Cara Whatsapp Tanpa Perlu Save Nombor Telefon [BARU]
Cara Whatsapp Tanpa Perlu Save Nombor
Ramai yang bertanya terutamanya dalam group macam mana cara whatsapp tanpa perlu save nombor telefon. Sampai saat saya menulis pos ni pun sebenarnya masih ramai lagi yang tak tahu tentang perkara ini. Dah ramai sebenarnya orang share kat blog masing-masing tapi hari ni biar saya pula yang share. Semoga bermanfaat buat semua.
Sebelum tu biar saya cerita berkenaan dengan sistem ini. Ia adalah sistem yang dibangunkan oleh tuan Saifuddin Ilyas dengan menggunakan API SAH whatsapp. Sistem ini TIDAK BOLEH membaca & menyimpan nombor telefon pelanggan anda. Ianya hanyalah redirect ke aplikasi Whatsapp sahaja. Itu sahaja serba sedikit tentang sistem ini. Tanpa melengahkan masa, jom saya tunjukkan cara whatsapp tanpa perlu save nombor telefon
Sistem Ini Ada 2 Versi!
Versi 1
Biasanya orang akan letak link macam ni www.wasap.my/60123456789
Itu sahaja! Letak je nombor telefon anda kat belakang tu..Senang bukan? Tak perlu daftar apa-apa. Tapi jangan lupa nombor di depan 6 tu wajib letak!
Katakan nombor telefon adalah 012-345 6789. Jadi link anda adalah www.wasap.my/60148243769. Nak lagi menarik, letak mesej anda kat belakang nombor telefon. Sebagai contoh www.wasap.my/60148243769/NakOrderWallet. Link ini akan membawa prospek untuk wasap kita dengan mesej NakOrderWallet.

Tapi masalahnya mesej anda tidak boleh ada space. Jarak antara perkataan perlu rapat. Oleh sebab itu ada Versi 2 yang lebih power!
Versi 2
Ok yang versi lagi power sebab boleh buat subdomain nama kedai terus. Terus ikut langkah-langkah di bawah:
Langkah 1: Sila ke manage.wasap.my/index
Langkah 2: Daftar terlebih dahulu
Langkah 3: Selepas selesai daftar sila login masuk ke Wasap.my dan anda akan nampak paparan seperti di bawah. Ini adalah contoh link yang telah saya buat. Kalau anda perhatikan link saya adalah http://walletbaru.wasap.my. Jadi jika orang klik link ini, mereka akan terus redirect ke whatsapp dengan mesej yang telah di setkan. Untuk tambah link hanyak klik pada butang Add Link
Langkah 4: Isi maklumat di dalam borang yang disediakan
Langkah 5: Selepas puas hati dengan maklumat anda, terus klik butang Add dan anda sudah mempunyai link untuk dihantar ke prospek anda. Untuk versi 2 ni, anda hanya diberikan 5 link sahaja. Gunakan setiap link untuk produk berlainan agar anda dapat jejak wasap tu datang dari mana.
Sebagai contoh jika anda jual produk kosmetik. Buat:
1 link untuk jual gincu
1 link untuk jual maskara
1 link untuk jual bedak
dan seterusnya..Jadi jika jual gincu berikan link yang jual gincu tadi berserta mesej “Saya Nak Order Gincu” di bahagian Pre-filled text
Sebelum guna link tersebut pastikan anda test terlebih dahulu link anda! Itu sahaja cara whatsapp tanpa perlu save nombor telefon.
Selamat Mencuba & Selamat Berjaya!
Jika ada sebarang persoalan sila tinggalkan komen di bawah
Mcm mn nak delete link yg kita buat. Sy dah register wasap.my
Dalam dashboard admin tu ada butang delete
Macam mana nak delete link wasap yang telah kita buat tu
Kena register dulu dan login. Baru kita boleh buang
maaf sy nak tnya link url nie official untuk facebook tak?
sy tak paham sbnya http://syjual.wasap.my
atau
http://syjual.wasap.me yg betul2 official.
sebab ada group facebook sensitive dgn url wassap nie.
Facebook memang akan blok dari url wasap
Mek jura brownes kedut
Salam. Saya tukar phone dan bila click wasap link di Telegram dia terus ke App Store. Before this ok je. Whatsapp semua updated.
Saya rasa ada problem di pihak wasap.my sebab ramai yang kena.
Knpa dh dftr link wasap n bla bukak no.whasap tu,dia trus ke appstore whasap messenger
Cuba update whatsapp jadi tak?
Macamana nak unsubscribe/tutup akaun wasap.my yg saya dah create masa mula2 dulu?
Sebab email masa register wasap.my tu dah kena block….saya tak bole login email address (@gmail) tersebut
Kena hantar email support ke wasap.my
Salam encik. Saya ada buat link wasap.my tapi bila cuba click link wasap.my yang saya create tu direct saya ke ‘share to’ page di whatsapp bukan di page start chat. Banyak kali saya cuba tapi masih sama. Boleh encik bantu?
Salam. Boleh bagi link wasap tu? Saya tak berapa faham
salam encik.
bagaimana nak buat jika kita tak boleh login dengan email & password yg betul.
secara tiba2, selang beberapa mgu selepas set, link tak boleh masuk.
tujuan login utk ubah content.
tapi setelah beberapa bulan link yang dah set tu masuk boleh digunakan selepas wasap upgrade ke bisnes wasap. namun masih tak boleh login
Salam. Saya cuba juga cari forgot password tapi tak jumpa. Cadangan saya, cik boleh register baru guna email yang lain. Kalau guna link tu untuk promote produk, cik just tukar kepada link yang baru. Buang link lama