Install WordPress Cara Mudah
Install WordPress Cara Mudah Menggunakan Softaculous
Sebelum saya pergi lebih lanjut tentang bagaimana install wordpress cara mudah, terdapat beberapa perkara yang mesti dilakukan sebelum proses install boleh bermula.
Apa Yang Diperlukan Untuk Install WordPress?
Ada 2 perkara yang mesti ada untuk install wordpress:-
- Nama domain anda (domain ini akan jadi nama blog anda. Contoh www.eezwanmanaf.com)
- Akaun web hosting (hosting ini tempat letaknya domain anda)
Kedua-dua perkara di atas sudah saya terangkan dalam post sebelum ini. Boleh baca Cara Daftar Domain & Hosting
Selepas anda sudah memiliki kedua-dua perkara di atas, jom saya tunjukkan cara-cara untuk install wordpess cara mudah semudah abc!
Langkah 1: Login ke akaun CPanel Anda
Langkah 2: Di bahagian Software, klik pada icon Softaculous Apps Installer
Langkah 3: Klik pada WordPress
Langkah 4: Klik Install
Langkah 5: Masukkan protocol yang anda mahukan. Sama ada blog anda ingin bermula dengan www atau tidak. Boleh pilih mana-mana. Saya pilih blog saya bermula dengan www.eezwanmanaf.com. Di bahagian direktori sila kosongkan. Masukkan nama blog anda serta description sekali (Boleh tukar bila-bila masa). Sila masukkan info pada bahagian username,password dan email juga.
Langkah 6: Selepas semua maklumat dimasukkan klik pada butang install
Langkah 7: Prosess Install akan bermula
Langkah 8: Selepas berjaya, notis bahawa proses install blog anda berjaya akan muncul di bahagian atas. Anda boleh klik pada nama domain anda untuk memastikan blog anda sudah aktif
Jika berjaya, maka wajah blog anda mungkin akan muncul seperti di bawah. Ia adalah default theme. Jika ya, TAHNIAH! Anda telah berjaya install wordpress buat pertama kalinya.
Untuk masuk ke bahagian admin atau dashboard pastikan anda gunakan url seperti berikut www.domainanda.com/wp-admin. Gantikan domainanda tu dengan nama domain sendiri. Jangan copy yang ni pula 🙂
Sekarang anda sudah boleh customize blog dan mula blogging!