fbpx

Siapa Saya


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog saya. Selamat datang ke blog saya yang tak seberapa ni. Ok disebabkan ini adalah ruangan untuk mengenali saya maka saya akan bercerita sikit tentang diri saya 🙂

Ok nama penuh saya Mohd Eezwan Ab Manaf. Dalam dunia media social ni saya lebih suka guna nama pendek saja iaitu Eezwan Manaf. Boleh panggil saya Eezwan atau Wan. Saya berasal dari Machang, Kelantan. Siapa orang Machang sini sila tinggalkan komen..Hehe. Dulu belajar kat UKM bidang Komputer Industri. Semua benda yang saya belajar tak digunakan pun dalam kerjaya sekarang. Saya rasa saya patut ambil Multimedia atau Pengurusan Sistem dulu. Ahaks. Sekarang merupakan full time internet marketer, Ambil servis website dan juga seorang designer. Ada company sendiri yang berpengkalan di rumah 😛

Dulu saya pernah berkerja di salah sebuah bank di Malaysia. Islamic bank (International). Selepas beberapa tahun saya berhenti dan mula membuat perniagaan internet sepenuh masa. Waktu mula-mula dulu saya jual macam-macam produk. Terutamanya produk kesihatan. Ubat kuat pun ada..haha..Sampai saya boleh dapat bonus pencapaian melancong ke China sebab jual produk tu.. Tapi sekarang dah tak jual sebab macam-macam masalah sebenarnya jual produk sebegitu. Sekarang pun masih lagi menjual produk fizikal dan mempunyai kedai di MarketPlace Shopee. Jual apa? Adalah..Rahsia.hehe


Sebenarnya saya telah menulis blog pada tahun 2008. Masa tu baru nak berjinak-jinak dengan WordPress. Masih belum tahu lagi tentang hosting, domain dan self hosted WordPress. Jadi bermula dengan itulah saya mula mengkaji tentang WordPress. Saya belajar sendiri melalui pencarian saya di Google dan melalui blog-blog orang lain. Selepas dah yakin saya mula bina blog saya sendiri dan start menulis. Sebenarnya waktu tu buat blog pun sebab nak buat duit melalui blog. Tapi malangnya blog tu tak kekal lama. Saya terpaksa berhenti menulis kerana blog asyik kena hack. Maklumlah waktu tu baru nak kenal dunia blogging dan internet marketing, jadi gunalah theme  yang tidak selamat. Jadi jangan guna sebarangan theme! Sebenarnya blog tu pun dah tinggi Page Ranking tapi terpaksa dilepaskan.. Lagi satu dah jarang-jarang update blog. Rasa menyesal pun ada sebab domain yang saya pakai tu sekarang dah diambil orang dan dijual dengan harga tinggi. Maknanya dia beli domain tu hanya untuk dijual.

Tetapi melalui pengalaman inilah saya dah berjaya belajar menggunakan wordpress dan sekarang masih mengambil servis buat website. Bukan platform wordpress sahaja malah e-commerce juga seperti Opencart. Pernah juga menjual panduan shopping cart dulu.

Sekarang saya cuba untuk menulis blog kembali semata-mata untuk berkongsi ilmu yang saya ada. Masih berusaha untuk beri komitmen. Hehe

Ok itu sahaja. Kalau ada persoalan sila tinggalkan komen.. 🙂

SUBSCRIBE
Nak Dapat Update Terbaru Dari Blog Ini? Subscribe Dulu
SUBSCRIBE
Anda boleh unsubscribe bila-bila masa

6 thoughts on “Siapa Saya”

  1. assalamualaikum tuan.ada tak guide tentang beli barang dan pos barang dari china.saya masih mencari pos yg murah dari china kerana barang yang saya cuba jual agak berat

  2. TRIMA KASIH SY PENIAGA BARU DI SHOPEE,CUMA NAK TAHUMACAMMANA NAK JUAL TOPUP DALAM SHOPEE. ADAKAH KENA TUNGGU MASA 7 HARI JUGA UNTUK DAPAT BALIK DUIT PEMBELI DARI SHOOPEE? YQ

    • Jual macam biasa. Sama macam jual produk fizikal yang lain. Cuma jual topup ni kena beritahu siap-siap dalam description yang buyer kena chat dengan seller. Boleh tengok seller lain buat macam mana. Satu lagi kos shipping letak percuma. Lepas buyer dapat reload, minta dia confirmkan yang dia dah dapat. So duit akan terus release ke account seller (wallet). Tak perlu tunggu 7 hari.

  3. TAHNIAH TUAN. SEMOGA BERJAYA. TERIMA KASIH UTK ARTIKEL BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE. SAYA SDG MENELAAAH DAH BERHARAP DPT JUGA MENJUAL DI MARKET PLACE TERSEBUT.

    SY CHEDIN DRP C4 TOK MEK NGAH TUMPAT

Leave a Comment

7 + 3 =

MUATURUN - EBOOK BOLEH JUAL SEMULA

Bagaimana Cara Untuk 'Start' Bisnes Online Anda!

Saya berikan anda 2 ebook ini. Anda boleh ubahsuai kandungan di dalamnya. Kemudian anda jual!
DOWNLOAD NOW
close-link
SUBSCRIBE
Nak Dapat Update Terbaru Dari Blog Ini? Subscribe Dulu
SUBSCRIBE
Anda boleh unsubscribe bila-bila masa
close-link