Cara Pos Barang Di Shopee (Malaysia)
Sebelum ini saya ada berkongsi kepada pembaca-pembaca semua bagaimana cara menjual di Shopee. Alhamdulillah feedback yang diterima sangat memberangsangkan. Banyak juga soalan-soalan yang diterima berkaitan dengan cara pos barang Shopee ni dan saya ada berjanji untuk buat satu pos berkenaan dengan perkara ni. Jadi saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya berkongsi tentang bagaimana cara pos barang Shopee khususnya di Malaysia.
Cara Pos Barang Di Shopee
Terdapat 2 cara untuk pos barang di Shopee iaitu:-
- Shopee Free Shipping Program
- Manual Shipping
1. Cara Pos Barang Di Shopee Melalui (Shopee Free Shipping Program)
Ok untuk mereka yang menjual di Shopee, memang sangat digalakkan untuk memohon Shopee Free Shipping Program ini. Sebab apa? Sebab buyer & seller boleh dapat Free Shipping. Bermaksud penjual tidak perlu lagi risau dan bimbang untuk menetapkan kos penghantaran kerana Shopee akan uruskan semuanya! Best kan? Siapa tak nak barang percuma..
Apa Shopee Free Shipping Program Ni?
Ia adalah projek kerjasama antara Shopee & Poslaju bagi menggalakkan ramai pengguna untuk membeli & menjual secara online dengan lebih mudah. Jual produk anda di Shopee & gunakan Poslaju secara PERCUMA untuk produk di bawah 5Kg! Tetapi ada terma dan syarat yang perlu anda tahu tentang program ini iaitu:
- Berat produk yang dijual mesti di bawah 5Kg untuk Semenanjung Malaysia & di bawah 1Kg untuk Sabah/Sarawak.
- Untuk minimum order RM25, Shopee akan berikan subsidi postage sebanyak RM2 ke Semenanjung, manakala RM4 ke Sabah/Sarawak.
- Free Shipping akan diberikan untuk minimum order RM35 (Subsidi penuh oleh Shopee)
- Pesanan perlu dihantar oleh penjual melalui borang yang disediakan oleh Shopee (Perlu dicetak)
- Penjual hendaklah ‘drop off’ sendiri pesanan ke pejabat Poslaju yang terdekat (Pickup sudah tidak disediakan)
- Untuk buyer Free Shipping hanya untuk 5 kali pembelian sahaja sebulan. Jika buyer tanya kenapa tak dapat Free Shipping cuba tanya berapa pembelian dia dah buat untuk sebulan tu? Untuk Seller tak ada limit untuk tetapkan Free Shipping.
- Untuk berat di atas 5kg, harga ditentukan berdasarkan berat. Sila lihat gambar rajah di bawah untuk lebih faham.
Subsidi yang diberikan oleh Poslaju berdasarkan minimum perbelanjaan
Kos Penghantaran Bagi Berat Melebihi 5Kg Ke Atas
Nota: Selain Poslaju, DHL juga sudah berkolaborasi dengan Shopee untuk program ‘Free Shipping’
Kelebihan Shopee Free Shipping Program:
- Free Shipping – Sudah semestinya
- Drop off parcel anda di kaunter Poslaju tanpa apa-apa bayaran
- Borang cetak sendiri. Tak perlu nak kena isi borang secara manual lagi
- Boleh combine shipping. Kos shipping akan dikira secara automatik berdasarkan berat barang
Di bawah adalah contoh bagaimana program free shipping ini berlaku
Cara Daftar Shopee Free Shipping Program
Langkah 1: Sila masuk website berikut Shopee Free Shipping Program
*Pastikan anda sudah update alamat anda dan juga sudah ada printer di tempat anda kerana anda perlu cetak borang sendiri. Printer adalah wajib jika anda ingin daftar Shopee Free Shipping Program.
Langkah 2: Masukkan maklumat yang diperlukan seperti dibawah.
Langkah 3: Kemudian di bahagian Acknowledgement, pilih agree dan submit permohonan anda! Tunggu selepas tarikh yang anda mohon dan semak jika permohonan anda berjaya atau tak.
Kadang-kadang Shopee tak hantar push notification tapi sebenarnya permohonan sudah pun berjaya. Bagaimana nak semak permohonan kita sudah berjaya atau tak?
Pergi kat Shop Settings. Pilih My Shipping dan tengok ada tak tertulis Shopee Supported Logistics macam gambar di bawah ni? Kalau ada maksudnya permohonan anda dah berjaya dan anda dah boleh setkan Free Shipping di setiap produk anda.
Jadi bila Free Shipping Program dah aktif, ada 10 perkara yang anda perlu buat
Langkah Yang Anda Perlu Buat Untuk Pos Barang di Shopee
Langkah 1: Dapatkan Printer
- Wajib ada printer! Kalau belum ada, sila beli printer terlebih dahulu. Tidak perlu printer yang mahal-mahal. Cukuplah sekadar untuk print waybills dari Shopee.
- Poslaju hanya menerima pesanan yang ada waybills yang telah dicetak
- Contoh waybills Poslaju seperti di bawah
- Waybills hanya mengandungi 1 salinan sahaja.
- Tracking no akan ‘auto generated’ selepas anda arrange shipment.
- Maklumat buyer & seller akan dipaparkan pada waybills ini. Maklumat di atas ini adalah auto generated, jadi jika berlaku kesalahan ia tidak boleh diubah lagi.
Langkah 2: Kemaskini alamat shipping
- Pastikan anda menggunakan alamat yang sah. Ia bertujuan untuk menentukan kos penghantaran dan membolehkan pengguna untuk membeli dari store anda.
- Set alamat sebagai default & pickup address pada setting My Addresses
Langkah 3: Kenalpasti berat parcel anda
- Kos penghantaran akan dikira berdasarkan berat sebenar parcel anda atau berdasarkan kiraan volumetric weight. Yang mana lebih tinggi kiraan kos akan dipilih. Volumetric wight ini adalah saiz kotak atau saiz parcel anda.
- Pastikan anda masukkan berat yang betul.
- Poslaju hanya menerima berat parcel sehingga 30kg sahaja.
- Contoh pengiraan volumetric weight adalah seperti berikut
Langkah 4: Kemaskini berat produk anda
- Login ke akaun seller anda dan pergi ke My Products.
- Pilih produk anda dan edit. Cari di bahagian Shipping dan masukkan berat parcel anda.
Langkah 5: Proses tempahan anda
- Login ke akaun seller anda dan pergi ke My Sales
- Klik di bahagian “Arrange Shipment”
- Klik ‘I WILL DROPOFF’ dan tekan butang Confirm
- Satu pop-up akan muncul dengan maklumat no tracking dari Poslaju. Baca arahan yang diberikan, kemudian cetak waybill anda.
- Pada paparan window ini, anda boleh lihat salinan-salinan waybills anda. Untuk cetak anda boleh klik kanan pada waybills dan pilih print. Atau anda juga boleh guna keyboard Ctrl + P.
- Tidak perlu cetak warna. Cukup sekadar hitam putih.
NOTA: Bermula 28 Mei 2020, Shopee telah buat penyeragaman Airway bill. Anda hanya perlu mencetak satu salinan Air Waybill dalam saiz A6
- Sentiasa menyemak semula Air Waybill anda untuk memastikan semua butiran adalah tepat.
Langkah 6: Penghantaran
- Anda boleh melakukan penghantaran parcel atau bungkusan anda di Pejabat Pos Malaysia ataupun terus ke Pusat Poslaju. Mana-mana sahaja pun boleh. Jika bungkusan anda tak banyak bolehlah terus ke Pejabat Pos Malaysia sahaja. Jika banyak, boleh terus ke Pusat Poslaju.
- Jika Pejabat Pos Malaysia, anda perlu mengambil nombor dan beratur.
- Di Pusat Poslaju anda boleh terus ke kaunter untuk pengeposan barang kontrak tanpa perlu beratur.
- Sebelum anda serahkan bungkusan anda ke kaunter pos, terlebih dahulu anda perlu isi form PL9 sebagai bukti resit.
- Apa itu borang PL9?
- Ia juga dikenali sebagai “pengeposan poslaju berkontrak”. Secara automatik anda sudah mempunyai kontrak dengan Poslaju bila anda memohon Shoppe Free Shipping Program.
- Ia adalah borang berwarna pink dengan salinan berwarna putih
- Bagaimana cara untuk dapatkan borang PL9 ini?
- Anda boleh minta dengan kerani Pos Malaysia ataupun Poslaju
- Anda hanya beritahu yang anda mahukan borang PL9
- Atau anda hanya beritahu mereka yang anda nak borang kontrak Shopee. Mereka akan faham.
- Cara-cara untuk isi borang PL9
- Isi No Akaun Shopee: 8800472220 (No akaun ini adalah sama untuk semua orang)
- Isi tarikh penghantaran
- Masukkan nama & alamat anda
- Isikan jumlah barang yang anda pos
- Tanda tangan atau cop
- No Siri – Ikut pengalaman saya, jika hantar ke Pos Malaysia kena isi, tapi kalau hantar ke Poslaju tak perlu isi pun benda ni.
- Lepas dah isi borang, serahkan borang PL9 ini bersama-sama waybills dan parcel anda
- Selesai!
2. Cara Pos Barang Shopee Secara Manual
Untuk pos barang Shopee secara manual ini lebih kurang sama sahaja dengan kaedah di atas. Yang membezakannya adalah anda perlu letakkan kos shipping secara manual dan bila dah dapat tempahan, anda perlu tanggung kos pos dan isi borang Poslaju secara manual.
Kemudian anda perlu hantar tracking nombor juga secara manual. Kebanyakan penjual di Shopee tidak menggunakan kaedah manual ini melainkan anda buat dropship.
Kelemahan manual adalah Shopee tidak mengira kos shipping secara automatik bila tempahan melibatkan 2,3 barang. Sebagai contoh, jika buyer beli produk anda yang mempunyai berat 500g. Katakan anda dah tetapkan kos shipping adalah RM7. Tapi bila buyer beli 3pcs, kos shipping tidak bertambah. Malah masih kekal RM7. Sedangkan anda perlu tambah kos jika berat melebihi 1kg. Jadi saya cadangkan anda untuk mohon Shopee Free Shipping Program jika anda ingin menjual di Shopee.
Efektif 22 Oktober 2020, seller yang ingin buat pos secara manual perlu memohon terlebih dahulu di sini
Ok itu sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Ada soalan? Ada yang tidak faham? Sila tinggalkan komen di bawah. Insha-Allah saya akan menjawabnya dengan sebaik mungkin.
Bacaan berkaitan Shopee:
Tumpang tanya tuan,Sya first time menjual kt shopee brg runcit, saya jual by units, tapi boleh je kalau ada cust nak beli borong, tapi masalah kt kedai saya letak brg units yg ringan. Hari first time saya dapat cust dia nak beli borong n barang tu berat nya lebih dari 20kg mcm mana saya charge shipping ya
Pakai courier yang dah disediakan dalam Shopee contohnya J&T. J&T boleh hantar barang sehingga 100kg.
Salam.. Jika sudah ada tag free shipping pd product.. Dan customer guna voucher semasa membeli dan hanya perlu membayar RM1. 50 tambahan.. Bermaksud sy tidak perlu bayar ape2 di poslaju? Atau akan ditimbang lg? Tq
Tak perlu bayar apa-apa. Semua tu buyer yang bayar. Seller hantar sahaja
Hi, Salam , Nak tanya kalau drop ship kan bukan kita yg pos brg, perlu ke daftar waybill? then, kalau cust dah dapat parcel, dye x tekan Recieve ,seller dapat x duit dari shopee?
Salam. Waybill tak perlu daftar. Memang kalau order akan keluar waybill untuk seller print. Walaupun buyer tak klik receive tapi selepas 3 hari duit akan masuk automatik ke akaun seller.
Salam. Kalau pos manual tak ada waybill melainkan guna courier yg dah ada dalam shopee. Kalau buyer tak tekan receive, seller akan dapat duit selepas 3 hari secara automatik kalau tak ada refund dari customer
Saya nak tanya, sekiranya customer luar negara nak beli barang kita di shopee (sebagai contoh choco jar),
1. Macam mana kita nak uruskan postage tu ye? Dan patut hantar melalui courier apa?
2. Shipping fee tu pula akan ditanggung oleh seller atau customer? Shipping fee tu pula kita yg akan tetap kan harga atau shopee sendiri yang letak harga shipping?
3. Sekiranya kita nak barang kita juga boleh dihantar ke luar negara, ada certain setting ke yang patut kita tekan untuk allow kn pembelian ini? Atau dia mmg dah automatik boleh guna terus untuk dalam dan luar negara?
1. Guna mana-mana sahaja courier yg ada free shipping program. Penghantaran akan dibawa ke warehouse Shopee terlebih dahulu dan Shopee akan uruskan selebihnya.
2. Bila guna Free shipping, Shopee yang akan tentukan harga.
3. Boleh baca di sini https://help.shopee.com.my/s/article/What-is-Shopee-International-Platform
Assalamualaikum tuan…
Tq info…
Sy nak tanya, kalau kat shipping tu kos pos kita klik kita yg tangung adakah kite kena bayar time pos barang or shopee akan tolak dlm akaun kite.. Sbb tak perasan sy klik kos pos sy tangung.
Waalaikumussalam. Buat manual ke? Kalau manual kena bayar sendiri. Dan kira free postage untuk buyer
Poslaju mmg kena 4salinan kan,kalau 1 salinan guna thermal dan 3lagi kertas biasa mcmtu blehkan? J&T sma jgk ker? Kena ada 4 salinan juga?
Seakrang dah bukan 4 salinan dah. Sekarang waybil keluar 1 salinan sahaja
Nak tanya untuk yang borang PL9 tu kan setiap kali kita dropoff barang kena isi dan bagi dekat kerani poslaju ke atau sekali tu je
Setiap kali hantar barang.
Maaf saya nk tnye knp dkt shoppe saya dekt my shipping ye? Boleh bntu saya
Maaf saya tak berapa faham soalan ni. Boleh explain lagi maksud ‘dkt shopee saya dekt my shipping’
Assalamualaikum, maaf mengganggu sy nk tanya klau sy apply free shipping program tu, seller x perlu byr tapi customer ada kene byr ke shipping? Atau x perlu? Ada limit ke free shipping utk customer?
Waalaikumussalam. Customer yang perlu bayar. Kita just hantar ke poslaju atau courier sahaja. Free shipping ada limit untuk setiap user.
maksudnya hanya salinan penerima shj yg perlu sy lekatkan di parcel?2 lagi salinan beri pada petugas pos laju?…betul ka?maaf sebb sy tdak tau….baru nak mencuba menjual di shoppe
Sekarang Shopee cuma guna 1 salinan sahaja. Just lekatkan salinan tu dekat product
Assalamualaikum wbt tuan… nam tanya… kalau dlm shopee dh received noti cakap dh activated for FSP tapi bila masok shopee seller belum ade poslaju apa patut saya buat?
Waalaikumussalam. Kena chat dengan customer support Shopee. Atau boleh tunggu mungkin akan masuk dalam beberapa hari
Assalamualaikum
Kalau saya dropoff dkat poslaju perlu ke saya sdiakn 4 salinan airwaybil?
Kalau item send ke sarawak pun dropoff mcm biasa ke? Maaf first time drop dkat poslaju, penerima pulak dr sarawak😅
Waalaikumussalam. Sekarang cuma 1 sahaja salinan untuk poslaju
Salam tuan, posting yg sangat membantu kami semua… thanks a lot… saya nak tanya…
1) kalau post manual, kita TAK dapat waybills kan, sbb semua kena buat manual kat pejabat pos tu… jadi bila kita dh buat post, update tracking no kat shopee kita kena buat sendiri ya? mcm tekan to ship sendiri & sebagainya?
2) kalau saya jual barang dari peniaga dalam shopee juga… saya setting sendiri manual post, boleh kan? sbb apa2 yg supplier update pada pembelian saya(@jualan saya) , saya akan update manual pada jualan saya… betul tak?
harap tuan dapat jawab, TQ sangat
Waalaikumussalam
1. Ya update kena buat sendiri
2. Ya boleh. Betul kena update manual.
Salam Tuan, sy baru nak mula utk bisnes online.. sampul utk pos, mmg kena beli waktu nak drop barang ke atau boleh je beli sebelum tu buat simpanan? Dan kalau dah ada simpanan, waktu nak drop off tu boleh masukkan siap² ya brg dlm sampul tu?
Waalaikumussalam. Beli siap-siap buat stok. Memang kena bungkus siap2 kat rumah/office baru pergi drop off.
Salam…nak tanya kalau parcel pos laju..tapi kita pos kat parcel hub stil nak juga ke borang PL9 tu ?
Waalaikumussalam. Ikut tempat. Tapi biasa kalau hub poslaju tak perlu. Post office biasa je kena
salam tuan. kertas airway bill tu kena cari yang kalis air ke? saya tengok parcel yang saya order semua nya jenis kalis air
Tak payah. A5/A6 biasa pun boleh cuma kena tampal penuh pakai salotape besar lutsinar tu supaya bila kena air dakwat tak hilang.
Tuan..klu saya dah ada akaun personal shoppee, saya kena buka akaun baru ke utk biz. Saya baru nk belajar berniaga di shoppee.
Tak perlu boleh guna yang personal saja. Tapi kalau nak asingkan pun boleh
Untuk pos barang, parsel packing ni kita selller yg kne buat sendiri atau Currier yang akan pack barang kita?
Kena buat sendiri. Courier tugas dia hantar barang sahaja.
Saya nak tanya. Selepas saya dah print airwaybill tu, dan dah pos barang, saya nak kena update apa2 kat shoppe saya ke? Statusdekat My Shippment masih “To Ship” lagi even saya dah pos barang..
Tak perlu dah selepas pos barang. Tunggu pihak courier hantar dan tengok status setiap masa. Kalau pos selepas waktu berkerja, tunggu keesokan hari.
Assalammualaikum tuan, nak tanya kalau nak post pakai J&T sama ke caranya? terima kasih.
Waalaikumussalam. J&T sekarang free. Dah siap dapat dalam akaun shopee. Tak perlu apply. Hanya poslaju sahaja kena apply
Tuan kalau print guna kertas A4 boleh ke lekat guna slotep saja dekat barang tu?
Boleh je tak ada masalah
Kalau kita print di kedai boleh ke tuan? Sbb permulaan ni nak beli printer tak mampu lagi. Jadi boleh ke kita print melalui phone dan print by kertas A4 di kedai and staple kat parcel tu?
Boleh je. Tak ada masalah. Kat cyber cafe pun boleh
Dekat mana ya cari no akaun shoppe
No akaun Shopee? nak buat apa ye dengan no akaun shopee? atau no akaun sendiri dalam shopee?
boleh ke saya postage barang utk pesanan di shopee di luar lokasi tempat tinggal saya.. contohnya saya tinggal di selangor. Skg saya balik kampung di johor. Saya postage barang pesanan dari batu pahat johor.
Boleh tak ada masalah
assalam nak tanya kenpa nama seller tidak tertera di waybill shopee. hanya ada maklumat customer sahaja di tempat pengirim dan penerima
Waalaikumussalam. Sepatutnya ada tu. Maybe masa print tu tak loading betul-bwtul waybill
Terima kasih di atas perkongsian anda yang sangat berguna kepada kami yang baru nak mula berniaga di shopee. Saya nak tanya, volumetric weight tu memang kena bahagikan dengan 6000?
Assalam nak tnya, kalau nk drop off parcel di j&t, perlu letak di kaunter ke? Atau ada tempat khas untuk drop off? (pakai awb shopee)
Salam. Boleh terus ke kaunter je
Sy bru nak jual di shopee.. tq atas info ni.. sgt berguna.
Tuan,boleh email sy..saya ade banyk persoalan yg nak tanye berkenaan shopee ni.
Hi. Nak tanya, borang PL9 tu hantar sekali masa kita nak pos brg ke? Lepas isi bagi je dekat kerani poslaju balik. Mcm tu ye?
Ye betul.
Saya nak tnya lagi… Kena ada laptop dngn printer la kn.. Untuk nak apply progrem nie
Saya nak tnya.. Klau pos kita tu lebih 5kg sapa yang akan tnggung kos lebihan tu… Dan klau ikot program ni.. Dia kira tak besar kotak.. Contoh nak pos tnjak.. Perlu kotak yg besar… Tpy isi nya ringan sja… Perlu bayar tak… Sbb klau seblom nie pkai menual memng tak boleh lebih 30cm..klau lebih hrga dy jdi lain… Mahal sngat. Maslah jika orng nk beli lebih dri satu kat shopee
lebih 5kg kita yang akan tanggung. Poslaju bagi subsidi bawah 5kg saja. barang besar memang akan ukur dulu.
Betul dua-dua kena ada
Salam Encik.
Jika barang yang di pos agak besar mmg tidak boleh di pos melalui pejabat pos ye?
Adakah perlu di pos di pusat poslaju?
Terim kasih.
Salam. Boleh nanti pihak pos akan ukur berdasarkan volume metrik
salam saya nak tanya kalau tak daftar free shipping so maknanya price untuk product kita mesti include sekali dengan harga postage ke ?
Boleh include atau asingkan
Salam, berkenaan dengan dropship, kalau kita receive order dari customer, kita cuma perlu passkan waybill pada supplier kita. Supplier boleh hantakan parcel walaupun kita guna alamat kita ? Dan supplier boleh pos parcel tersebut di Pejabat Pos yang lokasinya berbeza negeri dengan kita ? Kiranya alamat pengirim dan lokasi parcel tersebut dipos tak berhampiran. Boleh ye macam tu ?
Salam ye boleh tak ada masalah
Hi tuan, nk tanya untuk flyers tu even dah apply free shipping pun kena beli sendiri eh ? Dpt murah ke kalau beli bnyak banyak ?
Kena beli sendiri. Harga flyers sama je kalau beli banyak
assalamualaikum..saya ada masalah bila customer order..pilih gdex,notification ada masuk email, bila buka shopee, takde dalam list my order untuk saya print airway bills cam biasa,tp lihat kat shipping, status shipped out, kenapa ya? satu lagi kalau set lain2 kurier sebab pakai citylink..nk buat macam mana ya.terimakasih bantuan info.
Waalaikumussalam. Saya tak faham yang tulis shipped out tu barang dah pos ke belum? sebab kalau ikutkan soalan baru terima notification? Kalau pakai citylink pilih others untuk courier. Boleh set kat my shipping
Salam.. Saya ada jual brg di shopee.. Saya terclick button J&T drop off.. Tapi bila saya ke ofis JnT, tutup pulak.memandangkn RMO.. Jadi saya nak gunakan poslaju.. Boleh ke? Mcm mana pulak dgn bayaran di shopee?
Salam.Ada guna free shipping program ke? kalau ye dan klik JNT kena hantar dengan J&T jugak. Tapi kalau manual boleh je hantar guna poslaju tapi pastikan bagitau customer
Assalamualaikum tuan, poslaju memang dah tak ada pickup dekat rumah ke? atau seller tertentu je yang dorang boleh pickup dekat rumah? Saya kurang faham la.
Waalaikumussalam. Customer terpilih sahaja ada pickup. Yang daftar lewat dengan Shopee dah tak ada fungsi pickup dari rumah
Salam tuan, nak tanya kalau guna free shipping Rm19 tu. Contoh nya customer beli total Rm25. so free shipping Rm19 shj. Baki tu customer perlu byr kan utk shipping? Tp bila kita dah print waybill utk free shipping Rm19 tu. Baki shipping td mcm mana nak buat? perlu byr dengan poslaju ke?
Salam. Tak perlu bayar apa-apa. Kalau dah masuk free shipping program semua buyer yang tanggung. Seller just hantar sahaja
Salam. Saya baru je menggunakan platfom shopee. Masalah sekarang ni tak dapat waybill pos laju. Arrange shipment pun takde bil ada order cuma keluar macam kena pos manual ada butang hantar je. Kos pun tak tetap secara auto. Sebelum ni guna j&t sahaja. Baru add kurier pos laju sebab shopee suruh tambah. Kat mana yang betul dibetulkan? Terima kasih.
Tak dapat waybill sebab pos secara manual. waybill untuk mereka yang join shopee free shipping program sahaja. Kena set manual kos tu
salam tuan sy droship do shopee.baru² ini ada cust order brg.order dh delivery dlm sistem jnt.tp cust mengaku masih x terima barang.apa perlu sy buat?
Salam. Minta dia semak dengan JNT.
Assalamualaikum tuan program free shipping ini masih ada dlm shopee? Masih perlu berdaftar?
Ye masih ada. Boleh daftar lagi
Salam tuan. Kt mana nk dptkan sampul tu?
Salam. Boleh beli kat pejabat pos atau poslaju
Hi.sy nak tanya..boleh tak kita set harga shipping mcm ni.contoh harga shipping RM5/sehelai . customer order 10 helai yang sama tetapi harga cost shipping keseluruhan adalah RM5. Sy nak buat macam,harga shipping RM5 x 10 helai = RM50.macam mana nak set kat shopee?
buat variant. Masukkan sekali kos shipping dalam tu
Salam tuan, sy baru menjual barang dalam shopee, apabila cust telah membuat payment online, duit tu terus masuk ke dalam my wallet atau kena tnggu order receive baru duit masuk ke dalam my wallet?
Salam. kena tunggu order received dulu. Biasa selepas 3 hari
Salam sy yen .. sy bru meniaga dalam shopee .
Soalan 1
Penghantaran secara manual .Customer order 2 barang
Berasingan
tapi penghantaran alamat yang sama? Boleh ke sy 1 kan barang utk dua order ?
Soalan 2
Boleh ke sy tekan ship dan masukan no tracking yang belum active lagi ?belum hantar pos
Salam. Boleh gabungkan tapi kena masukkan no tracking yang sama. Kalau dah ada no tracking boleh tekan ship dahulu kemudian pastikan hantar
salam nak tanya, kalau asalnya sy guna shipping J&T dah dapatkan AWB, kemudian admin dropship sy kata kena pakai poslaju sahaja, macam mana nak dapatkan AWB baru ya? terima kasih
Kena mohon poslaju punya free shipping program. Asalnya memang dah ada. Boleh semak di bahagian shipping kat setting
Sya baru join jual di shopee , mcm mana ehh penghantaran dia . Ada order masuk pakai j&t tp cos pos dia free ? Adakah sya yg kena bayar postage cust ?
Kalau ada mohon untuk shopee shipping program postage tak perlu bayar
salam, saya baru apply free shipping kat poslaju, belum approve lg, kalau saya nak jual produk sendiri kat Shopee, boleh x saya dapat free shipping dari J&T. Saya dah on lampu hijau kat J&T
TQ?
Kalau di bahagian shipping dah ada J&T boleh sahaja teruskan dengan J&T.
Bro nak tanya konfius sikit. Free post nie kire untuk item yg buyer apply voucher free shipping atau semua item. Contoh kita jual barang rm10 letak shipping cost rm8. Buyer bayar rm18 kita boleh dapat free shipping gak ke
Free post ni untuk harga barang yang dijual sahaja. Tak termasuk caj pos yang kita tetapkan. Contoh tadi tu kalau barang RM10 campur caj pos RM8 tak dikira. Free shipping program ni hanya untuk mereka yang apply free shipping sahaja. Kita tak perlu tetapkan harga shipping pun kalau dah apply program tu.
Assalam, soalan pertama kalau ikut shopee free shipping program ada nak bayar yuran utk menjual tak?
Soalan kedua, mcm mana cara hendak menjual product ke overseas mengunakan shopee? Sya dah ada register shopee indonesia, tp masalah alamat kena register alamat kat indon
Waalaikumussalam
1. Seller akan dikenakan caj 3% tak termasuk sst
2. Kena guna alamat di Indonesia tak boleh guna alamat Malaysia. Kalau boleh ada warehouse kat Indonesia
salam tuan
saya nak tanya, shopee saya dah dpt free shipping program dan semua produk saya menggunakan khidmat free shipping program. Jika saya berminat untuk menjadi dropship, 5kg free shipping xboleh digunakan sbb kena manual masukkan tracking number.Bolehkan saya setkan 5kg free shipping hanya untuk produk saya manakala untuk dropship saya set kepada “other” shipping channel?
T.kasih tuan
Salam. Ye boleh. Tapi akan ada masalah jika customer beli 2 barang yang berlainan dalam satu order nanti. Jadi saya cadangkan buat satu akaun lagi untuk dropship produk sahaja.
Salam Tn,
Sy baru nak mula dropship shopee dgn suplier dr shopee jgk. Sy agak tak faham mcmna cara postage.
klu guna manual, sy perlu mintak trac number dgn supplier then key in ya?
klu yg print waybill tu sy perlu print then bg supplier? bagaimana dgn alamat penghantar?
harap Tn sudi membantu. terima kasih
Salam
1. Kalau guna manual kena minta tracking nombor dengan supplier
2. Kalau waybill kena ada kesepakatan dengan supplier. Sama ada dia terima tak waybill dari kita dan dia printkan sendiri. Biasa kalau supplier dari SHopee boleh. So kena tanya sendiri supplier tu. Alamat boleh letak alamat kita sahaja sbb supplier tolong hantar sahaja.
macam mana cara nak masukkan no tracking tu kat kedai kita.trima kasih
Masa klik dekat ship tu nanti akan keluar bahagian tracking number masukkan kat situ. Ini untuk pos secara manual dan tak guna integrated shipping program
Salam tuan sya bru sbulan dlm seller shoppe .. Bagaimana nak dptkan button live streaming? Sbab kat shoppe sya tkde button utk bt live ..tq..
Assalamualaikum tuan,
kenapa ye bila masuk order tapi takde button arrange shipment.. macam mana nk buat?
Waalaikumussalam. Kena selalu refresh. kadang2 website ni ada problem juga
Nk tanya, sy ada jual brg mll shopee, sy dh pos brg guna cr manual, tp ble sy nk arrange shipment br sy tau sy prnh apply utk shopee free shipping program. Skrg brg tu dh pos tp nombor tracking berlainan..mcm mn nk buat ye?
Update dengan customer. Minta customer tekan button order received kalau dah terima
Salam nak tnya. sy jual brg di shopee. bole ke kalau rumah cust tu brhampiran dgn sy. sy hantar trus padenya. klau bole mcm mne nak claim bayaran yg cust buat dari shopee ?
Salam boleh. tapi minta customer terus klik received item pada apps shopee tu baru duit masuk.
Maaf tuan.. Nk tnya.. Kalau nak pos brg shopee tu kalau letak alamat pos laju blh ke?
Kalau boleh letak alamat sendiri. In case barang kena return macam mana?