fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Online Payment Gateway Malaysia Termurah – ToyyibPay

2,984

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Online Payment Gateway Malaysia

Kepada yang masih mencari-cari online payment gateway Malaysia yang murah, saya sarankan anda baca artikel ini sampai habis.

1 Apa Itu Online Payment Gateway Malaysia?

Saat industri e-commerce semakin rancak di seluruh dunia termasuk di Malaysia, peranan online payment gateway tidak boleh diabaikan. Pernah tak anda membeli belah di Marketplace seperti Shopee, Lazada dan sebagainya? Apakah method bayaran yang disediakan oleh mereka? Sudah tentu online payment kan?

Online payment gateway ini dalam bahasa mudah adalah sistem yang authorize pembayaran sama ada melalui kad kredit, kad debit atau pun melalui online banking. Sebagai contoh jika anda melakukan pembayaran di kedai e-commerce menggunakan kad debit, maka pembayaran tersebut akan disalurkan melalui online payment gateway untuk proses encryption. Kemudian disalurkan ke pihak bank untuk authorize bayaran tersebut. Katakan dalam kad debit anda tidak cukup duit, maka secara automatik proses pembayaran tersebut gagal.

2 Perlu ke Online Payment Gateway Malaysia ni?

Ya sangat perlu untuk mereka yang menjual secara online! Lebih-lebih lagi kita dah berada dalam dunia digital ni. Dengan adanya online payment gateway Malaysia ni, scammer-scammer tradisional dah tak boleh cari makan. Pernah tak anda kena tipu dengan scammer yang menunjukkan screenshot bayaran dari resit-resit yang telah di ubahsuai menggunakan photoshop?

3 Bukan ke Mahal Nak Pasang Online Payment Gateway Malaysia ni?

Bukan ke Mahal Nak Pasang Online Payment Gateway Malaysia ni?

Kalau dulu ye, memang mahal! Tapi sekarang tidak lagi. Sudah ada syarikat-syarikat yang membina online payment gateway ini untuk rakyat-rakyat marhain. Salute kepada mereka! Salah satunya adalah ToyyibPay.

ToyyibPay – Online Payment Gateway Termurah

Bukan saya yang kata. Itu adalah motto dari ToyyibPay sendiri. Mereka mengiktirafkan bahawa online payment gateway mereka adalah termurah di Malaysia. Persoalannya adakah online payment gateway mereka betul-betul murah?

Jom sama-sama kita lihat.

Sila lihat pada pakej yang ditawarkan di bawah:

Online Payment Gateway Malaysia Termurah

Pada pakej standard, ToyyibPay meletakkan bayaran RM1 per transaksi untuk perbankan online dan tiada kos tambahan yang lain. Proses settlement pula mengambil masa yang sangat pantas iaitu cuma 1 hari berkerja. Jadi jika anda menerima bayaran dari pelanggan anda pada hari ni, keesokan harinya duit tersebut sudah dipindahkan ke dalam akaun bank anda.

Jika dibandingkan dengan Billplz, kadar transaksi ToyyibPay adalah lebih murah kerana Billplz meletakkan kadar sebanyak RM1.50. Yang lebih menarik ToyyibPay juga tidak mengenakan apa-apa bayaran pada pakej santai . Ini bermakna anda boleh menggunakan servis mereka dengan percuma! Cuma proses settlement sahaja mengambil masa yang lama iaitu dalam tempoh 5 hari berkerja. Bagi mereka yang tidak risau untuk ‘rolling’ modal bolehlah ambil pakej ini. Menarik bukan?

Setakat ini, Toyyibpay sahaja yang berani untuk tidak mengenakan bayaran apa-apa untuk menggunakan servis mereka dan ini membuktikan bahawa Toyyibpay memang ‘Online Payment gateway termurah di pasaran!’

Satu lagi fungsi menarik yang ada pada Toyyibpay adalah Kad Kredit. Tidak seperti saingannya, Toyyibpay menyediakan pakej kad kredit dengan kadar yang agak rendah iaitu 2.0% sahaja manakala tiada caj bulanan yang dikenakan kepada pengguna. Ini memberikan kelebihan kepada Toyyibpay dalam menarik minta para usahawan-usahawan online & digital. Yang pastinya saya akan daftar akaun ToyyibPay!

online payment gateway malaysia

Cara Daftar Akaun ToyyibPay

Langkah 1: Lawati URL ToyyibPay melalui pautan berikut: https://toyyibpay.com/

Langkah 2: Klik Daftar Sekarang dan anda akan dibawa ke bahagian pendaftaran akaun. Masukkan maklumat anda di dalam borang yang disediakan dan klik daftar

online payment gateway malaysia termurah
Nota: Untuk pendaftaran anda perlu mempunyai syarikat atau SSM

Langkah 3: Selepas pendaftaran anda akan menerima mesej bahawa pendaftaran telah berjaya.

 

online payment gateway malaysia termurah

Langkah 4: Semak email anda untuk pengesahan pendaftaran dan klik pada link pengesahan

online payment gateway malaysia termurah

 

Langkah 5: Selepas pengesahan anda boleh login menggunakan username & password yang telah anda tetapkan tadi. Maka selesailah proses pendaftaran ToyyibPay. Senang sahaja!

 

online payment gateway malaysia termurah
Paparan muka toyyibPay

 

InshaAllah pada post seterusnya saya akan berkongsi lagi bagaimana untuk menguruskan akaun ToyyibPay ini. Untuk post kali ini  sampai di sini sahaja.

Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian yang ringkas ini.

 

1 Comment
  1. Sayanoname says

    Boleh juga cuba bizappay.com

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More