Cara Menjual Di Shopee
Nak tahu cara menjual di Shopee? Ok kali ini saya nak kongsi kepada anda tentang macam mana cara menjual di Shopee. Sebenarnya dah lama nak kongsi benda ini sebab nak menjual di Shopee bukannya susah. Lagi-lagi makin ramai pula yang keluarkan panduan Shopee ni. Point dia adalah produk mesti banyak! Kalau produk ada 1 je susah orang nak trust sebab macam tak serius je nak menjual. Tapi bukan nak kata tak boleh.. Boleh je.
Perlu diingatkan Shopee adalah marketplace. So bila dikatakan marketplace maka ramai orang mencari di sini. Trafik di Shopee juga agak tinggi ye. Waktu saya mula-mula masukkan produk dulu tak sampai beberapa hari dah ada orang yang datang membeli.
Ok tanpa membuang masa lagi jom saya tunjukkan macam mana cara menjual di Shopee:
Cara Menjual Di Shopee
1.Pendaftaran Shopee
*Update (15/9/2021)
Anda boleh tonton video di bawah ini untuk cara mendaftar di Shopee
a. Mula-mula masuk ke laman web Shopee iaitu www.shopee.com.my
b. Kemudian klik pada Sign Up (Pergi ke bahagian atas kanan website Shopee)
c. Masukkan details anda. Pastikan nombor telefon anda betul dan klik pada send verification terlebih dahulu. Setelah kod dihantar ke nombor telefon anda barulah anda boleh isi maklumat yang lain. Kemudian klik pada Sign Up
d. Jika pendaftaran berjaya, maka anda boleh terus login ke dalam akaun anda. Mudah kan nak daftar?
Ok selepas pendaftaran berjaya apa perlu dibuat? Ok dekat sini anda perlu masuk ke bahagian seller yang dinamakan sebagai Seller Centre.
2. Menetapkan maklumat kedai anda
*Update (15/9/2021)
Boleh tonton video di bawah untuk setting kedai Shopee anda.
a. Klik pada link Seller Centre (Di bahagian atas kiri)
b. Anda akan dibawa masuk ke bahagian Shopee Seller Centre. Di bahagian inilah anda akan menguruskan segala-galanya berkaitan dengan produk anda. Tapi sebelum itu anda perlu tetapkan setting kedai anda terlebih dahulu.
c. Klik pada Shop Settings. Di dalam Shop Profile ini anda perlu masukkan nama kedai anda, description dan sebagainya. Jangan tinggalkan bahagian ini kerana ia amat penting untuk kedai anda. Seboleh-bolehnya masukkan logo kedai anda dan gambar yang menarik pada bahagian profile ini
d. Anda perlu tetapkan semua yang terdapat dalam list ini. Anda boleh klik satu-satu dan masukkan maklumat yang diperlukan pada setiap bahagian.
Ok setelah selesai setting kedai anda, maka bolehlah anda boleh mula menjual dengan memasukkan produk anda ke dalam kedai anda.
3. Cara Memasukkan Produk
a) Klik di bahagian Seller Centre
b) Klik pada My Products
c) Klik Add a New Product
d) Klik Browse Image untuk masukkan gambar produk. Hanya 9 gambar sahaja dibenarkan. Pastikan pilih gambar yang paling cantik. Saiz untuk setiap gambar perlulah di bawah 2MB.
e) Masukkan nama produk anda, description, category dan attributes. Di bawah adalah contoh produk yang saya masukkan. Anda boleh research bagaimana penjual lain meletakkan nama produk dan description mereka.
f) Di bahagian price & inventory anda wajib masukkan harga dan stok terkini. Jika produk anda mempunyai variasi contohnya dari segi saiz atau warna maka anda perlu pilih Add Variations. BahagianWholesale pula adalah untuk mereka yang menjual produk mereka dengan harga borong
g) Di bahagian shipping, masukkan berat produk anda dan parcel size. Jika anda tidak tahu size sila kosongkan bahagian ini. Untuk Shipping Fee pula, pilih courier yang anda akan gunakan nanti. Untuk produk saya, saya akan pilih Pos Laju dan masukkan caj yang akan saya kenakan kepada pelanggan saya.
h) Di bahagian others ini, jika anda menjual secara pre order maka anda perlu aktifkan bahagian ini. Oleh kerana saya ambil dropship daripada China, maka saya akan pilih pre order dan tetapkan berapa hari yang saya perlukan untuk pos barang saya. Conditon pilih berdasarkan keadaan produk anda. Adakah produk anda produk baru atau 2nd hand. Parent SKU ini boleh letakkan nama produk atau brand produk untuk memudahkan anda menyemak produk anda nanti.
i) Jika anda sudah puas hati dengan semua yang anda tetapkan, sila tekan butang Save. Jika berjaya maka produk anda akan diletakkan dalam senarai produk anda.
Maka selesailah tutorial cara menjual di Shopee. Seboleh-bolehnya anda masukkan banyak produk dalam kedai anda. Lagi banyak produk, lagi banyak peluang untuk anda dapat sale dan meyakinkan pelanggan bahawa anda serius berniaga. Lepas ni dah bolehlah meniaga di shopee
InshaAllah untuk post seterusnya, saya akan terangkan bagaimana untuk menggunakan kaedah Buy Ranking & Boost Now. Untuk kali ini sampai sini dahulu. Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh tinggalkan komen di bawah ye.
Selamat menjual dan saya doakan perniagaan anda terus maju!
Bacaan berkaitan Shopee:
Encik bagaimana kalau saya jual barang tu bukan barang shipping? Maksudnya tidak menggunakan shipping pos laju dan etc. bagaimana setting nya?
Jual topup ke? Kalau macam topup kena pilih kat bahagian kategori tu. Contoh hotlink Reload
sy cari video part 3 cara add product
assalamualaikum tuan .mcm mn nk jual barang kemas ya.boleh ke dlm shopee.
haii untuk brang yang guna runner mcm mne yer ak setting?
Jika barang preorder..adakah bayaran dari customer dapat terus kepada penjual atau tunggu barang sampai kepada customer dahulu?
assalamualaikum.tuan,nk bertanya..1)skrg shoppe tentukan kurier apa yg akan hantar brg kpd buyer,adakah walaupon sy hanya on kn satu satunya jnt shja dlm penghantaran kedai online sy,shoppe masih blh pilih kurier yg lain?sbb sy dpt info shoppe akn pilih salah satu dr pilihan kurier kita.. tp mcm sy ,sy cuma on kn jnt semata..
2)kalau kena shoppe Express,nk drop barang kt mna ye..
trima kasih ats bantuan tuan .
Waalaikumussalam. Kalau on J&T sahaja, Kita perlu hantar ke J&T sahaja. Shopee Express saya tak berapa pasti.
Bagaimana caranya Beli product Di China untuk Di Jual online Di shopee
Untuk yang ni kena cari guru yang sesuai. Sebab bab ni saya belum cover lagi. Takut tersalah ajar. 🙂
Slm…saya nak tanya macam mana dengan yuran atau ada apa apa charge yang dikenakan oleh shopee kepada penjual?
Fees dalam 2.12% dari harga jualan. Ini untuk mereka yang baru menjual (Bawah 100 order). Selepas 100 order fee yang dikenakan adalah 3.18% termasuk SST
Assalamualaikum..tuan
Sya nk tnya..sya dh jual produk tp saya tk ada printer..so sya tk blh nk cmfomkn penghantaran kt app shopee..tp sya dh pos produk tu kt custemer..mcm mne sya nk sah kn penghantaran tu..mohon penjelasan
Waalaikumussalam. sepatutnya kena print dan hantar ke courier. Courier akan scan yang akan menentukan produk tu dah hantar ke belum. Kalau dah hantar minta buyer klik confirm bila barang dah sampai
assalamualaikum tuan. saya ada masalah lah. kenapa bila cust nk order tak lepas sampai ke cheackout erk? sebelum ni boleh. tapi selepas sya cancel salah satu ordr dri cust, pruduct sye terus x boleh checkout. dia ada tulis
” erro : your checkout attempt has been rejected due to unusual activities in youraccount. subsequent attempts may result in a range of actions including but not limited to accout suspension and seller penalty points.
harap tuan dapat membantu.
Kes ini mungkin ada penyalgunaan atau kena report dengan customer. So better contact shopee untuk kes macam ni