fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Teknik Sembunyikan Link Affiliate

1,037

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Hai! Pernah tak join pertandingan affiliate yang dianjurkan oleh usahawan-usahawan internet kat Malaysia atau luar negara? Biasanya  selepas daftar anda akan dapat satu link affiliate kan? Link tersebut biasanya diakhiri dengan nama user id kita.

Sebagai affiliate marketer sudah tentu teknik sembunyikan link affiliate ini banyak digunakan. Anda boleh perhatikan bagaimana affiliate marketer di luar sana mempromosikan produk orang lain tanpa kita sedar bahawa sebenarnya mereka dah masukkan link affiliate mereka di dalam url tersebut.

Kenapa perlu teknik sembunyikan link affiliate ni?

Mesti ramai yang tertanya-tanyakan kenapa nak kena sembunyikan? Penting ke main sorok-sorok ni..Terpulang kepada anda untuk menjawabnya. Bagi saya, ia memang penting. hehe. Menjawab kepada persoalan di atas, ini antara sebab yang sempat saya fikirkan kenapa perlu sembunyikan link affiliate ni:

  1. Url akan jadi pendek
    Bila url pendek, maka senanglah untuk kita ingat. Bila nak kongsikan link affiliate tu tak perlu dah nak copy dan acah-acah ingat balik. Terus taip je. Ye la bila dah pendek url sudah tentu mudah untuk ingat. Sebagai contoh.. mana satu antara url di bawah ini yang senang anda ingat?a) https://channelxpro.onpay.my/order/form/channelxpro/151

    b) https://eezwanmanaf.com/shopee

    sudah tentu (b) kan?

  2. Lebih profesional
    Jika anda perasan kebanyakan IM (internet marketer) di Malaysia dan di seluruh dunia akan sembunyikan link affiliate mereka. Apa barang nak tunjuk-tunjuk id diaorang. Hehe. Url akan kelihatan lebih profesional tanpa prospek mengetahui bahawa mereka sedang mempromosikan link affiliate. Kalau tak percaya boleh semak email masing-masing jika anda telah subscribe kepada otai-otai IM di Malaysia
  3. Kredibiliti Affiliate Marketer
    Jika anda mempromosikan sesuatu link yang didalamnya terdapat abjad-abjad yang nak baca pun tak boleh, anda akan klik atau tidak? Mungkin yang tak kisah akan klik je. Yang kisah pula akan fikir, ini link spam ke apa ni? Sebab tu perlu jaga kredibiliti. Contoh link affilate yang saya tunjukkan di atas. Saya hanya menggunakan nama blog saya dan diakhiri dengan nama produk. Lihat sekali lagi https://eezwanmanaf.com/shopee. Ini adalah contoh link affiliate saya. Jika prospek klik, ia tetap akan di bawa ke website yang sama.

Ok cukup dulu pengenalan. Dah panjang lebar pula. Ok mesti dah tak sabar kan nak tahu teknik untuk sembunyikan link affiliate ni. Teknik sembunyikan link affiliate ni percuma sahaja dan simple. Teknik yang saya tunjukkan ini hanya untuk mereka yang dah ada blog atau website sendiri kerana teknik ini memerlukan anda akses ke cPanel. Untuk mereka yang tiada website boleh guna servis percuma seperti bit.ly atau goo.gl

Teknik Sembunyikan Link Affiliate (Cloak)

Langkah 1: Pergi ke url berikut http://www.acloaker.com/

Langkah 2: Kemudian masukkan link affiliate anda dan klik Generate

teknik sembunyikan link affiliate

Langkah 3: Download fail PHP

teknik sembunyikan link affiliate

Langkah 4: Setelah download anda akan dapat fail dengan nama redirect.php. Sila rename fail redirect.php kepada index.php

Langkah 5: Login ke hosting anda sama ada melalui cPanel, Plesk atau pun FTP Client. Create satu folder di dalam public_html domain anda dengan apa sahaja nama yang dirasakan sesuai. Katakan saya hanya ingin letakkan nama folder saya kepada shopee. Maka url saya nanti akan jadi macam ni https://eezwanmanaf.com/shopee

Langkah 6: Double click pada folder shopee dan upload fail index.php tadi ke dalam folder tersebut

Langkah 7: Selesai! Sekarang anda sudah sembunyikan link affiliate (Cloak) anda! Sila test link anda dengan memasukkan url yang telah anda buat tadi. Contoh link ini https://eezwanmanaf.com/shopee

Ok saya harap anda semua faham dan dapat manfaat dari perkongsian saya ini. Jika terdapat sebarang masalah atau tidak faham dengan langkah-langkah yang saya tunjukkan anda boleh tinggalkan komen di bawah dan saya akan cuba menjawabnya dengan sebaik mungkin.

Saya juga menyediakan tutorial dalam bentuk video supaya anda lebih mudah faham. Boleh tonton video tersebut di bawah:

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More