fbpx

Cara Tukar Nameservers


Sebelum saya tunjukkan cara tukar nameservers, terlebih dahulu kita hendaklah mengetahui apakah itu nameserver?

Apa Itu Nameservers?

Nameserver adalah sebuah komputer yang disambungkan secara kekal ke internet dan menterjemahkan nama domain ke alamat IP (atau sebaliknya), membolehkan anda memasukkan www.contoh.com bukannya 194.163.248.47

Jika anda membeli domain dari syarikat yang berlainan dengan hosting anda ataupun anda ingin membeli add on domain maka anda perlu menukarkan nameserver ini pada bahagian setting domain.


Domain anda tidak akan berfungsi selagi namerserver belum diubah. Sila baca pos saya tentang bagaimana cara untuk daftar domain & hosting

Tutorial Cara Tukar Nameservers

Pertama sekali anda perlu login ke dalam sistem domain anda. (Hosting berlainan akan mempunyai paparan yang berlainan dari yang saya tunjukan)

Login Untuk tukar nameservers

Klik di bahagian Domains

Domains Nameservers

Untuk tukarkan nameserver sila pilih domain yang berkenaan. Dalam contoh ini saya akan pilih domain eezwanmanaf.com. Pada dropdown list klik Manage Nameservers

Manage Namerservers

Pada bahagian inilah anda perlu masukkan setting anda. Bagaimana nak tahu namerservers anda? Sila cek email yang dibekalkan oleh pihak hosting. Biasanya pihak hosting akan hantar email berkenaan dengan login info berserta maklumat Nameserver sekali. Biasanya ada dua iaitu Nameserver1 dan Nameserver2.

Masukkan kedua-duanya pada bahagian ini

Cara Tukar Nameservers

Kemudian klik pada butang Change Nameservers. Sila tunggu 24 jam untuk pastikan yang pertukaran telah berjaya. Mengikut pengalaman saya penukaran  ini tak sampai pun 24 jam. Biasanya sekejap sahaja.

Setelah itu, anda sudah boleh memasang website pada domain anda!

Semoga berjaya!

Artikel Berkaitan:

SUBSCRIBE
Nak Dapat Update Terbaru Dari Blog Ini? Subscribe Dulu
SUBSCRIBE
Anda boleh unsubscribe bila-bila masa

3 thoughts on “Cara Tukar Nameservers”

Leave a Comment

69 − = 59

MUATURUN - EBOOK BOLEH JUAL SEMULA

Bagaimana Cara Untuk 'Start' Bisnes Online Anda!

Saya berikan anda 2 ebook ini. Anda boleh ubahsuai kandungan di dalamnya. Kemudian anda jual!
DOWNLOAD NOW
close-link
SUBSCRIBE
Nak Dapat Update Terbaru Dari Blog Ini? Subscribe Dulu
SUBSCRIBE
Anda boleh unsubscribe bila-bila masa
close-link