fbpx
Eezwan Manaf
Tukang Blog WordPress

Cara Masukkan Promo Code Billplz

2,055

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Setiap kali ada sesuatu perayaan atau event, Billplz pasti akan hantar email untuk berikan kredit percuma. Biasanya bernilai RM10 la. Banyak juga tu. Lebih kurang 6 transaksi boleh digunakan untuk nilai RM10. Sebab setiap kali ada transaksi, Billplz akan tolak RM1.50 daripada kredit kita.

Contohnya baru-baru ini, Billplz telah hantar promo code sempena Krismas dan tahun baru. Promo Code tersebut adalah seperti berikut: CATCHTHATBUS.COM

Promo code ini akan tamat 31 Disember 2018. Kalau anda terbaca blog saya ini selepas tarikh ini harap maaf la ye sebab kod ini dah tak boleh pakai dah..

Jadi bolehlah tebus RM10 dengan kod ini. Tapi itulah tiba-tiba hilang punca “Macam mana nak claim ni?”. Cari-cari tempat nak masukkan kod tu tak jumpa plak. Macam terjadi kat saya juga, “eh kat mana nak masukkan kod ni?”. Ha disebabkan itulah saya buat tutorial ni. Ok jom follow

Cara Masukkan Promo Code Billplz

Saya anggap anda dah ada akaun Billplz ye.

  1. Login terlebih dahulu ke dalam akaun Billplzkupon billplz
  2. Kemudian klik pada ikon + di bahagian atas sekali pada Credit Balance. Jika dilihat di sini baki saya hanya tinggal RM4 sahaja 😀Add credit balance billplz
  3. Di bahagian Promo Code, sila masukkan kod yang anda dapat dan klik pada Apply Code.promo code billplz
  4. Dan jika berjaya, kredit anda akan terus dimasukkan. Untuk kod ini, RM 10 telah dimasukkan ke dalam akaun saya. Terima kasih Billplz 🙂
  5. Ok itu saja tutorial cara nak masukkan promo code ke dalam Billplz. Senang je sebenarnya cuma itulah kadang-kadang tak tahu. Jadi saya harap perkongsian ini membantu anda.

Terima kasih kerana membaca

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More