Cara Redirect Domain Ke Fanpage
Ingin Tahu Cara Redirect Domain ke Fanpage Anda?
Jika anda ada domain tapi masih tidak digunakan, maka adalah lebih baik jika domain tersebut diarahkan ke url yang lain atau fanpage anda sendiri. Namun begitu biarlah domain yang ingin diarahkan itu sama dengan nama fanpage anda.
Jika anda sudah ada bisnes dan juga FB fanpage, adalah lebih baik juga jika anda juga membeli domain berdasarkan nama bisnes atau nama fanpage anda. Sebagai contoh jika saya ada sebuah fanpage berkaitan dengan printing contohnya nama bisnes printing saya adalah Bolehprint, maka saya akan beli domain bolehprint.com untuk simpanan saya. Mana tahu mungkin suatu hari nanti saya perlukan domain ini untuk memasang satu website walaupun buat masa sekarang saya tidak perlukan lagi. Dikhuatiri domain ini nanti akan diambil oleh orang lain terlebih dahulu jika saya tidak terus membelinya. Ia juga berkaitan dengan branding.
Okay cukup untuk pengenalan 🙂
Sekarang saya sudah ada domain, tapi bagaimana cara redirect domain ke fanpage? Follow langkah-langkah di bawah tentang bagaimana cara redirect domain ke fanpage.
Langkah 1: Sila login ke cPanel anda.
Langkah 2: Pergi ke bahagian domains dan klik pada bahagian redirects
Langkah 3:Â Masukkan maklumat seperti berikut
Langkah 4: Selepas masukkan semua maklumat, klik pada butang Add. Jika berjaya notis seperti berikut akan dimaklumkan
Langkah 5: Cek url anda. Jika berjaya redirect ke fanpage maka kerja anda sudah pun selesai 🙂
Saya juga sediakan video tutorial. Boleh tonton video di bawah: