Cara Tukar Password cPanel
Cara Tukar Password cPanel
Selepas membeli domain & hosting cPanel akan email kepada anda info yang mengandungi username dan password. Bagi saya ia agak susah untuk ingat sebab jarang sekali saya hafal. Jadi apa kata tukar sahaja password yang senang untuk kita ingat. Persoalannya boleh ke kita tukar password cPanel? Ye boleh! Mari saya tunjukkan bagaimana caranya untuk tukar password cPanel semudah 1,2,3..
Saya telah sediakan video tutorial bagaimana cara tukar password cPanel di bawah
Saya juga sediakan tutorial secara bertulis di bawah. Selamat Membaca!
Langkah 1: Login ke akaun cPanel Anda
Langkah 2: Cari Bahagian Preferences dan klik di bahagian Password & Security
Langkah 3: Masukkan password lama di bahagian old password dan cipta satu password baru. Klik pada butang Change your password now!
Langkah 4: Setelah itu, ia akan redirect kembali ke bahagian login Cpanel dan anda boleh terus gunakan password baru! Selesai 🙂
Cpanel juga akan emailkan kepada anda pemberitahuan mengenai status penukaran password ini
Itu sahaja tutorial cara untuk tukar password CPanel. Semoga bermanfaat!