fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Cara Pos Barang Di Shopee (Malaysia)

30,056

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Sebelum ini saya ada berkongsi kepada pembaca-pembaca semua bagaimana cara menjual di Shopee. Alhamdulillah feedback yang diterima sangat memberangsangkan. Banyak juga soalan-soalan yang diterima berkaitan dengan cara pos barang Shopee ni dan saya ada berjanji untuk buat satu pos berkenaan dengan perkara ni. Jadi saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya berkongsi tentang bagaimana cara pos barang Shopee khususnya di Malaysia.

Cara Pos Barang Di Shopee

Terdapat 2 cara untuk pos barang di Shopee iaitu:-

  1. Shopee Free Shipping Program
  2. Manual Shipping

1. Cara Pos Barang Di Shopee Melalui (Shopee Free Shipping Program)

Ok untuk mereka yang menjual di Shopee, memang sangat digalakkan untuk memohon Shopee Free Shipping Program ini. Sebab apa? Sebab buyer & seller boleh dapat Free Shipping. Bermaksud penjual tidak perlu lagi risau dan bimbang untuk menetapkan kos penghantaran kerana Shopee akan uruskan semuanya! Best kan? Siapa tak nak barang percuma..

Apa Shopee Free Shipping Program Ni?

Ia adalah projek kerjasama antara Shopee & Poslaju bagi menggalakkan ramai pengguna untuk membeli & menjual secara online dengan lebih mudah. Jual produk anda di Shopee & gunakan Poslaju secara PERCUMA untuk produk di bawah 5Kg! Tetapi ada terma dan syarat yang perlu anda tahu tentang program ini iaitu:

  1. Berat produk yang dijual mesti di bawah 5Kg untuk Semenanjung Malaysia & di bawah 1Kg untuk Sabah/Sarawak.
  2. Untuk minimum order RM25, Shopee akan berikan subsidi postage sebanyak RM2 ke Semenanjung, manakala RM4 ke Sabah/Sarawak.
  3. Free Shipping akan diberikan untuk minimum order RM35 (Subsidi penuh oleh Shopee)
  4. Pesanan perlu dihantar oleh penjual melalui borang yang disediakan oleh Shopee (Perlu dicetak)
  5. Penjual hendaklah ‘drop off’ sendiri pesanan ke pejabat Poslaju yang terdekat (Pickup sudah tidak disediakan)
  6. Untuk buyer Free Shipping hanya untuk 5 kali pembelian sahaja sebulan. Jika buyer tanya kenapa tak dapat Free Shipping cuba tanya berapa pembelian dia dah buat untuk sebulan tu? Untuk Seller tak ada limit untuk tetapkan Free Shipping.
  7. Untuk berat di atas 5kg, harga ditentukan berdasarkan berat. Sila lihat gambar rajah di bawah untuk lebih faham.

Subsidi yang diberikan oleh Poslaju berdasarkan minimum perbelanjaan

Kos Penghantaran Bagi Berat Melebihi 5Kg Ke Atas

Nota: Selain Poslaju, DHL juga sudah berkolaborasi dengan Shopee untuk program ‘Free Shipping’

Kelebihan Shopee Free Shipping Program:

  1. Free Shipping – Sudah semestinya
  2. Drop off parcel anda di kaunter Poslaju tanpa apa-apa bayaran
  3. Borang cetak sendiri. Tak perlu nak kena isi borang secara manual lagi
  4. Boleh combine shipping. Kos shipping akan dikira secara automatik berdasarkan berat barang

Di bawah adalah contoh bagaimana program free shipping ini berlaku

Cara Daftar Shopee Free Shipping Program

Langkah 1: Sila masuk website berikut Shopee Free Shipping Program

*Pastikan anda sudah update alamat anda dan juga sudah ada printer di tempat anda kerana anda perlu cetak borang sendiri. Printer adalah wajib jika anda ingin daftar Shopee Free Shipping Program.

Langkah 2: Masukkan maklumat yang diperlukan seperti dibawah.

cara pos barang shopee

Langkah 3: Kemudian di bahagian Acknowledgement, pilih agree dan submit permohonan anda! Tunggu selepas tarikh yang anda mohon dan semak jika permohonan anda berjaya atau tak.

Kadang-kadang Shopee tak hantar push notification tapi sebenarnya permohonan sudah pun berjaya. Bagaimana nak semak permohonan kita sudah berjaya atau tak?

Pergi kat Shop Settings. Pilih My Shipping dan tengok ada tak tertulis Shopee Supported Logistics macam gambar di bawah ni? Kalau ada maksudnya permohonan anda dah berjaya dan anda dah boleh setkan Free Shipping di setiap produk anda.

Jadi bila Free Shipping Program dah aktif, ada 10 perkara yang anda perlu buat

Langkah Yang Anda Perlu Buat Untuk Pos Barang di Shopee

Langkah 1: Dapatkan Printer

  • Wajib ada printer! Kalau belum ada, sila beli printer terlebih dahulu. Tidak perlu printer yang mahal-mahal. Cukuplah sekadar untuk print waybills dari Shopee.
  • Poslaju hanya menerima pesanan yang ada waybills yang telah dicetak
  • Contoh waybills Poslaju seperti di bawah
  1. Waybills hanya mengandungi 1 salinan sahaja.
  2. Tracking no akan ‘auto generated’ selepas anda arrange shipment.
  3. Maklumat buyer & seller akan dipaparkan pada waybills ini. Maklumat di atas ini adalah auto generated, jadi jika berlaku kesalahan ia tidak boleh diubah lagi.

Langkah 2: Kemaskini alamat shipping

  • Pastikan anda menggunakan alamat yang sah. Ia bertujuan untuk menentukan kos penghantaran dan membolehkan pengguna untuk membeli dari store anda.
  • Set alamat sebagai default & pickup address pada setting My Addresses

Langkah 3: Kenalpasti berat parcel anda

  • Kos penghantaran akan dikira berdasarkan berat sebenar parcel anda atau berdasarkan kiraan volumetric weight. Yang mana lebih tinggi kiraan kos akan dipilih. Volumetric wight ini adalah saiz kotak atau saiz parcel anda.
  • Pastikan anda masukkan berat yang betul.
  • Poslaju hanya menerima berat parcel sehingga 30kg sahaja.
  • Contoh pengiraan volumetric weight adalah seperti berikut

Langkah 4: Kemaskini berat produk anda

  • Login ke akaun seller anda dan pergi ke My Products.
  • Pilih produk anda dan edit. Cari di bahagian Shipping dan masukkan berat parcel anda.

Langkah 5: Proses tempahan anda

  • Login ke akaun seller anda dan pergi ke My Sales
  • Klik di bahagian “Arrange Shipment”
  • Klik ‘I WILL DROPOFF’ dan tekan butang Confirm
  • Satu pop-up akan muncul dengan maklumat no tracking dari Poslaju. Baca arahan yang diberikan, kemudian cetak waybill anda.
  • Pada paparan window ini, anda boleh lihat salinan-salinan waybills anda. Untuk cetak anda boleh klik kanan pada waybills dan pilih print. Atau anda juga boleh guna keyboard Ctrl + P.
  • Tidak perlu cetak warna. Cukup sekadar hitam putih.

    NOTA: Bermula 28 Mei 2020, Shopee telah buat penyeragaman Airway bill. Anda hanya perlu mencetak satu salinan Air Waybill dalam saiz A6

     

  • Sentiasa menyemak semula Air Waybill anda untuk memastikan semua butiran adalah tepat.

Langkah 6: Penghantaran

  • Anda boleh melakukan penghantaran parcel atau bungkusan anda di Pejabat Pos Malaysia ataupun terus ke Pusat Poslaju. Mana-mana sahaja pun boleh. Jika bungkusan anda tak banyak bolehlah terus ke Pejabat Pos Malaysia sahaja. Jika banyak, boleh terus ke Pusat Poslaju.
  • Jika Pejabat Pos Malaysia, anda perlu mengambil nombor dan beratur.
  • Di Pusat Poslaju anda boleh terus ke kaunter untuk pengeposan barang kontrak tanpa perlu beratur.
  • Sebelum anda serahkan bungkusan anda ke kaunter pos, terlebih dahulu anda perlu isi form PL9 sebagai bukti resit.
  • Apa itu borang PL9?
    • Ia juga dikenali sebagai “pengeposan poslaju berkontrak”. Secara automatik anda sudah mempunyai kontrak dengan Poslaju bila anda memohon  Shoppe Free Shipping Program.
    • Ia adalah borang berwarna pink dengan salinan berwarna putih
  • Bagaimana cara untuk dapatkan borang PL9 ini?
    • Anda boleh minta dengan kerani Pos Malaysia ataupun Poslaju
    • Anda hanya beritahu yang anda mahukan borang PL9
    • Atau anda hanya beritahu mereka yang anda nak borang kontrak Shopee. Mereka akan faham.
  • Cara-cara untuk isi borang PL9

 

  1. Isi No Akaun Shopee: 8800472220 (No akaun ini adalah sama untuk semua orang)
  2. Isi tarikh penghantaran
  3. Masukkan nama & alamat anda
  4. Isikan jumlah barang yang anda pos
  5. Tanda tangan atau cop
  • No Siri – Ikut pengalaman saya, jika hantar ke Pos Malaysia kena isi, tapi kalau hantar ke Poslaju tak perlu isi pun benda ni.
  • Lepas dah isi borang, serahkan borang PL9 ini bersama-sama waybills dan parcel anda
  • Selesai!

2. Cara Pos Barang Shopee Secara Manual

Untuk pos barang Shopee secara manual ini lebih kurang sama sahaja dengan kaedah di atas. Yang membezakannya adalah anda perlu letakkan kos shipping secara manual dan bila dah dapat tempahan, anda perlu tanggung kos pos dan isi borang Poslaju secara manual.

Kemudian anda perlu hantar tracking nombor juga secara manual. Kebanyakan penjual di Shopee tidak menggunakan kaedah manual ini melainkan anda buat dropship.

Kelemahan manual adalah Shopee tidak mengira kos shipping secara automatik bila tempahan melibatkan 2,3 barang. Sebagai contoh, jika buyer beli produk anda yang mempunyai berat 500g. Katakan anda dah tetapkan kos shipping adalah RM7. Tapi bila buyer beli 3pcs, kos shipping tidak bertambah. Malah masih kekal RM7. Sedangkan anda perlu tambah kos jika berat melebihi 1kg. Jadi saya cadangkan anda untuk mohon Shopee Free Shipping Program jika anda ingin menjual di Shopee.

Efektif 22 Oktober 2020, seller yang ingin buat pos secara manual perlu memohon terlebih dahulu di sini


Ok itu sahaja perkongsian saya pada kali ini.

Ada soalan? Ada yang tidak faham? Sila tinggalkan komen di bawah. Insha-Allah saya akan menjawabnya dengan sebaik mungkin.

Bacaan berkaitan Shopee:

  1. Cara Menjual Di Shopee
  2. Cara Keluarkan Duit Dari Shopee
567 Comments
  1. IZaty says

    Hi nak tanya. Saya sebagai seller dekat shopee. Dah pos barang tu petang tdy. Tapi malam ni shopee sendiri dah cancel order tu. Sebab dah lebih dua hari. So mcm mana eh..?

    1. Eezwan Manaf says

      Pos selepas 2 hari ke? Boleh contact shopee sebab benda ni kena settle dengan Shopee cepat-cepat.

  2. Ms emah says

    Maaf , boleh saya tanya mcm mna nak isi no siri? Is it yg dlm borang pl9 tu? No siri mula dn akhir mcm mna pulak? X fhm. Boleh explain x boss? Sbb POS MALAYSIA je dekat ???? Untuk borang pl9 klau amik dkat POS MALAYSIA x charge jugak ke? Minta terus je kat kerani then belah? ???? Sbb pos laju x charge kn . maaf soalan yg sebelum nie sekerat heheh ????

    1. Eezwan Manaf says

      No siri ikut sebiji apa yang ada dalam waybill tu. Cth ER909703880MY. Isi ikut kotak yang ada. Tak ada yang tertinggal. SO mula dengan ER..akhir dengan MY

      1. Ms emah says

        Ouh okayh, baik terima kasih , tapi untuk borang pl9 kalau amik kat POS MALAYSIA kena bayar ke free?

        1. Eezwan Manaf says

          Tak perlu bayar. Free je

          1. Husna says

            Jika kita dh update product yg kita jual, tetiba ada customer dtg beli kat kedai, so stok dh habis,
            Macamana cara kita nk jadikan product yg kita update kat shopee tu sudah habis dijual?

            Tqaseh

          2. Eezwan Manaf says

            Edit produk dan letakkan stok sebagai 0

  3. SCha says

    Boleh ke guna flyers yang takda consignment note pouch tu? Kalau boleh macam mana nak bawak utk drop off ye kalau banyak parcel 1 masa. Boleh ke stapler je? Terima kasih.

    1. Eezwan Manaf says

      Boleh tak ada masalah. Poslaju akan masukkan sendiri dalam pocket plastik. Jangan risau yang ni. Hanya bagi saja salinan Shopee tu dekat poslaju

      1. Scha says

        Terima kasih! Sangat membantu.

  4. Pn nor says

    Salam..mcm mana nak print direct dari handfon dan tukar jd landscape. Kena screenshot dulu ka?

    1. Eezwan Manaf says

      Print hanya boleh melalui laptop sahaja

      1. Hairunisah binti Hamidhan says

        Assalammualaikum maaf ya bertanya..sy berasal dr sabah dan ingin menjual ikan bilis d shopee berat 1kg..bole tunjuk ajar cara pengiraan berat kotak..

        1. Eezwan Manaf says

          Waalaikumussalam.. Boleh cek kat sini cik puan https://sendparcel.poslaju.com.my/open/home

  5. Elly says

    Hi salam.. mcm mana ya kalau sy sebagai drosphip dan supplier sy org luar (maksud sy supplier tu tak join shopee ni) tapi sy jual barang di shoppee. Dan supplier yg post barang customer kan? Boleh ke juga supplier sy tu pos barang menggunakan secara manual maksud sy isi alamat customer hanya menggunakan tulisan tangan sahaja? Terima kasih..

    1. Eezwan Manaf says

      Salam

      Boleh tak ada masalah. Tapi lepas tu kena minta no tracking tu kat supplier kemudian isi dalam Shopee. Bila buat dropship macam ni jangan guna yang Shopee Free Shipping Program.

  6. NUR NAJIAH BINTI KAMARUZAMAN says

    klau x guna perkhidmatan poslaju blh ke??sbb company guna abx express..

    1. Eezwan Manaf says

      Boleh je.. cuma kalau free shipping program je kena guna poslaju

  7. khaleeda says

    Salam tuan, kalau jadi dropship di shopee macam mana pulak? Maksud saya, supplier tu nak kita submit order melalui shopee. Saya promote barangan dropship pun di shopee . Kiranya nanti ada 2 waybills la kan? 1 waybill customer order under saya. 1 waybill yg saya submit dekat supplier. So ada 2 tracking. Macam mana tu ye nak buat?

    1. Eezwan Manaf says

      Kalau buat dropship kat Shopee jangan guna Free Shipping Program. Kena buat manual. Kalau tak jadi konflik macam ni. Kalau buat manual, hanya tracking number dari supplier sahaja kita submit.

  8. Ms yen says

    Salam nak tahu ye, saya dah daftar untuk 5kg free pos shopee. Berapa lama selalunya nak tahu aplication kita da approve. da masuk 2 minggu still takde update lagi dari shopee

    1. Eezwan Manaf says

      Salam. Biasa 1-2 minggu. Boleh submit sekali lagi kalau belum approve

  9. warisan.homeliving says

    Saya dah activate free shipping ni. Tetapi kenapa bila browse product banyak2 tu takde keluar icon free shipping yer. Bila dah klik dan masuk view product baru nampak ada free shipping icon?

    Atau terdapat setting untuk activate free shipping icon tu?

    1. Eezwan Manaf says

      Yang ni saya tak pasti. Shopee yang tetapkan. Ada yang ada icon tu ada yang tak ada

  10. Wani says

    Salam. Sy nk tny. Sblm ni sy apply free shipping 5kg tu. skang sy nk cancel smula sb sy hanya dropship barang.

    Soalan sy, waktu nk masuk tracking num nt kena bukti consigment note tak?

    Thank you.

    1. Eezwan Manaf says

      Apa maksud bukti consignment note? Just masukkan tracking number sahaja.

  11. amalina says

    Salam, nak tanya saya dari semenanjung tapi kenapa shipping utk west saja supported tapi shopee east Malaysia unsupported? Pada shipping option sy da tekan poslaju east dan west. Sebelum ni tiada masalah tapi bila saya update address as new pickup and return (shopee suruh update sebab nak apply 5kg free shipping) baru ade prob.

    1. Eezwan Manaf says

      Salam.

      Yang ni kena contact Shopee sendiri. Saya pun tak pasti sebab apa.

  12. Izam Jamil says

    Free shipping 2 kene isi selepas dpt order lah kan…ke boleh isi siap2 sebelum dpt order

    1. Eezwan Manaf says

      Free shipping set masa listing product

  13. Nurrah says

    Assalamualaikum tuan.
    Terima kasih banyak. MasyaAllah Sangat informative.
    Sangat membantu saya yang baru nak mula berniaga ni.

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam.

      Sama-sama. Semoga berjaya 🙂

  14. Farah says

    Salam nk tnya..
    1. Kalau sy ada 2 parcel utk di pos pd waktu yg sama, adkh sy kne isi 2x borang pl9?
    2. Biasanya di flyer pos laju ada tertulis weight limit, contohnya sy nk post parcel seberat 3kg dan melebihi limit berat pd flyer, xpe ke?
    3. Flyer tu dah ada pocket, bila sy letak waybill, sy perlu seal kn ke so dia x trkeluar? ????
    4. Kalau Barang/flyer sy kecik (half a4), waybill tu kne lipat ke mcm mane ye?
    Sori kalau ada beberapa soalan yg nonsense..sbb mmg btl2 newbie ????

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam
      1. Hanya 1 borang sahaja walau banyak manapun parcel pada hari tu
      2. Tak apa tapi pos akan timbang dan caj ikut berat
      3. Tak perlu seal. Cukup setakat stapler.
      4. Waybill tu kerat 2. So sepatutnya muat-muat je. Saya dah buat.

      1. yoe says

        salam..maaf newbie bertanya..kena timbang n caj jgk k..egtkan lepas daftar free ship xperlu caj n timbang????

        1. Eezwan Manaf says

          Apa yang timbang & caj? Kalau barang berat baru timbang. Barang lebih 5kg baru dia caj

      2. mira says

        ‘2. Tak apa tapi pos akan timbang dan caj ikut berat’

        saya nak tanya .. dkt waybill saya 3.5kg tapi bila timbang 4.5 kg .. nanti pos kan kenakan cas berat 1kg or 4.5kg mcm mana?

        1. Eezwan Manaf says

          Ye nanti poslaju akan kira dan shopee akan tolak dari wallet

  15. zeez says

    Mana nak dapat flyer orange tu ye?

    1. Eezwan Manaf says

      Boleh beli kat post office

  16. Fadil says

    Kalau org yg selalu bussy macam Saya .. boleh ke pihak tuan yg uruskan Dan Kita bincng berapa persen yg Saya boleh bagi tuk pihak tuan.tq

    1. Eezwan Manaf says

      Uruskan macam mana tu? Jual produk apa?

  17. Mun says

    salam.tuan.sy manual pos.if barang yg customer melebihi hrga pos yg sy tetapkan tu. Salah ke kalau nak deal di luar Shopee boleh . chat dengan customer. dn minta bayaran tambahan utk postage tu?

    1. Eezwan Manaf says

      Salam. boleh kalau buat manual shipping. Just minta customer confirmkan barang dah dapat kat dalam Shopee tu. Ini kes kalau dah proceed klik arrangement. Kalau tak buat apa2 lagi minta customer cancelkan order & deal di luar Shopee

  18. Syazwani Md Yusoff says

    Klo pegi ke cybercafe, blh ke active kan freeshipping ni?

    1. Eezwan Manaf says

      Boleh aja

  19. Elyana says

    Hi saya nak tanya kalau saya dh tekan ship tapi waybill x tekan mcm mna.. Nak download plak kat mna

    1. Eezwan Manaf says

      Boleh klik balik kat produk tu. Nanti ada link untuk download

  20. Su says

    Salam, sy dh activate free shipping and dah buat transaksi. Just nk tanya, kalau sy nak exit / tak nak dah free shipping programme tu boleh ke? Sy nak tukar balik kpd pos biasa ie manual

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam

      Boleh je. Just jangan pilih free shipping.

      1. Sofiamisya says

        Salam tuan..saya dah dapat free shipping dari shopee setelah register dgn shopee/poslajusignup…SSL telahpun diaktifkan. Apa yg menjadi persoalan, customer/buyer masih di kenakan charge shipping walaupun kurang dari 5 kali buat pembelian dalam sebulan dan harga barang bernilai RM80 masih dikenakan caj penghantaran dlm shopee. Adakah step step yg mungkin saya tetinggal ?

        1. Eezwan Manaf says

          Kalau dah ikut step yang saya tunjukkan sepatutnya tak ada masalah dah. Mungkin problem kat buyer. Betul ke dia tak buat lebih dari 5 belian atau 5 kali guna free shpping? Kalau ye. Kena tanya pihak Shopee sendiri apa yang problem tu. Mungkin ada masalah teknikal dan sebagainya

  21. Nadia says

    Salam tuan, klau kita xad produk lg tp dh apply untk free shipping prgram..adakah nnti pihak shopee akan luluskan??? Ke kena masuk produk dlu???

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam..Kalau boleh masukla dulu 2,3 produk supaya shopee nampak kita serius nak berniaga

      1. Fiza says

        Salam. Nak tanya, sampul parcel boleh ke pakai warna hitam atau silver tu

        1. Eezwan Manaf says

          Salam. Boleh je tak ada masalah

      2. Zack says

        Waybill kerat dua tu ape maksudnya tuan? Kertas A4 kerat dua sebelum masuk printer ke?

        1. Eezwan Manaf says

          Kerat lepas print. Bukan sebelum print

  22. nooy says

    terima kasih atas perkongsian tuan, saya ada satu soalan, kalau nak hantar barang lebih 15kg, pos laju akan kira macam mana, dan kalau under shopee free shipping programme tu, maam mana kira pula ?
    terima kasih tuan

    1. Eezwan Manaf says

      Poslaju akan kira ikut berat atau volume metrics (Ukuran lebar x tinggi x panjang). Bergantung pada mana yang lebih.. Untuk free shipping program tu, shopee akan kira secara automatik bila berat atau ukuran dimasukkan. Shopee hanya bagi free shipping utk 5kg ke bawah sahaja

    2. Syazwan says

      Tumpang tanya.. Klu xprint waybills tu xpeke.. Sbb xd printer huhu..
      Penting x waybills tu.. Klu pos guna CN je boleh x?

  23. Уour way of telling the whole tһing in this рiece of ᴡriting is genuinely pleasant, every one bbe capable of easily սnderstand it, Thankѕ a lot.

  24. Roa says

    Salam,saya nak tanya sikit,sya nak buat dropshipping produk,harga produk yg sya jual sdh sekali dgn harga shipping,jadi kalau dlm shopee,saya perlu pilih yang mana? harga produk sdh di kira sekali dgn shipping

  25. Mimieziss says

    Saya tgk ramai penjual shoppe waktu letak brg kat kaunter hanya kepilkan waybill saja dkotak… X pernah nampak mereka bg borang pink tu pun. .

    1. Eezwan Manaf says

      Bergantung pada tempat. Biasa pusat poslaju ambil je sebab borang pink selalu habis. Kalau Pos Malaysia kena bagi juga borang pink tu. Tanya tempat poslaju tu. Kalau kat situ ambil proceed sahaja. Tapi jangan anggap semua tempat sama procedure nya.

      1. Emi74 says

        Saya baru tahu dari perkongsian encik ni bahawa kalau nak drop off brg shopee dgn waybill ke pejabat poslaju, tak payah que ambik nombor. Terus je ke kaunter bagi brg dan borang pink. Buat penat saya je ambik nombor rupanye, baru 2 kali pos shopee waybill! Terima kasih bagitahu. Saya pun budak baru belajar! ????

        1. Eezwan Manaf says

          pusat poslaju ada kaunter khas. Nama dia pos kontrak (biasanya bahagian belakang atau tepi) Bukan kat kaunter yang biasa kita pos tu. Kena tanya dulu kat kaunter tu tempat pos barang kontrak.hehe

    2. saidatul says

      kalau saya dah daftar free shipping poslaju, tapi pos ke cust pakai pos lain boleh ke? dapat tak duit?

      1. Eezwan Manaf says

        Tak boleh. Hanya guna poslaju sahaja jika letak preferred shipping tu poslaju

  26. Faradilah says

    terima kasih tuan atas perkongsian ini. sangat membantu sy yg baru belajar menjual di Shopee..cuma saya ada beberapa soalan,
    1. pembeli cakap dia dah buat payment, tp camna ye kalau status masih UNPAID?
    2. boleh tak encik terangkan langkah sebagai seller apabila ada customer order barang?sy kurang faham dan tak tahu caranya..

    1. Eezwan Manaf says

      1. Dia buat payment manual ke? Kalau manual tunggu Shopee confirmkan dulu. Lepas status to ship baru pos. Kalau tak ada status tu, maknanya duit tak masuk lagi

      2. Saya rasa kat atas ada diterangkan bila dapat order. Kat mana yang tak faham ye? Tengok pada Langkah 5

      1. Faradilah says

        terima kasih tuan…cuma saya ada satu soalan lagi…boleh ke saya nak print waybill bila keluar SHIP sahaja…yg saya tgk pada blog tuan dia tulis ARRANGE SHIPMENT

        1. Eezwan Manaf says

          Dia keluar ship sahaja? Cuba klik. Kalau keluar waybill tu maksudnya boleh

          1. Azwa says

            Salam, mcm mna jika brg yg dihantar pd alamat yg salah? Misalnya delivery address yang dikeyin oleh pembeli alamatnya di Johor. Tetapi dalam chatting pembeli minta dialamatkan di tempat lain.

          2. Eezwan Manaf says

            Waalaikumussalam

            Kalau dah set arrangement dah tak boleh tukar sebab alamat dah printed atas waybill. Kalau belum arrange shipment minta buyer cancel dulu belian dan buat order sekali lagi dengan alamat yang betul.

  27. D says

    Saya dah apply menerusi link Tuan provide dalam ni utk FREE SHIPPING. Saya telah pun dapat logo bewarna hijau (fre shipping). Tetapi Shopee masih charge RM5.04 kos penghantaran. Bagaimana saya perlu aktifkan free shipping? Saya telah dapat juga icon/message (support logistics etc)

    1. Eezwan Manaf says

      Shopee memang akan caj kalau harga barang kurang dari RM40. Hanya pembelian melebihi RM40 sahaja akan dapat kupon free shipping. Buyer Kena apply voucher dulu waktu checkout.

      Kalau pembelian bawah RM40, Shopee tetap kenakan caj pos. Tapi dia bagi subsidi la. Contoh RM5.04 tu adalah harga subsidi. Biasanya kos poslaju untuk barang bawah 500g adalah RM7.30.

      Kelebihan hanya kepada seller. Walaupun buyer dicaj dengan RM5.04, seller tetap tak perlu bayar apa-apa kepada poslaju. Caj tu hanya dikenakan kepada buyer.

      Harap menjawab soalan

      1. Siti Ilya says

        oh kiranyaa kalau buyer kene cas pos rm5.04 pun, kita tak yah bayar apa apa la ye? just drop off parcel tu dkt kaunter pos?

        1. Eezwan Manaf says

          Ye betul..Seller tak perlu bayar apa-apa. postage tu buyer yang bayar

          1. Scha says

            Tapi kita yang kena beli parcel kan sebelum drop off? Contohnya selalu saya pos barang beli parcel awal2 dengan cost rm7.30. Jadi macam mana benda ni berfungsi kalau guna free shipping program ni ya. Maksud saya berkenaan belian parcel. Sebab sebelum drop off tanpa bayaran tu, seller yang perlu beli parcel. Boleh encik jelaskan sbb saya masih confuse bab ni.

          2. Eezwan Manaf says

            Parcel tu barang/produk. RM7.30 tu adalah caj poslaju..

            Kalau guna free shipping program, kita tak akan dicaj oleh poslaju. Tugas kita cuma dropoff barang kat poslaju sahaja. Datang bawa barang, kemudian poslaju akan scan barang dan boleh balik. Seller tak perlu bayar apa-apa.

  28. Arin says

    Salam, alamat seller tu boleh ke kalau guna alamat rumah tidak bernombor seperti alamat dalam ic?nama kawasan dan poskod, daerah

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam. Boleh je tapi kena pastikan la alamat tu memang boleh sampai kepada pengirim. Kadang-kadang kalau customer tak ambil barang, poslaju akan hantar balik ke alamat kita.

      1. badhriah says

        hai nak tnya. consignment note poslaju kena beli dekat poslaju ke ? ke boleh dapatkan secara percuma?

        1. Eezwan Manaf says

          Percuma je. Boleh minta kat poslaju atau post office

  29. Scha says

    Salam. Saya ada baca komen cik berkenaan flyers poslaju yg RM11 for 50pcs. Flyers tu yang mana ye? Sebab kalau kita beli parcel dekat poslaju biasa kan perlu bayar, so macam mana nak dapat free shipping tu ye? Nak hantar barang tu dah kena siap bungkus kan. Ke cik maksudkan flyers jenis lain yang bukan orange tu?

    Thank you in advance!

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam.

      Flyers tu yang plastik poslaju warna oren. Yang tu memang kena beli untuk pembungkusan lebih cantik je. kalau tak nak pakai yang poslaju pun tak apa. Ada yang murah macam plastik warna hitam tu pun boleh.

      Free shipping kena register dulu macam saya terangkan kat atas. So bila dah approve, kita just hantar barang bersama waybill ke poslaju saja. Kat sini seller dah tak perlu bayar. Hantar barang memang kena siap bungkus. Macam saya, kalau jual barang ringan saya pakai yang plastik poslaju warna oren tu je.

      1. Syazwan says

        Tumpang tanya.. Klu xprint waybills tu xpeke.. Sbb xd printer huhu..
        Penting x waybills tu.. Klu pos guna CN je boleh x?

        1. Eezwan Manaf says

          Tak boleh.Macam mana poslaju nak scan barcode dari shopee nanti? Kalau tak ada printer buat shipping manual je. Boleh hantar guna poslaju biasa je

  30. norani says

    tuan admin..
    saya daftar poslaju & g dex untuk shipping ..tetiba hari ni pos pakai j&t..so bila key in keluar “congsignment invalid”..

    so macam mana saya nak buat yer

    1. Eezwan Manaf says

      Yang tu saya tak pasti juga. Kenapa tak guna poslaju atau gdex je?

  31. ayien says

    Salam tn,

    kalau sy guna manual pos laju, sementara menunggu pengesahan pendaftaran fee shipping program, perlu ker saya tekan butang ‘ship’ di order details di shoppee?? Jika sy tekan, sy kene masukkan no tracking number… macam mana tu tuan? Maksudnya, saya kene ke pejabat pos dahulu pos barang, kemudian baru online shopee? macam tu?

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam

      Ok macam ni. First sekali pergi ambil borang poslaju dahulu kat poslaju. Minta 2, 3 keping pun tak apa. Lepas tu isi siap-siap. Lepas dah isi semua maklumat baru klik pada butang ship tu. Lepas tu bolehlah masukkan tracking no yang ada kat borang tadi. Kemudian baru pergi pos barang.

  32. Izan says

    Assalamualaikum tuan. Saya nak tanya, borang PL9 tu memang perlu diisi setiap kali pos ke? Atau sekali je? Terima kasih tuan. Terima kasih untuk perkongsian tuan. Sangat membantu 🙂

    1. Bella says

      the setting of the shipping cost is per product or apa ya?jika manual shipping

      1. Eezwan Manaf says

        Yes per product. Based on weight

    2. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam. Borang tu kena isi setiap kali nak pos.

  33. abdul halim says

    mohon bantuan ..kenapa saya punya (My Shipping) setting tidak ada keluar Shipping Supported Logistics ya..sedangkan saya sudah register dan notification active for free 5kg pum dah dapat..

    1. Eezwan Manaf says

      Mungkin belum aktif betul-betul lagi. Atau cuba cek melalui browser lain

  34. fadz says

    risau takut salah setting ke ap..hi2..tq tuan

  35. fadz says

    salam tuan..nak tanya saya dah diapprove untuk freeshipping..kalau guna freeshipping adakah sama rate untuk postage ke sabah &sarawak dengan semenanjung?sebab saya tengok ada customer saya beli barang berat dalam 0.17 kg dari sabah rate postage sama dengan semenanjung iaitu RM5.4?

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam. Yang ni bergantung pada berat dan lokasi. Kadang-kadang sama, kadang-kadang tak. Cuma yang ni jangan risau sangat sebab harga tu shopee yang tetapkan untuk customer. Seller tak perlu bayar pun.

  36. kilah says

    tuan sy dah dapat free shipping 5 kg tp tak keluar button klik arrage shipment…apa penyelesian dia ya?

    1. Eezwan Manaf says

      Dah ada orang beli produk?

  37. Bella says

    thankyou so much for your super informative’s blog. I have a question that may be you can suggest to. Do you have tips for state or decide the shipping cost if i choose manual shipping? (because i have not printer yet) . cause the consumen comes from anyplace

  38. farah says

    salam..nak tanya..saya dh buat harga shipping tapi bila cust beli kenapa dia x keluar shipping fee tu? lagi 1, kalau nk hntr brg kt cust tu..kena tggu shopee mention ‘to ship’ tu ke?

    1. Eezwan Manaf says

      Tak keluar macam mana? tak boleh beli ke? Kalau nak hantar barang kena tunggu to ship. Sebab tu bukti buyer dah buat payment

      1. farah says

        means bila dia bayar tu x sekali ngn kos shipping pn..bila sy try dkt akaun lain nk beli brg dkt sy pnya shop tu mmg x keluar shipping fee..pdhl sy dh ltk kos shipping tu

        1. Eezwan Manaf says

          Dah enable ke shipping poslaju kat setting? berat semua ada letak? Apa nama kedai?

          1. farah says

            semua dah.. wawacloset

          2. farah says

            semua dah.. nama kedai wawacloset..tq

          3. Eezwan Manaf says

            Kalau tengok kat sini postage hanya untuk west Malaysia. East Malaysia tidak disokong. Cuba setting sekali East Malaysia

          4. kilah says

            saya pun sama..dah ikut setiap step tuan bgtau..tetap tak dapt print waybill poslaju

          5. Eezwan Manaf says

            tak keluar ke? Buka pakai apa? laptop ke handphone? Kalau handphone dia tak keluar.

  39. Numad says

    Askum,borang pl9 tue kena isi setiap kali nak pos ke?atau sekali isi je?

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam.. Setiap kali pos kena isi borang PL9. Setiap kali hantar minta borang lebih kat poslaju buat backup next penghantaran

      1. Numad says

        Borang tue perlu bayar tak tuan?

        1. Eezwan Manaf says

          Tak perlu. Free je

        2. Numad says

          Terima kasih . .

  40. Lita says

    assalamualaikum, tuan.. selain poslaju bole ke guna pos lain cth J&T ke

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam untuk program free shipping boleh guna poslaju & dhl sahaja.

      Tapi kalau manual shipping apa2 courier pun boleh

  41. Izam Jamil says

    Terima kasih atas pengkongsian…
    Sy x boleh gerak lagi sebab belum beli printer…
    Banyak lagi sy belum faham sebab sy kosong x tau ape2.., yg sy faham skrg sy kene ikut step2 di atas…
    terima kasih

    1. Eezwan Manaf says

      Sama-sama. Takpe pelan-pelan kayuh

  42. memesis says

    borang PL9 tu kene isi setiap kali nak pos barang ke?

    1. Eezwan Manaf says

      Ye kena isi setiap kali pos barang

  43. Nana says

    macam mana nak order barang cust dari supplier shopee as a dropship ? dah puas cari cara . tapi still tak jumpa2 . mcm yg saya tengok dekat youtube , diorang just copy alamat cust and send as a dropshipper . but saya kalini macam lain je . puas dah cari , tapi still tak jumpa . hope you boleh tolong how to order barang from supplier di shopee as a dropshipper :”)

    1. Eezwan Manaf says

      Lain macam tu macam mana? First sekali kena contact seller dulu dia ada buat dropship tak? Kalau ada baru boleh proceed. Sebab penghantaran akan dibuat oleh mereka. Jika kedai kita memang dah ada free shipping dari shopee, kita just hantar fail pdf waybill kat mereka. Dan mereka akan hantarkan guna poslaju. So kat sini dah tak ada masalah sebab nama penghantar adalah kita sendiri, tapi barang adalah supplier punya.

      Kes kedua adalah katakan kita tak contact seller langsung. Saja nak markup harga dari mereka dan jual kat kedai kita. Jadi bila dapat order dari buyer, kita pun order la dari supplier Shopee. Kes kat sini supplier tak tahu pun kita sebenarnya nak jadi dropshipper. So bila kita order, kenala tukar alamat dan nama masa checkout. Masalah nanti adalah dekat waybill nanti nama penghantar adalah nama supplier.

      Jadi boleh pilih cara 1 atau cara 2

  44. hart says

    boss.. untuk dropshipping tu, macam mana nak generated tracking number dari shoppee?
    sekiranya suplier tidak provide tacking number?

    1. Eezwan Manaf says

      Tak boleh generate. Kalau buat dropship, tracking number mesti dapatkan dari supplier sebab yang pos adalah supplier.

  45. Shasthajar says

    terima kasih tuan atas perkongsian ini. Saya ada beberapa soalan,

    1. Waybill tu kalau kita lekat pasal salotape je takpa ke?
    2. Kalau buyers beli buku rm 9.30 , berat under 5kg. Ada tak fee dikenakan sebab belian tak cukup rm35 ke atas?
    3. Untuk shipping manual, kalau buyer beli 3 unit buku. dan seunit buku beratnya adalah 0.5kg. Jadi untuk 3 unit buku beratnya adalah 1.5kg. bolehkah sebagai seller inform dekat buyer yang kos penghantaran meningkat sedangkan kita dah set kos penghantaran RM7(kos untuk satu unit produk)?

    Harap tuan boleh bantu saya..

    1. Eezwan Manaf says

      1. Tak boleh sebab takut kalau kena hujan nanti basah dan koyak. Pergi poslaju dan pihak poslaju akan lekatkan sendiri. Hanya bagi borang pada mereka.
      2. Kalau belian bawah RM35, pihak Shopee akan caj kos shipping. Tapi masih murah dibandingkan dengan caj asal.
      3. Kalau shipping manual masalahnya adalah seperti yang sis hadapi ni. Shopee tak boleh kira kos jika berat berlainan. Kalau nak deal di luar Shopee boleh juga. Hanya chat dengan customer. Saya cadangkan letak variant untuk kuantiti berbeza dan masukkan kos shipping siap-siap. Contoh: 1 buku RM25 / 2 buku RM50 / 3 buku RM70 (Andaikan harga kos sebuah buku adalah RM20)

  46. Taufiq says

    Flyer tu berapa ringgit ya?

    1. Eezwan Manaf says

      Ikut size. Kalau size M dalam RM11 untuk 50pcs

  47. JEANNE JOLIN says

    Klu nak pos barang dri shoppe blh guna poslaju ke?

    1. Eezwan Manaf says

      Ye boleh guna poslaju

  48. Anwar says

    Assalamualaikum..sy da dapat notification yang sy da selected utk free 5kg program tu. Tapi bila ada order masuk, sy x jumpa pos laju waybill tu. Dan kos shipping pon tiada. Padahal sy da letak di detail produk. Macam mana ye tu tuan..

    1. Eezwan Manaf says

      Dah set Shipping Supported Logistics tak kat My Shipping (bahagian setting)? Kalau dah set bila order masuk, waktu kita klik arrangement untuk pos tu dia akan minta kita print waybill.

      1. Anwar says

        saya x jumpa pula option tu tuan. After sy dapat noti pasal selected 5kg free shipping and activate mula 6/2 hari tu, shipping fee yg sy letak pada produk jadi kosong tuan. mmg mcm tu ke tuan ?

        1. Eezwan Manaf says

          Cuba tengok gambar kat Langkah 3..

          Shipping fee tak akan jadi kosong. Dia akan ada harga. Tapi harga tu Shopee yang tetapkan so seller tak perlu bayar kos shipping (Tengok kat langkah 4 pada gambar set Shipping)

      2. Mohamad Saufi says

        salam tuan,saya jual kerepek,so untuk pos sy menggunakan kotak,kadang2 kotak akan berubah saiz kerana buyer beli berlainan kuantiti,so harga pos tetap sama ker kalau sy dh daftar free shiping tu

        1. Eezwan Manaf says

          Waalaikumussalam. Harga pos bergantung pada berat atau volume metrics. Shopee akan kira berdasarkan 2 perkara tu. Kalau kotak kena masukkan ukuran lebar x panjang x tinggi.

  49. fadz says

    klu guna shopee free shiping bungkusan parcel macam mana?

    1. Eezwan Manaf says

      Bungkusan parcel tak kisah macam mana pun. Yang penting bil mesti kena lekatkan kat parcel. Saya biasa guna flyers poslaju yang ada jual kat pejabat pos. Tak nak guna yang poslaju punya pun tak apa.

  50. Zura says

    Macamna klu nk pos brg lps cny ni. Maknanya pending selama beberapa hari. Xpe ke. Duit dh bg kt suplier. Cuma suplier kata,brg akn dipos selepas cny.

    1. Eezwan Manaf says

      Kalau barang belum ready. Tukar kepada pre-order & setting days to ship kepada 7 hari

    2. Yolmira says

      kenapa ya bila masukkan tracking no n bila klik ship dia keluar consignment not valid? Sy pakai manual pos.

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More