fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Kenali Scammer dan Modus Operandi

2,483

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Kenali Scammer dan Modus Operandi Mereka

Baru-baru ini saya update akaun Instagram saya berkenaan dengan syiling lama yang ada dalam simpanan saya iaitu Syiling 1 Sen British Borneo 1957 Queen Elizabeth II. Hanya share sahaja tiada niat untuk menjual syiling tersebut. Kemudian dari situ terdapat komen dalam Bahasa Inggeris dari akaun goodlot8 “Item still available for sale” tiada tanda soal di situ, jadi saya tak pasti dia tanya untuk menjual atau membeli. Maka bermulalah perbualan berkenaan syiling tersebut melalui direct message kemudian berterusan ke whatsapp.

Di sinilah bermula perbualan dengan scammer tersebut. Saya terpaksa DM dia untuk ketahui harga pasaran berkenaan syiling ini.

Macam biasa saya akan tengok dulu siapa dia tapi tak dapat tengok kerana dia setting Private Account, jadi terpaksalah send request untuk follow. Lepas dah approve barulah dapat lihat profile dia tapi tak banyak update. Mula-mula ingat orang Malaysia kerana status dalam Bahasa Malaysia dan gambar dalam IG pun berkenaan duit Malaysia. Cuma ayat Bahasa Melayu dia pun agak tunggang langgang

Saya DM (Direct Message) dia berkenaan syiling tersebut. Agak memeranjatkan kerana dia tawarkan harga RM98,000. Mula-mula ingat RM98 jer. Perasaan dah lain macam..Dalam hati dah gembira kalau harga syiling tu betul-betul RM98,000 dalam masa yang sama..ye ke ni?

 

Ok mengapa saya boleh kenal pasti mamat ini adalah seorang scammer?

  1. Menawarkan harga yang tak munasabah. Harga syiling lama yang dia tawarkan kat saya bernilai RM98,000. Gila tak gembira kalau ada orang nak beli dengan harga tu. Biasanya scammer akan naikkan harga menunjukkan dia banyak duit.
  2. Dalam akaun IG status dia adalah dalam Bahasa Melayu tapi bila tanya boleh cakap Melayu atau tak dia cakap tak reti? Patutlah Bahasa Melayu tunggang langgang. Guna Google Translate kot. Yang ni boleh uji dia. Pertama kali saya syak dia adalah scammer sebab pertanyaan ini.
  3. Tidak bertanya dengan lebih lanjut berkenaan syiling tersebut. Terus nak buat transaksi. Tak minta gambar nak tengok detail. Tak tanya tentang shipping. Kira dia percaya kita bulat-bulat. Mana ada orang macam tu sekarang woi..
  4. Kata orang USA tapi english lebih kurang jer..Banyak keluar perkataan sama. Contoh setiap perkataan akan berakhir dengan okay, do you understand. Ini lebih kurang macam skrip yang diaorang guna untuk berurusan dengan mangsa-mangsa.
  5. Menggunakan akaun pihak ketiga iaitu akaun orang Malaysia untuk memasukan jumlah fee. Tak tahu macam mana dia boleh guna akaun ini. Mungkin orang Malaysia pun ada bersekongkol dengan scammer ini.

Modus Operandi Scammer:

  1. Tawaran tak masuk akal supaya kita terus berminat untuk berurusan
  2. Meminta nombor akaun kita untuk memasukkan jumlah wang tanpa soal jawab
  3. Tunggu lebih kurang 30-60 minit dia akan mesej balik mengatakan wang sudah transfer dan berada dalam status ‘pending’
  4. Perlu bayar fee kepada pihak bank melalui agent (Akaun Malaysia) untuk membolehkan duit dimasukkan
  5. Menyatakan duit fee tersebut akan dipulangkan kembali (refund)
  6. Tidak boleh membatalkan transaksi kerana menurut mereka ia adalah ‘transaction crime’
  7. Bersungguh-sungguh supaya duit dimasukkan dengan segera
  8. Jika cancel mengugut dengan mengatakan bahawa ia adalah jenayah transaksi dan boleh dipenjara

Berikut merupakan perbualan antara saya dan scammer tersebut melalui whatsapp

Ok kat sini saya dah bagi nama dan no akaun palsu untuk tengok sama ada dia boleh detect atau tidak

Setengah jam kemudian dia kembali mesej mengatakan duit saya pending dalam akaun saya dan perlu masukkan RM590 untuk aktifkan akaun saya.

Nampak macam tak sabar nak ambil duit orang

Berapa banyak okay da..

Ok ini dia akaun pihak ketiga atau agen atau orang yang akan aktifkan akaun saya katanya

Saja layan nak tahu modus operandi

Cuba takutkan dengan FBI pulak

Cuba tawar-menawar berjaya. Nampak tak? Asalkan dapat duit je mereka ni.

 

Sampai ke sudah dia tak baca ayat last tu sebab tak ada blue tick. Ok hati-hati la ye berurusan dengan scammer ni. Rasanya rakyat Malaysia dah bijak-bijak semua. Ooo satu lagi nak tunjuk.

Tadi scammer tu ada bagi no akaun Maybank Ahmad kan? Saya try buat satu transaksi nak tengok milik siapa No Akaun tu.

kenali scammer dan modus operandi

Ini dia nama pemilik akaun tu: Ahmad Syafiq Dzu..

Jadi anda dah kenali scammer dan modus operandi mereka? Sila share untuk kebaikan bersama

 

46 Comments
  1. Tami says

    Assalamualaikum, saya pun terkena jugak dengan scammer sial ni, rugi besar kerana tamak, ni nak tanya bang, kalau dah bagi gambar IC depan blakang xkan Ada apa2 ke??

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam. Bagi ic depan belakang tu ada pangkah tak kat ic tu? Ditakuti akan digunakan untuk buat benda-benda tak elok menggunakan IC tu

  2. nabilla says

    agak2 klau saya buat report , lepastu bawak pegi bank . boleh dapat balik tak duit saye ?

    1. Eezwan Manaf says

      Tak dapat balik melainkan scammer tu kena tangkap.. tu pun belum tentu

  3. Stela says

    Tkut lah

    1. Jebat says

      kenapa ramai sangat kena tipu ni?? benda dah boleh nampak, terang lagikan bersuluh itu scammer kot. tulah kerana duit jadi tamak, bila dah tamak otak pun jadi empuk, itu yang senang kena tipu. apa nak jadi orang malaysia kita ni? ?‍♀️

  4. Akram says

    Skrg ni, saye kne scammer yg acah jual air mineral, mcm mne daye nk buat, saye dh bg kt dia deposit

    1. Eezwan Manaf says

      Cancelkan dan minta balik deposit. Atau boleh report polis

      1. Sha says

        Assalamualaikum may i get your number phone or email. I need your help about scammer on ig.

        1. Eezwan Manaf says

          Salam. Ig boleh cari nama saya Eezwan Manaf

  5. Najib says

    Salam bang klaw dah terbgi no accounts and ic mcm mn tuh? Apa perlu kita buat?

    1. Eezwan Manaf says

      Kalau rasa tak selamat boleh report polis. Bagi no ic sahaja atau bagi salinan sekali? Kalau bagi salinan report polis. Kalau setakat no.ic sahaja dia tak boleh buat apa-apa pun. No.akaun pun sama.

  6. Ipan says

    Saya sekarang tengah berurusan dengan seseorang di whatsapp. Katanya dari US dan memang saya ada bagi snapshot duit lama saya pada dia. Terus dia cakap dia sanggup beli duit lama saya dalam harga 10,800USD. Siapa yang tak melompat bila dapat tahu dia nak beli dengan harga 10k tu kan? USD plak tu. Dia ada cakap yang selepas dia masukkan duit tu ke akaun saya, dia akan bagi alamat muzium dia di US tapi saya kena bagi segala maklumat bank akaun saya kepada dia. Tu yang rasa cuak. Tu yang saya tengah pikir macam mana nk cari coins collector yang betul2 genuine. Adeh..

    1. Eezwan Manaf says

      Thanks sahring..Cari orang Malaysia je. Orang luar negara terutama yang kata dari US ni scammer banyak

  7. Azham Zanal says

    Yang okey2 ni china selalunya..
    tak macam english us,
    selalu tengok dalam youtube
    depa kenakan balik scammer ni..

    1. Eezwan Manaf says

      Okey macam mana tu? Yang betul2 nak beli ke?

  8. aten says

    hye bang . nak tanya .. saya pernah kene , dan sya dah bank in sebanyak 1680 mcmtu .. and then dia mntk duet lagi , after tu sya ckp sya dh xde duet , and the dia push2 and dia suruh banker dia kot mesej sya , kata yg sya kene byr lagi untum dpt kan duet tu , and sya ckp sya xnk byr , dia kata dia akan involve kan fbi mcmtu la , siap amek gmbr sya dekat ig . and sya dah blok smua nya , tapi smlm ade lgi no enth dr mna cakap yg dia dr FBI texas , cmne eh bang ?

    1. Eezwan Manaf says

      Tak perlu layan. Orang yang sama. Tu scammer punya cara. Dia akan korek sampai licin. Baik buat report polis je. Banker, penjual, fbi adalah geng yang sama.

  9. Nurul Naziera says

    Boleh whatapps saya tak ? 0189059037

    1. Eezwan Manaf says

      Ada apa ye?

  10. Azreenarzri says

    Tapi ,macam mana kalau dia bagi ic dia kat kita , kita bagi ic kita kat dia . Kena apa apa tindakan ke kalau kita buat bodoh je

    1. Eezwan Manaf says

      Bagi ic macam mana tu? salinan ic ke? Ada cross salinan tu?

  11. Afiqah Syazlina says

    saya dah terkena dia paksa nak suruh snap ic tapi saya taksnap then deal lagi dia just dapat nom acc dgn nama penuh saya,ap saya perlu buat kena tukar nom acc ke apa

    1. Eezwan Manaf says

      Dia ambil no acct dengan nama penuh untuk apa? Kalau setakat no acct dia tak boleh buat apa-apa. Abaikan aja. Kalau rasa bimbang buatlah report polis

  12. Yana says

    Akaun Ahmad Syafiq bin Dzu ni dipanggil akaun keldai. Patut report polis. Supaya, tiada lagi org terkena scammer.

  13. Warefie says

    Tapi orang tu dah ada nama penuh saya..saya takot bila saya tak jadi deal dengan dia ,dia akan gunakan nama tu untuk kenakan orang lain pulak..saya takot nama saya disalahgunakan..perlu ke saya report polis??

  14. Aishah says

    Tapi orang tu dah ada nama penuh saya..saya takot bila saya tak jadi deal dengan dia ,dia akan gunakan nama tu untuk kenakan orang lain pulak..saya takot nama saya disalahgunakan..perlu ke saya report polis??

    1. Eezwan Manaf says

      Kalau takut boleh report polis. Untuk mencegah scammer tu buat hal dengan orang lain pula.

      1. Amel says

        WHATSAPP saya 0136255195 .. ada nk tnya trng scammer

  15. Aishah says

    Kalo dia ada nama penuh kita pon takpe ke???dia boleh dapat apa2 maklumat tak melalui nama penuh kita tu??sbb saya takot saya tak jadi deal ngan dia pastu takot dia guna nama tu untuk tipu orang lain pulak..macam mana ye???perlu report polis ke tak??

  16. Aishah says

    Kalo dia ada nama penuh kita pon takpe ke???dia boleh dapat apa2 maklumat tak melalui nama penuh kita tu??sbb saya takot saya tak jadi deal ngan dia pastu takot dia guna nama tu untuk tipu orang lain pulak..macam mana ye???

  17. Aishah says

    Saya pon terkene sama macam abang…dia cakap duit dah masukkan dan tak boleh nak cancel..masa tu dah seram giler..bila baca website ni terus tak layan dia..tapi dia ada no account saya..yg betul pulak tu..macam mana ye??

    1. Eezwan Manaf says

      Oo ada jual syiling ke? Kalau duit tak masuk abaikan saja. No akaun tak apa kalau dia tahu pun..

      1. Aishah says

        Kalo dia ada nama penuh kita pon takpe ke???dia boleh dapat apa2 maklumat tak melalui nama penuh kita tu??sbb saya takot saya tak jadi deal ngan dia pastu takot dia guna nama tu untuk tipu orang lain pulak..macam mana ye???

  18. zizah says

    eh eh saya baru terkena laa…saya blom bayar apa2 tapi saya dh terberi account no. saya and ic sya.apa tindakan yg perlu saya buat ye?

    1. Eezwan Manaf says

      Beli apa tu? Kenapa minta no ic ye? Dia just minta no ic atau bagi salinan ic?

  19. Naim says

    Sama…saya pon dh terkena dari scammer orang mat salleh dari US..dia suruh saya bayar RM2500 untuk bank fees..last2 trus block&report dia kt ws…malas dah nk layan…tapi bank account kita tu perlukah nk block then buat baru?…risau jadi apa2 je ni.

  20. Zura says

    Sy dh kne kan scammer on9 pastu sy ckp sy nk report polis cume sy belom.dpt no acc penerima.byk sgt songeh dia tp puas ati gak la dh main2kan dia padan muka

  21. Zura says

    Sy pun tgh berurusan dgn mat saleh dr belgium konon nk beli duit lama brg2 lama.tgk je la ape yg berlaku seterusnye.kalau dia cube nk tpu sy plk akn tpu dia dan buat report polis biar padan muka dia.dulu selalu jugak kne ngn scammer ni dr fb.konon bg brg mcm2 pastu suruh byr duit fee pd kastam bagai.ingat kote ni org msua bangang sgt kut phuuii

  22. Maroda1997 says

    dasar scammer anjing bab* aku paling pantang makan duit haramjadah ni dah lah masuk Malaysia secara haram pastu tipu duit orang pulak setakat scammer2 kafir ini aku dah banyak kali diorang cuba kena kan aku dan aku pun dah banyak kali kencing diorang cuma guna resit orang lain je pastu edit guna komputer dan post kat wasap kata dah siap transfer diorang pun ingat lah duit dah masok akaun padahal x pon padan muka laa hehehehehehej..

    1. Eezwan Manaf says

      hehe..Penipu ditipu balik 😀

  23. Kene pendant dgn scammer says

    Saya baru ke terkena..dia cakap saya Akan ditangkap FBI. Tpi no acc akaun Sama cuma dia letak sayakir tpi bile sy check Nama syakir

    1. Eezwan Manaf says

      Terkena? Tapi tak sempat bagi duit kan?

  24. WAN says

    DID U MAKE A POLICE REPORT REGARDING THIS?

  25. Talibm says

    Sangat licik dan memaksa teknik scammer ni. Tqvm Eezwanmanaf atas info2 di atas .Semuga ianya dapat jadi pedoman dan pengajaran kpd rakan2 semua. Scammer lifestyle dah jadi macam satu trend dewasa ini. Beringat sebelum kena yea??

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More