • Apa itu borang PL9?
    • Ia juga dikenali sebagai “pengeposan poslaju berkontrak”. Secara automatik anda sudah mempunyai kontrak dengan Poslaju bila anda memohon  Shoppe Free Shipping Program.
    • Ia adalah borang berwarna pink dengan salinan berwarna putih
  • Bagaimana cara untuk dapatkan borang PL9 ini?
    • Anda boleh minta dengan kerani Pos Malaysia ataupun Poslaju
    • Anda hanya beritahu yang anda mahukan borang PL9
    • Atau anda hanya beritahu mereka yang anda nak borang kontrak Shopee. Mereka akan faham.
  • Cara-cara untuk isi borang PL9

 

  1. Isi No Akaun Shopee: 8800472220 (No akaun ini adalah sama untuk semua orang)
  2. Isi tarikh penghantaran
  3. Masukkan nama & alamat anda
  4. Isikan jumlah barang yang anda pos
  5. Tanda tangan atau cop
  • No Siri – Ikut pengalaman saya, jika hantar ke Pos Malaysia kena isi, tapi kalau hantar ke Poslaju tak perlu isi pun benda ni.
  • Lepas dah isi borang, serahkan borang PL9 ini bersama-sama waybills dan parcel anda
  • Selesai!

2. Cara Pos Barang Shopee Secara Manual

Untuk pos barang Shopee secara manual ini lebih kurang sama sahaja dengan kaedah di atas. Yang membezakannya adalah anda perlu letakkan kos shipping secara manual dan bila dah dapat tempahan, anda perlu tanggung kos pos dan isi borang Poslaju secara manual.

Kemudian anda perlu hantar tracking nombor juga secara manual. Kebanyakan penjual di Shopee tidak menggunakan kaedah manual ini melainkan anda buat dropship.

Kelemahan manual adalah Shopee tidak mengira kos shipping secara automatik bila tempahan melibatkan 2,3 barang. Sebagai contoh, jika buyer beli produk anda yang mempunyai berat 500g. Katakan anda dah tetapkan kos shipping adalah RM7. Tapi bila buyer beli 3pcs, kos shipping tidak bertambah. Malah masih kekal RM7. Sedangkan anda perlu tambah kos jika berat melebihi 1kg. Jadi saya cadangkan anda untuk mohon Shopee Free Shipping Program jika anda ingin menjual di Shopee.

Efektif 22 Oktober 2020, seller yang ingin buat pos secara manual perlu memohon terlebih dahulu di sini


Ok itu sahaja perkongsian saya pada kali ini.

Ada soalan? Ada yang tidak faham? Sila tinggalkan komen di bawah. Insha-Allah saya akan menjawabnya dengan sebaik mungkin.

Bacaan berkaitan Shopee:

  1. Cara Menjual Di Shopee
  2. Cara Keluarkan Duit Dari Shopee
567 Comments
  1. sara says

    Salam. Saya nak tanya, kalau shipping tu saya yg coverkan, masa kat counter tu saya kena bayar shipping fee ke? atau nanti shopee akan tolak di total income yg saya dapat?

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam. Apa maksud coverkan? Guna manual shipping ke? Manual ke guna duit sendiri & post sendiri. Kalau guna free shipping dari Shopee contoh guna J&T tak perlu bayar apa-apa dah. Just print waybill dan drop je kat mana-mana J&T.

  2. Cherry says

    Asalam tuan, nak tanya tentang dropship di shopee. Sy dropship dari sabah dan supplier dari KL. Bila customer lock order, sy akan submit order dgn supplier di shopee juga. So akan ada 2 tracking berbeza dan 2 waybills la kan? Iaitu waybill customer order dgn saya, dan 1 lagi waybill sy submit pd supplier. Transportation fee pun akan double pay. Boleh tolong terangkan bagaimana nak settle?

    Harap tuan dapat membantu. Im a newbie and really needs help. Dah bermacam video sy buka d youtube dan beli e-book tapi tak jumpa penerangan detail tentang shipment. Thank you so much.

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam. Untuk kes ini kena bincang dengan supplier supaya tak submit order melalui shopee. Submit di luar shopee. Jadi akan ada satu waybill saja dari kita dan waybill tu kita bagi kat supplier supaya supllier yang printkan dan hantar.

  3. hana says

    nak tanya, kalau kita tak listkan barang lagi, boleh mohon free shipping ke?

    1. Eezwan Manaf says

      Sekarang dah ada free shipping dari j&t sert dhl. tak perlu mohon. Untuk poslaju je perlu mohon

  4. ck says

    Salam, nak tanya lah sikit. Soal courier poslaju kat shopee. Saya dropship kat shopee utk pilih shipping courier poslaju tu mcm mana nak setting? Sebab dekat situ cuma ade j&t, ninja van, dhl dgn city link je ade . Tahu tak cara nak setting shipping tu supaya ade poslaju courier? Sebelum ni ade tapi skrg dah takde pening kepale tengah cari cara nya. Dah tanya dkt shopee chat live dia pun ade bagitahu juga suruh join free shipping tu tapi masalahnya saya dropship. Encik tahu tak mcm mana nak buat? Boleh bantu tak?

    1. Eezwan Manaf says

      Pos laju kena mohon. Dia memang tak ada dalam senarai courier. Kalau buat dropship kena mohon non Shopee supported logistics (manual shipping). Rules dah lain. Untuk mohon boleh ke sini https://www.surveygizmo.com/s3/5947156/Non-Shopee-Supported-Logistics-SSL-Application-Form/?sglocale=my&userid=67933202

  5. pazlina says

    salam, saya nk tanya.. mcm mana nk setup guna shipping n runner sendiri.. cth, barang tu utk yg jauh guna shipping, yg dekat pakai runner je?

  6. Sara says

    sye nk tanya kalau cus bayar penghantaran tu duit yg cus bayar penghantaran tu kita dapat atau shopee yg amik?

    1. Eezwan Manaf says

      Shopee punya

      1. hana says

        if kita tak apply free shipping, shoppe akn amek jgk ke kos shipping drp cust? tak masuk dlm akaun kite ke?

        1. Eezwan Manaf says

          shopee tak ambil kos shipping.. kita sendiri keluarkan kos shipping tu

  7. Anajamal says

    Nak tnya, macam mana nak setkan shipping method di shoppe by manual saja? Kiranya shoppee tak uruskan..

    1. Eezwan Manaf says

      Berkuatkuasa 22 Oktober 2020, manual shipping kena buat permohonan. Untuk buat permohonan kena isi form di sini https://www.surveygizmo.com/s3/5947156/Non-Shopee-Supported-Logistics-SSL-Application-Form/?sglocale=my&userid=67933202

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More