fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Geran Khas Prihatin 2.0

Geran Khas Prihatin ialah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro

737

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Geran Khas Prihatin Dibuka Kembali

 

Pada 23 September 2020, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Hj.Muhyiddin Bin Hj.Mohd Yassin telah mengumumkan bahawa geran khas prihatin dibuka kembali dengan diberi nama GKP 2.0 atau Geran Khas Prihatin 2.0. Geran Khas Prihatin ini tidak ada beza pun dengan geran yang sebelum ini tapi geran ini hanya diberikan kepada pemohon yang baru sahaja.

Jadi pemohon Geran Khas Prihatin sebelum ini jangan mengada-ngada nak mohon lagi sekali ye? Hehe.

Apakah Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0) Ni?

GKP 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Siapakah yang layak memohon Geran Khas Prihatin GKP 2.0?

  1. Memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
    1. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
    2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
    3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
      1. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
      2. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
    4. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
      1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
      2. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31   Ogos 2020; dan
    5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Berapakah Nilai Bantuan Geran Khas Prihatin GKP 2.0?

Jumlah nilai bantuan GKP 2.0 adalah RM3,000 secara one-off.

Bagaimanakah memohon Geran Khas Prihatin GKP 2.0?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.

Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Bilakah tarikh permohonan Geran Khas Prihatin GKP 2.0 bermula?

Permohonan GKP 2.0 dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan).

Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November 2020.

Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah saya layak memohon GKP 2.0?

Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.

Bilakah tarikh pembayaran GKP 2.0 akan dibuat?

Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.

Bagaimanakah kaedah bayaran GKP 2.0 dilaksanakan?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan GKP 2.0. Akaun bank mestilah aktif.

Adakah semakan kelayakan GKP 2.0 akan dibuat dengan mana-mana Agensi Kerajaan?

YA


Jadi saya harap anda faham dengan Geran Khas Prihatin ni dan mohonlah segera. RM3000 tu dah boleh buat macam-macam.  Kepada yang tak berjaya memohon pada GKP 1.0 mungkin boleh cuba sekali lagi dan yang tak sempat mohon GKP sebelum ini, inilah masanya. Jangan terlepas lagi 🙂

Bagi yang dah tamat lesen SSM dan belum melebihi 1 tahun dari tarikh tamat tempoh, korang masih boleh renew secara online di https://daftarssm.com.my

Source Sumber
Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More