fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Cara Menjual Di Shopee

25,418

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Nak tahu cara menjual di Shopee? Ok kali ini saya nak kongsi kepada anda tentang macam mana cara menjual di Shopee. Sebenarnya dah lama nak kongsi benda ini sebab nak menjual di Shopee bukannya susah. Lagi-lagi makin ramai pula yang keluarkan panduan Shopee ni. Point dia adalah produk mesti banyak! Kalau produk ada 1 je susah orang nak trust sebab macam tak serius je nak menjual. Tapi bukan nak kata tak boleh.. Boleh je.

Perlu diingatkan Shopee adalah marketplace. So bila dikatakan marketplace maka ramai orang mencari di sini. Trafik di Shopee juga agak tinggi ye. Waktu saya mula-mula masukkan produk dulu tak sampai beberapa hari dah ada orang yang datang membeli.

Ok tanpa membuang masa lagi jom saya tunjukkan macam mana cara menjual di Shopee:

Cara Menjual Di Shopee

1.Pendaftaran Shopee

a. Mula-mula masuk ke laman web Shopee iaitu www.shopee.com.my

b. Kemudian klik pada Sign Up (Pergi ke bahagian atas kanan website Shopee)

c. Masukkan details anda. Pastikan nombor telefon anda betul dan klik pada send verification terlebih dahulu. Setelah kod dihantar ke nombor telefon anda barulah anda boleh isi maklumat yang lain. Kemudian klik pada Sign Up

d. Jika pendaftaran berjaya, maka anda boleh terus login ke dalam akaun anda. Mudah kan nak daftar?

Ok selepas pendaftaran berjaya apa perlu dibuat? Ok dekat sini anda perlu masuk ke bahagian seller yang dinamakan sebagai Seller Centre.

2. Menetapkan maklumat kedai anda

a. Klik pada link Seller Centre (Di bahagian atas kiri)

b. Anda akan dibawa masuk ke bahagian Shopee Seller Centre. Di bahagian inilah anda akan menguruskan segala-galanya berkaitan dengan produk anda. Tapi sebelum itu anda perlu tetapkan setting kedai anda terlebih dahulu.

c. Klik pada Shop Settings. Di dalam Shop Profile ini anda perlu masukkan nama kedai anda, description dan sebagainya. Jangan tinggalkan bahagian ini kerana ia amat penting untuk kedai anda. Seboleh-bolehnya masukkan logo kedai anda dan gambar yang menarik pada bahagian profile ini

Cara menjual di Shopee

d. Anda perlu tetapkan semua yang terdapat dalam list ini. Anda boleh klik satu-satu dan masukkan maklumat yang diperlukan pada setiap bahagian.

Ok setelah selesai setting kedai anda, maka bolehlah anda boleh mula menjual dengan memasukkan produk anda ke dalam kedai anda.

3. Cara Memasukkan Produk

a) Klik di bahagian Seller Centre

b) Klik pada My Products

c) Klik Add a New Product

d) Klik Browse Image untuk masukkan gambar produk. Hanya 9 gambar sahaja dibenarkan. Pastikan pilih gambar yang paling cantik. Saiz untuk setiap gambar perlulah di bawah 2MB.

e) Masukkan nama produk anda, description, category dan attributes. Di bawah adalah contoh produk yang saya masukkan. Anda boleh research bagaimana penjual lain meletakkan nama produk dan description mereka.

panduan shopee

f) Di bahagian price & inventory anda wajib masukkan harga dan stok terkini. Jika produk anda mempunyai variasi contohnya dari segi saiz atau warna maka anda perlu pilih Add Variations. BahagianWholesale pula adalah untuk mereka yang menjual produk mereka dengan harga borong

g) Di bahagian shipping, masukkan berat produk anda dan parcel size. Jika anda tidak tahu size sila kosongkan bahagian ini. Untuk Shipping Fee pula, pilih courier yang anda akan gunakan nanti. Untuk produk saya, saya akan pilih Pos Laju dan masukkan caj yang akan saya kenakan kepada pelanggan saya.

h) Di bahagian others ini, jika anda menjual secara pre order maka anda perlu aktifkan bahagian ini. Oleh kerana saya ambil dropship daripada China, maka saya akan pilih pre order dan tetapkan berapa hari yang saya perlukan untuk pos barang saya. Conditon pilih berdasarkan keadaan produk anda. Adakah produk anda produk baru atau 2nd hand. Parent SKU ini boleh letakkan nama produk atau brand produk untuk memudahkan anda menyemak produk anda nanti.

i) Jika anda sudah puas hati dengan semua yang anda tetapkan, sila tekan butang Save. Jika berjaya maka produk anda akan diletakkan dalam senarai produk anda.

Maka selesailah tutorial cara menjual di Shopee. Seboleh-bolehnya anda masukkan banyak produk dalam kedai anda. Lagi banyak produk, lagi banyak peluang untuk anda dapat sale dan meyakinkan pelanggan bahawa anda serius berniaga. Lepas ni dah bolehlah meniaga di shopee

InshaAllah untuk post seterusnya, saya akan terangkan bagaimana untuk menggunakan kaedah Buy Ranking & Boost Now. Untuk kali ini sampai sini dahulu. Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh tinggalkan komen di bawah ye.

Selamat menjual dan saya doakan perniagaan anda terus maju!

Bacaan berkaitan Shopee:

  1. Cara Pos Barang Di Shopee
  2. Cara Keluarkan Duit Di Shopee
523 Comments
  1. Razak says

    Assalam tuan , 1.jual produk dlm shopee ni yg dia papar dlm shopee tu kena bayar ke? Brp caj? 2.Kemudian akaun bank kena guna current akaun ke baru boleh niaga ke?

    1. Eezwan Manaf says

      Salam

      1. Jual produk takde apa-apa bayaran. Cuma dia caj 2% transaction fee
      2. Saya guna current account. Tak pasti personal boleh atau tak. Boleh cuba.

  2. Izza says

    Macam mana nak edit no tracking kalau tersalah tulis ye..

    1. Eezwan Manaf says

      Chat dengan customer dan beritahu no tracking yang betul

  3. Faridatul says

    Salam encik.. Kalau ada cust dari shopee ni dan kita nk pos barng guna pos laju kan.. Boley ke pakai packaging pos laju tu??

    1. Eezwan Manaf says

      Salam.. Boleh aje

  4. Noorawien says

    TERIMA KASIH TENTANG INFO MENJUAL DI SHOPEE

  5. LeNny YJ CHEAH says

    Salam tuan..saya first time buka shop kat shopee, nak tanya yg courier to boleh tukar ke lain tak? sbb nak kirim guna DHL.tak pernah expect buyer ambil barang sampai 50kg. Dan dlm shopee boleh tak kita nak set limit seorg buyer boleh had beli bbrp brg je, supaya x over weight utk postage?
    terima kasih banyak sbb bantu?

    1. Eezwan Manaf says

      Kalau buat manual shipping boleh tukar tapi kena inform buyer dulu. Dalam produk tu buat variation by weight supaya customer tak beli banyak-banyak

    2. Ainnur says

      Salam tuan, kalau courier fee tu saya letak harga murah. Boleh ke saya topup dekat harga barang?

      1. Eezwan Manaf says

        Salam. Boleh aje..tak ada masalah..

  6. farhan zulkifli says

    assalamualaikum sifu,
    belum post produk tapi gunakan keyword add. kene charge ke kalau kite gunakan keyword add ni

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam

      Keyword ads kena caj. Itu dah kira iklan

      1. Azam timur says

        Salam tuan,
        Tak x kelas blajar shopee di kelantan ke? Sy ni jenis tak pandai pasal internet3 ni tapi nak sangat blajar secara ofline, kalau ada boleh tak bgtahu sy.terima kh tel 011-1996 1313 (azam timur)

        1. Eezwan Manaf says

          Salam. Buat masa ni belum ada lagi

  7. Fir says

    Salam En. Saya nak tanya, saya newbie seller shopee. Saya dah ada customer beli brg dlm 6 barang tp kenapa saya takda tulis print airway bill tu? Dah sebulan saya tggu. Mcm2 dah saya buat, tgk tutorial semua dah. Saya buntu. Mohon bantu saya…

    1. Eezwan Manaf says

      Salam. Dah apply ke Shopee Free Shipping program?

  8. afrina says

    Salam Tuan,
    Ada beberapa soalan yang saya na tanya:

    1) Saya terpilih dalam program free shipping dan untuk hantar barang , kita perlu wrap barang dalam kurier bag sendiri atau poslaju akan sediakan? sebab selama ni saya pakai poslaju prabayar je untuk online business saya

    2) Boleh ke kalau kita minta pembeli yang nek beli COD dengan kita beli dari Shopee & kita sendiri yang COD barang? sebab susah nak dpt buyer bila tak ada review & product sold tu.. saya ingat nak gunakan platform shopee untuk semua buyer saya walaupun buyer depan rumah and saya sendiri yang COD barang tersebut

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam

      1) Wrap sendiri. Poslaju tak sediakan. Terpulang nak wrap macam mana. Yang ni tak ditetapkan oleh shopee atau poslaju. Yang penting borang kena letak kat parcel

      2) Shopee perlu masukkan tracking nombor. Kalau nak COD boleh tapi hanya diluar Shopee. Tapi boleh deal dengan customer.

  9. Mohd Nasran says

    Assalamualaikum. Terima kasih En. Eazwan atas maklumat dan informasi yang diberikan. Sangat mudah untuk difahami. Insya Allah saya akan cuba berniaga di Shopee dalam waktu yang terdekat ini. Semoga dimurahkan rezeki untuk kita semua.

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam. Sama-sama. Semoga berjaya.

  10. Adib says

    assalamualaikum tuan, saya nak tanya, bagaimana cara nak jana pendapatan lebih 4k sebulan ?

  11. Farahaznil says

    contohnya saya jual produk minyak hitam kereta/motor..kurier apa ya paling sesuai?

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam. Cuba J&T atau DHL. Pastikan dibungkus rapi

  12. Shahrol says

    Salam tuan.. Harga shipping dlm shoppe kita tetapkan sendiri ker

    1. Eezwan Manaf says

      Salam kalau manual ye boleh tetapkan sendiri

  13. nazrin says

    macam mana nak tingkatkan followers

    1. Eezwan Manaf says

      Follow orang lain dulu..

  14. Mastura says

    Assalam tuan..nk tanya bole ke kalau saya sbg dropship..ambk brg dr supplier yg bkn ada dlm shoppee..so mcmne dgn pmbyrn customer..pnghntrn brg semua tu..adakah saya yg kene uruskn..tq

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam. Boleh saja tak ada halangan supplier tu dari mana. Deal dengan supplier tu macam mana cara dia. Kena faham macam mana dulu konsep dropship tu. Sbb dropship ni org tengah

  15. LERRYSIA BINTI PHILIP AGUT says

    salam tuan..kalau nak jadi dropship dari supplier shopee dan nak upload barangnya ke shopee kita secara auto bagaimana ya?
    sebab kalau kita nak copy satu-satu produk mengambil masa yang lama?

    1. Eezwan Manaf says

      Dalam shopee kita boleh upload secara bulk. Pergi ke my products. Cari Batch tools. Kemudian pilih mass upload

  16. Nur jesicca says

    Salam tuan, dropship yang tak simpan gambar jualan dr suplier, boleh tak kalau submit odr custm kita terus ke suplr tsebut,tetapi boleh tak alamat pengirim adalah Saya?

  17. Min says

    Salam tuan..nk tny..shoppe mention buy RM40 above…dpt free shipping..mslh skrg…bila sy tgk income yg bole dpt hanya RM35.07…RM0.80 Kena tolak fee chrge..RM4.13 mcm kos shpping…pdhal dkt setting sy xclick pon utk bare kos shipping…bole bantu x?Atau pon shoppe akn byar balik slps brg diterima customer?

  18. Nina says

    Assalamualaikum…ada tak grup whtsapp…

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam..Tak ada 😀

  19. Syahir mas'ud says

    Assalamualaikum tuan. Macam mana saya nak belajar tentang shopee ni dengan lebih detail???

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam.

      Saya cadangkan tuan beli panduan shopee kat sini https://sini.link/shopee

    2. Yanni says

      Slm..mcm mana nak buat tetapan free shipping contoh nya 19/9 harga atas 40 free

  20. AZZAHRA NAZURAH BINTI MUHAMAD SYAHRUL AZHAR says

    boleh ke nak jual service? cth homestay, jual/promote link RM1 utk dpt diskaun 10%. ni contoh nya

    1. Eezwan Manaf says

      Boleh. Ramai je yang buat servis sewa homestay kat Shopee

  21. Dian says

    Perlu tak saya mendaftarkan perniaggan say di SSm, sebelum saya mendaftar di shoppe

    1. Eezwan Manaf says

      Kalau boleh register SSM. Cuma RM60 sahaja daftar ssm.

  22. CtAisah says

    Tuan.. boleh ke kita jadi dropship dlm shopee.. Cth cust odre brg dr kita di shopee kita.. Pastu kita order brg di shopee supplier.. Pastu supplier updted tracking di shopee kita.. N tracking tu boleh ke sy masuk ke order customer sy di shopee tu..maksudnya tracking digunakan 2kali la.. Supplier ke sy.. Sy ke customer?

    1. Eezwan Manaf says

      Boleh tapi biar flow tu lancar la..Kalau boleh deal terus dengan seller tu. Takut ada masalah nanti kat bahagian alamat kalau banyak order.

    2. Nina says

      Assalamualaikum…ada tak grup whtsapp…

    3. Mastura says

      Nk tanya, kalau saya jd dropshipper..bole ke kalau saya ambk brg dr supplier yg xde dlm shoppee..dan adakah saya yg kene uruskan urusan pengeposan…dan mcmna urusan duit akn diberikan kpd supplier saya yg x dlm shoppe?

      1. Eezwan Manaf says

        Dropship ni kita terima duit dari buyer..kita bayar ke supplier dan supplier yang hantarkan.

  23. zur says

    salam tuan…kalau saya buka kedai online di shopee,berapabarang yang boleh saya masukan?

    1. Eezwan Manaf says

      Salam. Seberapa banyak yang boleh 🙂

  24. Mimi says

    Salam En. Eezwan, saya nak tanya kalau kita under campaign shopee, kita boleh tak delete produk tu sebab dah sold out?

    1. Eezwan Manaf says

      Salam. Ye boleh, tapi tak perlu delete pun sebab bila dah sold out produk tu tak keluar pun.

      1. fatienalias says

        salam tuan. dibahagian shipping setting hanya 1 courier company sahaja yang available, macam mana ye nak ubah setting tersebut. terima kasih tuan

        1. Eezwan Manaf says

          Setting ni Shopee yang tetapkan jadi cuba contact support dia

        2. afifah daliliey says

          salam..sy nk tnya..klau kte jd dropship dr supplier china..pstu jual d shopee jgak..boleh ke klau nk pos direct ke cust dr shope? ke kna pos ke sy dlu bru sy pos ke cust? klau nk pos direct ke cust cmna ye? tak jd double ke tracking no?

          1. Eezwan Manaf says

            Salam. Kena pos dulu ke alamat sendiri baru pos ke customer

      2. Zanariyah says

        assalam.nak tanya.seller centre dgn marketing centre sama ker

        1. Eezwan Manaf says

          Waalaikumussalam. Lain tu.

    2. Avellyn says

      Encik. Nak tanya… Shopee akan ambil brp percentage dr penjual? Lepas tu postage kira mcm mana?

      1. Eezwan Manaf says

        Shopee akan ambil 2%. Postage kalau ambil free shipping program free sahaja. Kalau manual shipping boleh tetapkan sendiri

  25. amira says

    Assalam tuan, nak tanya. sebagai dropshipper, bagaimana cara untuk submit order kepada seller di dropship ye ?

    1. amira says

      maksud sy seller di shopee.

    2. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam. Tentang ni kena hubungi seller direct dan tanya syarat2 dia. Lain seller lain cara dia

  26. Nor says

    Salam, kalau dropship shopee ke shopee, tracking yg supplier update pada sya, saya copy dan terus update pada pembeli ke tuan?

    1. Eezwan Manaf says

      Salam, Ye betul

      1. CtAisah says

        Salam. Encik macam mana klu nak updated 2tracking no.. Satu dari oversea.. Satu trackimg bila smpi malaysia packing baru ke poslaju

        1. Eezwan Manaf says

          Salam. Hanya bagi tracking dari poslaju sahaja. Nanti masukkan bila dah arrange shipment

  27. mohd nasir says

    Assalamualaikum En. Eezwan,
    Bagaimana proses pembayaran dari pembeli dan release payment kepada penjual berlaku, Tiada tetapan disediakan untuk key in nombor akaun dll.

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam

      Pembayaran dilakukan kepada pihak Shopee dan duit akan masuk ke dalam e-wallet seller selepas barang dah dapat. Untuk pengeluaran perlu setting no akaun. Shopee akan minta untuk tetapkan no akaun bila nak withdraw nanti.Boleh klik pada my wallet bila nak tengok baki.

      1. Belle says

        jadi mksud di sini seller perlu ada modal sendiri dulu la untuk postkan barang tu,contoh macam jualan secara pre oder,,sbb buyer akn byar pada shopee,kmdian dpt brg bru shopee akn release payment kpda seller

        1. Eezwan Manaf says

          Ye betul. Kena guna modal sendiri dulu.

    2. UMI SUHAILI WAHAB says

      Salam en eezwan..macam mana kalau nak letak harga asal dan harga diskaun ?

      1. Eezwan Manaf says

        Salam. Pergi kat bahagian marketing centre. Pilih Discount promotions

  28. Ann says

    Tuan, kalau sy set alamat dkt shopee dkt Selangor tapi barang pos dari kelantan boleh ke? Pos laju akan reject tak sbb negeri berbeza?

    1. Eezwan Manaf says

      Boleh, pos terima je..cuma bila tracking nanti dia akan nampak dari Kelantan je la

  29. Jesson says

    Salam.saya baru nak berjinak dgn shope ni.tak da barang nak dijual.nak jadi agendropship saja kat shopie.ada sesiapa tak yang perlukan agen dropship. Wasap saya kalau ada 01160678938

  30. Athi says

    Hi, nak tanya kalau hantar secara manual, memang kena beli plastik poslaju yg harga 0.5kg rm7.90 dan 1kg rm10.90 tu ke ? Kalau letak barang dlm flyers dan tulis kertas tu je boleh ke ? Flyers kan murah lagi ?

    1. Eezwan Manaf says

      Letak dalam palstik mana-mana pun tak pe. Yg penting borang poslaju je

      1. Ainur says

        Assalammualaikum tuan.. sy bru join shoppee.. sy ada masalah dgn buyer yg chat sy tp scammer cz mereka srh sy plak yg dok refund duit yg konon2 mereka terlebih masuk duit pdhal duit xde dlm akaun then dlm chat siap keluar banner user?? Cmne cr sy utk ambil lgkah brjaga2.. smpaikan sy letak auto chat cth: sorry payment just on shoppee.. adakah ianya betui tindakan sy..

        1. Eezwan Manaf says

          Waalaikumussalam.. ye betul payment hanya melalui Shopee. Kalau dia nak refund, dia perlu tunjuk bukti.

          1. Lenny says

            Macam mana ya.. Customer dah dapat barang tapi tak teman Terima.. Macam mana duit tu boleh ke Masuk ke wallet Kita automatic

          2. Eezwan Manaf says

            Kalau dia tak tekan selepas 3 hari duit akan automatik masuk dalam wallet

          3. Shahyaya says

            salam encik,saya baru nak berniaga dan tiada produk,boleh ke saya berniaga dan macan mana saya nak dapat produk itu?

          4. Eezwan Manaf says

            Salam. Produk boleh jadi dropship. Salah satu channel nk jadi dropship boleh ke sini https://sini.link/shopee

  31. amira says

    Assalamualaikum tuan, macam mana kita nak tahu customer dah settel bayar barang yang mereka beli pada kita ?

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam

      Bila notification ‘to ship’ dah naik maksudnya bayaran dah complete ke Shopee

    2. Nur says

      Asalam tuan, saya nk tnya..bagaimana dengan tracking no jika saya dropship contoh situasi: saya menerima order dari pembeli, dan saya order brg dri supplier, suplier kemudian update tracking ke acc shopee sy..dan adakah tracking yg sama saya berikan kpd pembeli?

      1. Eezwan Manaf says

        Waalaikumussalam

        Ye mesti guna tracking yang sama.

  32. Afiq says

    Sy jual baju. Kata kan sy ada 10 helai baju saiz S, sy ikut mcm cara nk masukkan produk di atas. Kalau sekiranya sy ade kedai lain kat luar, dan dah jual 5 helai,, boleh ke update stock secara manual di shopee ni?

    1. Eezwan Manaf says

      Ye boleh update manual. Klik edit sahaja pada produk dan tukar stock kat situ

  33. alia says

    Salam nk tanya laa.. plastik guna plastik pos or beli dri shopee ye? kalau guna plstik pos kita kene beli ke?

    1. Eezwan Manaf says

      Semua plastik kena beli. Beli kat poslaju pun boleh. saiz M 50pcs dalam RM12

  34. nur says

    salam. nak tny, klu barang dah di jual, mcm mn nk remark barang tu dah sold?

    1. Eezwan Manaf says

      Hanya selepas buyer confirm dah receive baru ia akan remarks sebagai sold.

  35. Sasa says

    Bila da isi maklumat then masukkan no akaun mmg kena caj ke?

    1. Eezwan Manaf says

      Caj untuk apa ye?

    2. Aisyah says

      Salam dropship klau brg xde ngan kita letak no tracking dia akan naik update kt situ n kat cust yaa?

      1. Eezwan Manaf says

        Waalaikumussalam

        Dia akan naik kat status pembelian.

        1. Syah says

          Salam. Sy post barang melalui pos laju . Tapi tersalah tekan “others” tak ape ke ? Tp tracking pos laju .. macammana ye ?

          1. Eezwan Manaf says

            Kalau buat manual shipping just masukkan tracking no tu dalam ruangan tracking

  36. Syuhada says

    Salam, macam mana saya sebagai pemula peniaga nak dapat kan free shipping pada kedai saya?

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumusslam. Boleh cek pos saya tentang Cara Pos Barang di Shopee. Dalam tu saya ada terangkan cara untuk apply

      1. Shahyaya says

        Salam encik,saya baru nak belajar berniaga dan tiada produk,boleh ke ?boleh tunjuk cara2 nya..

        1. Eezwan Manaf says

          Salam. Boleh cuba panduan ni https://sini.link/shopee

  37. tage sebalo says

    Harap boleh menbantu.. Dengan ini adakah kita yang menetapkan harga untuk product yang kita jual?

    1. Eezwan Manaf says

      Ye harga kita yang tetapkan sendiri

  38. Ekhsan says

    Salam tuan, macam mane ye sy sebagai penjual nak apply utk org yg beli melebihi rm19 dh free shipping?

    1. Eezwan Manaf says

      Kalau yg min spend RM19 dapat free shipping kena masuk campaign yang shopee tetapkan

      1. ummu says

        salam tuan,macam mana cara nak masuk campaign yang shopee tetap kan?? saya nak apply kalau cust beli lebih rm19 free ship

        1. Eezwan Manaf says

          Campaign tu nanti kena sentiasa check dalam bahagian marketing. Campaign tu walaupun apply tak semestinya dapat. Shopee akan select seller

  39. zawiah says

    Salam Tuan,
    mcmana nak buat iklan shopee?

    1. Eezwan Manaf says

      Iklan Shopee boleh buat kat bahagian Marketing Centre

  40. Nur Syahida Jamal says

    Kalau kita ni dropship sahaja, boleh ke buka kedai di shopee ?

    1. Eezwan Manaf says

      Boleh tak ada masalah

  41. zul says

    tuan stelah buyer buat pembayaran pada seller adakah duit itu trus masuk ke akaun seller atau di hold dulu oleh shopee?

    1. Eezwan Manaf says

      Akan hold dulu oleh Shopee sehingga completed (Barang dah sampai)

  42. Abd Rozak says

    Assalam…maaf nk buat iklan kat shopee kena byr tak…

    1. Eezwan Manaf says

      Ye kena bayar 🙂

    2. Anonymous says

      Assalamualaikum tuan. Boleh ka kalau saya sebagai dropship di instagram dan ingin menjual di shopee… Dan kalau ada cust order…bayaran dibuat dalam Shoppe atau bank online?

      1. Eezwan Manaf says

        Waalaikumussalam. Boleh

        Bayaran melalui online banking terus ke shopee

        1. Wawa says

          Saya dah sign up as seller dekat shoppe,tapi tak jumpa nama kedai dalam search, produk pun sama..ada tempoh tertentu ke?

          1. Eezwan Manaf says

            Cuba search pakai akaun lain

  43. intan says

    salam,
    macam mana nak set jika pembeli beli lbh dr 1 kuantiti…cth shipping fee utk east malaysia rm 20 ..beli 1 charge RM 20 beli, beli 4 pn masih RM 20 jg.

    1. Eezwan Manaf says

      Shopee tak boleh set shipping price base on kuantiti macam tu..Tapi boleh set variation.

  44. Rosidi Husin says

    daftar sebagai seller guna hp boleh ke

    1. Eezwan Manaf says

      Boleh je tuan

  45. Zack says

    ASSalamuaikum.. Ada buat kelas tak untuk shoppe ni… Sya x berapa nk paham…

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam..Kelas tak ada tuan. Kalau nak tuan boleh beli panduan kat sini https://sini.link/shopee Kat situ group support dia bagus. Kalau tak faham boleh tanya direct. Siap boleh drophsip lagi dengan barang diaorang

  46. ideasideincome says

    Banyak maklumat yang disediakan di sini tentang Shopee. Mudah-mudahan tuan dimurahkan rezeki dengan sedikit ilmu dicurahkan tentang cara menjual di shopee pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

    1. Eezwan Manaf says

      Terima kasih 🙂

  47. Adam says

    Salam..ade cas xshopee knekan pada seller?

    1. Eezwan Manaf says

      Ada. 1% dari harga jualan

  48. fitrahcure says

    Good info for other readers !

    1. Ida Elmida says

      Salam..sy ada jual brg di shopee tp bila kita nk proceed untuk check out xboleh..kenapa mcm tu yea.

      1. Eezwan Manaf says

        Waalaikumussalam

        Biasanya ada tak masukkan kuantiti, harga atau shipping atau juga salah di mana-mana sewaktu masukkan produk

  49. fitrahcure says

    Panduan yang bermanfaat kepada sesiapa yang ingin belajar berniaga melalui shopee

  50. Marina Shari says

    Assalamualaikum tuan. Klo berniaga melalui shopee plastik dan borang detail utk pos blh guna yg biasa pnye ke? Mksd sy mcm plstik poslaju dan borang yg kte dpt dari pjbt pos. Sbb yg sy prsn seller mggunakan borang print

    1. Eezwan Manaf says

      Waalaikumussalam.. Boleh tapi yang tu yang manual shipping. Kalau ambil program free shipping dari shopee baru guna borang yang kena print

      1. tasha says

        macam mana nak ambik program free shipping tu boss?

        1. Eezwan Manaf says

          Boleh cari pos saya tentang cara pos barang di shopee. Ada saya terangkan dalam artikel tu

      2. Elmira says

        Aslm…saya nak tanya shopee akan kenakan apa2 bayaran keatas penjual cth:cukai kedai @ lain2

        1. Eezwan Manaf says

          Salam. Ye ada caj. 2% transaction fee

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More