fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Cara Return Refund Barang di Shopee Secara Percuma

713

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Cara Return Refund Barang di Shopee

Saya merasakan ramai yang tidak tahu bahawa proses return dan refund barang di Shopee ini adalah PERCUMA. Apa yang saya perhatikan, ramai yang sanggup klik ‘Order Received’ dan bagi rating rendah kepada seller kerana tidak puas hati dengan barang yang sampai di tangan masing-masing. Padahal boleh sahaja kita proses return dan refund barang yang tidak memenuhi citarasa ini secara percuma.

Jadi post kali ini saya tunjukkan macam mana cara return refund barang di Shopee tanpa membayar satu sen pun kepada pihak courier dan juga seller.

Sebelum itu ,kita kena tahu bila masa kita perlu boleh buat proses return refund ni? Okay ini adalah syarat-syaratnya:

Bila Saya Boleh Proses Return Refund Barang di Shopee?

  1. Tidak terima barang yang dipesan
  2. Terima produk yang tidak cukup sifat (Tak cukup kuantiti atau aksesori)
  3. Terima produk yang salah (Cth: Salah warna, salah size atau produk lain)
  4. Terima produk yang rosak secara fizikal (Cth: Kemek, calar, patah)
  5. Terima produk yang tidak berfungsi (Cth: tidak boleh digunakan seperti biasa)

Perhatian: Anda hanya boleh proses return refund jika anda belum klik lagi ‘Order Received’ jadi check dulu barang sebelum tangan gatal nak klik received tu. hehe. Jangan nak kejar coin tapi rugi sebab barang tak boleh pakai

Bagaimana Cara Return Refund Barang di Shopee?

Sebelum tu perlu diingatkan kita hanya boleh return refund dalam tempoh yang dibenarkan sahaja. Okay untuk mulakan proses return refund ni sila ikut langkah-langkah di bawah:

Langkah 1: Buka akaun Shopee anda dan cari di bahagian To Receive.

Langkah 2: Klik pada order anda, kemudian klik pada order anda (Cth dalam gambar klik pada bahagian kerusi tu). Kemudian klik butang Return/Refund.

Cara return refund barang di shopee

Selepas anda klik pada bahagian Return/Refund, anda perlu masukkan maklumat mengenai produk tersebut. Perhatikan nombor di bawah:

Cara return refund barang di shopee

  1. Pilih barang yang anda nak return/refund.
  2. Masukkan sebab anda nak refund. Masukkan sebab yang munasabah.
  3. Masukkan gambar bahagian yang rosak, yang tersalah warna dan sebagainya (Bukti bergambar). Boleh masukkan sampai 3 gambar.
  4. Tulis keterangan tentang produk yang anda terima tu untuk support claim anda.
  5. Pilih solution sama ada nak return and refund atau nak refund sahaja. Di sini kita boleh pilih Return and refund jika nak dapatkan refund penuh.
  6. Lepas dah selesai klik Submit.

Follow Up kes: Seller Accepted

  1. Selepas berjaya request refund, Shopee akan beri masa kepada seller untuk respond. Jika dalam masa 3 hari seller tidak respond, Shopee akan automatik refund kepada kita.
  2. Jika seller accepted request kita, maka apa yang perlu kita buat adalah hantar balik barang yang kita terima kepada courier yang betul.

Perhatian: Proses return/refund hanya boleh dilakukan melalui J & T Express dan PosLaju sahaja.

Proses Return Menggunakan J&T Express

Langkah 1: Klik pada butang Return Refund Details

Langkah 2: Pilih Select Courier

Cara return refund barang di shopee

Langkah 3: Pilih Drop Off dan klik Confirm

Langkah 4: Kemudian klik View Instructions

Cara return refund barang di shopee

Langkah 5: Anda hanya perlu drop off sahaja produk di J & T. Pergi ke kaunter dan beritahu “saya nak return barang”. Itu sahaja. Lepas tu anda boleh balik dengan gembiranya tanpa perlu bayar apa-apa.

cara return refund barang di shopee

 

Contoh sticker yang ditampal pada parcel dan juga sender copy

Cara return refund barang di shopee

 

Itu sahaja perkongsian saya mengenai cara return refund barang di Shopee. Semoga dengan perkongsian ini akan membantu anda untuk buat return refund jika barang yang diterima tidak memuaskan hati. Jangan takut untuk return/refund kerana anda tidak perlu bayar apa-apa pun.

Good Luck!

Cara Return Refund Barang di Shopee

 

Artikel Berkaitan:

1. Cara Pos Barang Di Shopee (Malaysia)
2. Cara Keluarkan Duit Dari Shopee

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More