fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Fungsi Baru Whatsapp 2018

2,293

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Baru-baru ini Whatsapp telah menambah satu fungsi baru di dalam aplikasinya. Fungsi baru Whatsapp yang dimaksudkan adalah setting group di mana kini admin sahaja yang boleh menghantar mesej kepada ahlinya. Jika anda perasan sebelum ini Whatsapp tidak boleh cipta channel seperti mana Telegram. Dengan fungsi ini, ia lebih menyerupai channel di dalam Telegram dan amat sesuai untuk menyampaikan pengumuman-pengumuman penting sahaja.

Dengan ada fungsi baru whatsapp ini ia akan mengurangkan perbualan-perbualan panjang yang tidak ada kena mengena dengan tujuan asal group ditubuhkan iaitu hanya ingin menyampaikan maklumat penting. Disebabkan itulah fungsi ini ditambah.

Ok macam mana nak setting supaya hanya admin sahaja yang dibenarkan untuk menghantar mesej di dalam Whatsapp? Jom ikut tutorial di bawah ini.

Cara Menggunakan Fungsi Baru Whatsapp

Nota: Untuk langkah ini saya akan menggunakan Android

1. Langkah pertama adalah anda perlu memastikan aplikasi Whatsapp anda terlebih dahulu dikemaskini (update)

2. Masuk ke dalam group yang sedia ada. Jika tiada group anda boleh create baru terlebih dahulu. Kemudian klik pada menu di atas kanan skrin yang bertanda titik

Fungsi Baru Whatsapp

3. Kemudian anda klik pada Group Info

4. Langkah seterusnya klik pada Group settings

5. Di dalam Group settings anda akan nampak dua setting di atas sekali iaitu Edit group info dan Send messages. Klik pada kedua-duanya satu persatu.

6. Di bahagian ini anda perlu pilih option Only admin dan klik ok. Dengan melakukan perkara ini anda sebagai admin sahaja yang boleh menghantar mesej kepada ahli-ahli di dalam group anda.

 

Versi Video

 

Kesimpulan

Dengan adanya fungsi baru Whatsapp ini ia akan memudahkan anda untuk menyampaikan maklumat ataupun pengumuman-pengumuman penting sahaja. Jika anda mempunyai ahli yang ramai fungsi terbaru ini akan memudahkan kerja anda untuk menyampaikan berita-berita tanpa ada perbualan-perbualan yang tidak penting. Lihat rajah di bawah, hanya admin sahaja yang boleh hantar mesej. Ahli-ahli yang lain tidak akan nampak kotak perbualan seperti mana biasa.

Tiada kotak perbualan seperti mana biasa

Jika anda persoalan atau perkongsian sila tinggalkan jejak anda di bawah. Jika anda ingin mengetahui bagaimana cara untuk whatsapp tanpa save nombor telefon anda boleh bacanya di SINI

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More