fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Cara Mohon Pengeluaran KWSP Akaun-1 Melalui iSinar Untuk Kategori 1

368

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Pengeluaran iSinar Kategori 1

Seperti yang kita sedia maklum kerajaan telah mengumumkan bahawa mereka yang mempunyai wang di dalam Akaun 1 layak untuk buat pengeluaran akibat terjejas pendapatan sewaktu pandemik Covid-19 ini berlaku. Pengeluaran wang dari Akaun-1 KWSP ini dinamakan sebagai iSinar.

Pengeluaran iSinar untuk kategori 1 ini boleh dilakukan pada 21 Disember 2020.

Apa itu Kategori 1?

Kategori 1 adalah kategori di mana  ahli KWSP yang sudah lama tidak mencarum, suri rumah, berkerja sendiri, berkerja di sektor ekonomi gig, hilang pekerjaan, cuti tanpa gaji dan hilang sumber pendapatan.

Syarat-syarat:

  1. Ahli yang tiada caruman KSWP sekurang-kurangnya (2) bulan berturut-turut semasa permohonan ATAU
  2. Ahli yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020

Nota: Untuk kategori dokumen sokongan tidak diperlukan

Contoh-contoh senario boleh dilihat melalui imej di bawah

isinar

Cara-Cara Mengisi Borang Permohonan iSinar

  1. Pergi ke url berikut: isinar.kwsp.gov.my
  2. Masukkan nomnor kad pengenalan dan nombor telefon di dalam ruang yang disediakan. Kemudian klik Teruskanisinar
  3. Masukkan nombor kod OTP yang dihantar ke nombor telefon masing-masing dan Sahkan OTP tersebut
    isinar kwsp
  4. Pilih amaun yang ingin dikeluarkan dengan tarik atau klik pada simbol [+]. Amaun bermula dari RM50 sehingga RM10,000 sahaja dibenarkan. isinar
  5. Langkah seterusnya adalah pilih jadual bayaran dengan menggerakkan tanda bulat dan pilih amaun yang ingin dikeluarkan pada bulan pertama. Untuk makluman pihak KWSP akan memasukkan duit selama 6 bulan berturut-turut. Jika anda memilih amaun sebanyak RM1000 pada bulan pertama, maka bulan-bulan seterusnya anda akan dapat RM1800 setiap bulan. Jika bulan pertama anda memilih RM5000, maka bulan-bulan seterusnya anda akan dapat RM1000.  Selepas buat pilihan klik pada butang ‘TERUSKAN’.isinar
  6. Semak maklumat permohonan dan masukkan no akaun di bahagian bawah sekali. Kemudian klik teruskan.isinar
  7.  Sahkan permohonan anda kemudian tick pada bahagian yang bertanda di bawah. Kemudian klik butang HANTAR
    isinar
  8. Permohanan anda berjaya jika anda menerima mesej seperti di bawah. Anda boleh cetak dan simpan maklumat permohonan untuk rujukan di masa hadapan.isinar

Jadi itu sahaja cara untuk buat permohonan pengeluaran duit KWSP melalui akaun 1 menerusi platform iSinar. Saya mendoakan kepada anda yang membuat permohonan supaya diluluskan tanpa ada masalah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More