Baru-baru ni saya telah tercicir dompet yang mengandungi kad pengenalan dan lesen memandu. Puas cari di dalam rumah tapi tak berjumpa. Saya cuba ingat balik dan sangat yakin yang dompet saya memang tercicir. Nasib baik dalam dompet tu tak ada kad atm. Termenung sekejap, apalah nasib badan ni. Mungkin Allah nak bagi peringatan la tu.. 🙂
Perlu ke report polis kalau kad pengenalan hilang?
Saya cuba search di dalam Google tentang jawapan orang tentang perlu ke report polis kalau kad pengenalan hilang? Ada yang kata tak payah, ada yang kata kena report. Puas saya mencari jawapan yang betul, akhirnya saya buat keputusan untuk tanya kawan saya yang kerja polis. Jawapannya..
sebaiknya buat repot utk mengelakkan drpd ic yg hilang digunakan oleh individu lain utk buat jenayah
Ok dah jawapan tapi saya masih tak puas hati lagi. Jadi saya terus PM Page Polis DiRaja Malaysia. Hehe. Ini jawapan dia.
Jadi nak tak nak pergi la report polis. Tak lama pun report polis. Beritahu sahaja nak buat report kad pengenalan hilang. Nanti polis buat report dan bagi salinan kat kita. Simpan je salinan tu. Tak guna pun.
Lepas dah report polis, saya pun order kad pengenalan secara online sahaja. Macam mana caranya? Ok ikut langkah-langkah yang saya tunjukkan di bawah:
Assalamualaikum. Terima kasih encik atas perkongsian. Sangat memudahkan terutama di musim pandemik ini. Salute!
Waalaikumussalam. Sama-sama. Semoga beroleh manfaaat
Salam encik, macam mama pula gambar pada IC kita nanti jika permohonan gantian dibuat secara atas talian?
Tak perlu tukar gambar. Sistem akan ambil gambar lama yang sedia ada. Melainkan nak tukar baru. Yang ni kena buat kat pejabat pendaftaran.
Kalau cakap nak renew lesen tapi lesen lama tak ada tak apa ke?
Kena tahu nama company nanti diaorang boleh cek
Mykad anda hilang atau cip rosak? Jangan risau.. Jom baca entry ini untuk penyelesaian.. Boleh apply online tau.. Baca sini :
cara memohon mykad baru atau cip rosak secara online
kalau hilang mykad lebih dua kali macam mana pula?boleh ke mohon atas talian ni?
Boleh aja. Tapi bayaran denda bertambah