fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Servis Buat Website

1,821

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entri kali ini saya hanya ingin maklumkan bahawa saya ada menyediakan servis buat website untuk mereka-mereka yang ingin melonjakkan bisnes dan perniagaan mereka ke level seterusnya.

Sebelum itu saya ingin berkongsi serba sedikit pandangan saya kenapa website ini penting.

Dalam permerhatian saya banyak perniagaan yang hebat-hebat masih belum mempunyai website sendiri. Kebanyakan mereka promosi produk dan servis mereka hanya melalui media-media sosial. Ya memang diakui media sosial memang terbaik untuk mempromosikan perniagaan masing-masing tapi anda jangan lupa juga tentang website.

Anda boleh lihat berapa banyak gergasi-gergasi dalam perniagaan mempunyai website? Bahkan pasaraya seperti Giant, Tesco dan sebagainya juga mempunyai website dan menjalankan perniagaan mereka secara online. Otai-otai perniagaan internet pula mempunyai blog untuk berkongsi ilmu dan juga branding diri.

Berkata tentang branding, YA website adalah branding diri anda! Orang masih mencari sesuatu perkara melalui enjin carian. Jika anda mempunyai website, perniagaan anda akan mudah dijumpai melalui enjin carian. Sebagai contoh resepi masakan. Adakah orang akan mencari resepi masakan melaui enjin carian Google ataupun Facebook? Saya yakin ramai yang akan mencari resepi masakan melalui Google. Jika blog atau website anda berkaitan dengan masakan kemungkinan website anda akan dijumpai terlebih dahulu. Bukankah itu satu bentuk promosi kepada perniagaan anda?

Jenama-jenama besar di seluruh dunia WAJIB mempunyai website kerana orang akan mencari maklumat. Di mana maklumat tersebut hendak dijumpai? Sudah tentu jawapannya adalah website. Tanya diri anda sendiri. Jika anda ingin mencari maklumat tentang sesuatu perkara di mana anda akan cari?

Oleh itu, saya sarankan kepada anda untuk membina website bagi perniagaan anda. Jika anda mahir dalam pembangunan website ia satu kelebihan kepada anda. Jika anda tiada kepakaran, jangan risau serahkan sahaja kepada yang pakar.

Saya menyediakan servis buat website dengan harga yang berpatutan dan berbaloi. Yang penting ia adalah mesra mobile dan responsif. Bermaksud website anda boleh dicapai oleh semua peranti seperti PC, Laptop, Ipad, Tab, Smartphone dan sebagainya.

Jika anda berminat untuk mendapatkan servis buat website daripada saya, anda boleh ke website www.shotsuper.com ataupun melalui link pada menu blog ini. Anda boleh hubungi saya atau pun partner saya yang terdapat dalam website tersebut.

Ini adalah contoh-contoh website yang telah saya bina. Jika berminat boleh terus hubungi saya melalui website yang saya nyatakan tadi. Semoga dapat berkerjasama dengan anda suatu hari nanti!

servis buat website

7 Comments
  1. Didi says

    Website mampu milij untuk jualan produk kesihatan berapa ye 0104242390 Didi

    1. Eezwan Manaf says

      Dalam lingkungan RM699. Copywriting sendiri

  2. Raudhah Abd karim says

    Saya nak buat website untuk sekolah. Brp ye

  3. zul says

    Salam,

    Berapakah bayaran servis untuk website penulisan dan artikel yang lengkap dengan pengiklanan daripada Adsense, Propeller Ads dsb?

    1. Eezwan Manaf says

      Salam. Boleh tinggalkan email. Nanti pihak saya emailkan quotation

  4. Yuzidah mohd yusoff says

    How to make website? 0124342008

    1. Eezwan Manaf says

      Saya whatsapp

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More