Tak Boleh Hidup Tanpa Smartphone?
Bolehkah hidup tanpa smartphone?
Smartphone sememangnya ciptaan yang hebat kerana ia telah menjimatkan banyak ruang masa dan membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain. Namun begitu adakah kebergantungan anda pada smartphone sangat serius ataupun tidak? Adakah anda tidak boleh hidup tanpa smartphone?
Berikut adalah tanda-tanda bahawa anda adalah seorang yang sangat bergantung pada smartphone dan mungkin sudah sampai masanya anda kurangkan sedikit kebergantungan anda padanya.
1. Bangun saja dari tidur benda pertama yang anda capai adalah smartphone. Belum pun turun dari katil, smartphone dah dekat tangan dan semak aktiviti rakan-rakan anda. Jika perkara pertama yang anda buat adalah cek status facebook maka anda memang ada masalah..
2. Anda tidak ambil perhatian sewaktu makan bersama keluarga walaupun anda berpeluang untuk mengisi masa berharga anda dengan mereka. Apa yang anda buat adalah tunduk ke bawah sambil melihat smartphone anda sambil senyum sorang-sorang. Adakah anda sentiasa share gambar makanan dan perkara lain tanpa merujuk kepada keluarga anda? Hmm macam pernah je kan? Sah memang anda sedang ketagihan
3. Anda jarang terlibat dengan acara-acara luar walaupun sudah diajak. Contohnya bermain bola sepak, menonton wayang atau apa sahaja yang secara teorinya memang anda suka lakukan tapi anda tidak buat kerana sibuk dengan smartphone. Jika tidak mengambil masa walau sedikitpun dengan orang sekeliling yang rapat dengan anda maka ini juga petanda anda memang gila smartphone
4. Anda menggunakan smartphone di bilik air atau tandas dan tidak hairanlah sebenarnya sudah ramai yang jatuhkan smartphone mereka ke dalam lubang jamban. Pernah terjadi? Tidak ada tujuan mustahak smartphone dibawa masuk ke dalam tandas melainkan memang anda berada di tandas awam. Biarkan saja smartphone dalam poket seluar atau bag anda, tidak perlu waktu nak ‘melabur’ pun nak pegang smartphone.
5. Setiap minit nak melaporkan aktiviti harian anda. Contohnya mengambil gambar setiap hidangan yang anda nak makan (bukan hanya hidangan istimewa) dan anda bukanlah seorang food blooger ataupun travel blogger. Tidak perlu hendak sangat berkongsi setiap aspek kehidupan anda dengan semua orang. Tiada orang peduli pun jika anda makan malam dengan Sup Campbells!
6. Anda enggan menutup smartphone waktu tidur dan menikmati tidur malam yang efektif. Tapi ramai yang terlampau bergantung dengan smartphone sehingga hendak matikan smartphone pun tidak sanggup. Kesan buruknya mengganggu tidur anda dan menyebabkan tekanan seterusnya berpeluang terkena serangan jantung
7. Mata anda terasa pedih dan kering kerana banyak menghabiskan masa di depan skrin. Skrin seperti TV, smartphone dan komputer meninggalkan cahaya briu yang boleh merosakkan mata anda jika masa anda banyak dihabiskan di hadapan skrin. Perkara ini mengganggu circadian rhythm anda dan menyebabkan ramai orang mengalami gangguan tidur yang serius seperti insomnia pada waktu malam dan mengantuk pada siang hari.
8. Jika sesuatu berlaku pada smartphone anda, anda tidak boleh mencari nombor telefon orang-orang penting sekeliling anda. Jika hilang kadang-kadang nombor telefon emak sendiri pun tidak ingat. Pastikan anda simpan juga maklumat di tempat lain seperti dalam ‘cloud’ ataupun atas kertas
Semua di atas adalah tanda-tanda bahawa anda terlalu bergantung pada smartphone dan tak boleh hidup tanpa smartphone. Sudah tentu semua orang perlukan smartphone lebih-lebih lagi zaman teknologi ini. Perniagaan online, banking online, belian online dan untuk terus berhubung dengan mereka-mereka yang tersayang.
Anda tidak perlu buang smartphone anda, cukup sahaja anda menggunakannya dengan cara yang sesuai supaya hidup anda lebih bermakna.