Cara Menjual Di Shopee
Nak tahu cara menjual di Shopee? Ok kali ini saya nak kongsi kepada anda tentang macam mana cara menjual di Shopee. Sebenarnya dah lama nak kongsi benda ini sebab nak menjual di Shopee bukannya susah. Lagi-lagi makin ramai pula yang keluarkan panduan Shopee ni. Point dia adalah produk mesti banyak! Kalau produk ada 1 je susah orang nak trust sebab macam tak serius je nak menjual. Tapi bukan nak kata tak boleh.. Boleh je.
Perlu diingatkan Shopee adalah marketplace. So bila dikatakan marketplace maka ramai orang mencari di sini. Trafik di Shopee juga agak tinggi ye. Waktu saya mula-mula masukkan produk dulu tak sampai beberapa hari dah ada orang yang datang membeli.
Ok tanpa membuang masa lagi jom saya tunjukkan macam mana cara menjual di Shopee:
Cara Menjual Di Shopee
1.Pendaftaran Shopee
a. Mula-mula masuk ke laman web Shopee iaitu www.shopee.com.my
b. Kemudian klik pada Sign Up (Pergi ke bahagian atas kanan website Shopee)
c. Masukkan details anda. Pastikan nombor telefon anda betul dan klik pada send verification terlebih dahulu. Setelah kod dihantar ke nombor telefon anda barulah anda boleh isi maklumat yang lain. Kemudian klik pada Sign Up
d. Jika pendaftaran berjaya, maka anda boleh terus login ke dalam akaun anda. Mudah kan nak daftar?
Ok selepas pendaftaran berjaya apa perlu dibuat? Ok dekat sini anda perlu masuk ke bahagian seller yang dinamakan sebagai Seller Centre.
2. Menetapkan maklumat kedai anda
a. Klik pada link Seller Centre (Di bahagian atas kiri)
b. Anda akan dibawa masuk ke bahagian Shopee Seller Centre. Di bahagian inilah anda akan menguruskan segala-galanya berkaitan dengan produk anda. Tapi sebelum itu anda perlu tetapkan setting kedai anda terlebih dahulu.
c. Klik pada Shop Settings. Di dalam Shop Profile ini anda perlu masukkan nama kedai anda, description dan sebagainya. Jangan tinggalkan bahagian ini kerana ia amat penting untuk kedai anda. Seboleh-bolehnya masukkan logo kedai anda dan gambar yang menarik pada bahagian profile ini
d. Anda perlu tetapkan semua yang terdapat dalam list ini. Anda boleh klik satu-satu dan masukkan maklumat yang diperlukan pada setiap bahagian.
Ok setelah selesai setting kedai anda, maka bolehlah anda boleh mula menjual dengan memasukkan produk anda ke dalam kedai anda.
3. Cara Memasukkan Produk
a) Klik di bahagian Seller Centre
b) Klik pada My Products
c) Klik Add a New Product
d) Klik Browse Image untuk masukkan gambar produk. Hanya 9 gambar sahaja dibenarkan. Pastikan pilih gambar yang paling cantik. Saiz untuk setiap gambar perlulah di bawah 2MB.
e) Masukkan nama produk anda, description, category dan attributes. Di bawah adalah contoh produk yang saya masukkan. Anda boleh research bagaimana penjual lain meletakkan nama produk dan description mereka.
f) Di bahagian price & inventory anda wajib masukkan harga dan stok terkini. Jika produk anda mempunyai variasi contohnya dari segi saiz atau warna maka anda perlu pilih Add Variations. BahagianWholesale pula adalah untuk mereka yang menjual produk mereka dengan harga borong
g) Di bahagian shipping, masukkan berat produk anda dan parcel size. Jika anda tidak tahu size sila kosongkan bahagian ini. Untuk Shipping Fee pula, pilih courier yang anda akan gunakan nanti. Untuk produk saya, saya akan pilih Pos Laju dan masukkan caj yang akan saya kenakan kepada pelanggan saya.
h) Di bahagian others ini, jika anda menjual secara pre order maka anda perlu aktifkan bahagian ini. Oleh kerana saya ambil dropship daripada China, maka saya akan pilih pre order dan tetapkan berapa hari yang saya perlukan untuk pos barang saya. Conditon pilih berdasarkan keadaan produk anda. Adakah produk anda produk baru atau 2nd hand. Parent SKU ini boleh letakkan nama produk atau brand produk untuk memudahkan anda menyemak produk anda nanti.
i) Jika anda sudah puas hati dengan semua yang anda tetapkan, sila tekan butang Save. Jika berjaya maka produk anda akan diletakkan dalam senarai produk anda.
Maka selesailah tutorial cara menjual di Shopee. Seboleh-bolehnya anda masukkan banyak produk dalam kedai anda. Lagi banyak produk, lagi banyak peluang untuk anda dapat sale dan meyakinkan pelanggan bahawa anda serius berniaga. Lepas ni dah bolehlah meniaga di shopee
InshaAllah untuk post seterusnya, saya akan terangkan bagaimana untuk menggunakan kaedah Buy Ranking & Boost Now. Untuk kali ini sampai sini dahulu. Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh tinggalkan komen di bawah ye.
Selamat menjual dan saya doakan perniagaan anda terus maju!
Bacaan berkaitan Shopee:
Salam tuan.bolehkah kita sebagai dropship beli dari kedai sendiri..
Tak digalakkan. Shopee boleh trace
Salam. bolehlah saya memiliki lebih daripada satu kedai dalam Shopee?
Waalaikumussalam. Boleh. Daftar guna email berlainan
Askm Tuan..kenapa ya sy xblh save dkt ruangan kos penghantaran(berat dan saiz barang)
Waalaikumussalam. Cuba lihat error yang bertanda merah. Mesti ada salah isi
Bang kalau berniaga dari rumah je bole ke masuk shopee.. Ke wajib ada kedai dan lesen.. Mohon pecerahan bang.. Tq
Perniagaan online sekarang wajib ada lesen SSM. Kedai tak wajib. Boleh jalankan di rumah sahaja.
Assalam tuan, nak tanya.. As a seller, shoppe ada ambik comission ke setiap jualan kita?
Waalaikumussalam. Ye Shopee akan akan ambil fee dari setiap jualan
salam tuan. betul ke kalau kita jadi dropship kt shopee, kene pakai duit kita dulu utk bayar ke supplier sbb shopee hold bayaran customer?
Waalaikumussalam. ye betul kena pakai duit sendiri dahulu
Salam tuan, kenapa sy boleh masuk 9 gambar shj, sedangkan penjual lain boleh masuk banyak gambar sehingga 20++ gambar?
Gambar banyak tu sebab ada variation. Boleh masuk gambar dalam variation. Contoh Warna.
assalamualaikum tuan.. daun rokok,tembakau atau sebarang bentuk rokok buleh x jual di dalam shoppe..
Waalaikumussalam. Tak boleh rasanya. Kalau cari dalam Shopee pun tak ada orang yang jual.
Salam Tuan. Kalau guna phone sahaja dpt tak set semua ni?
Waalaikumussalam. Boleh set pakai phone je. Tak ada masalah
Assalamualaikum tuan, Sya baru nak jual…bahagian berat tu xpaham. Contoh Kalau berat barang 200gm saya masukkan 200 dia jadi 200kg. Camne nak tulis ke dalam gm ye. Tkasih kerana membantu.
Waalaikumussalam. 200gm bersamaan dengan 0.2kg.. so masukkan 0.2kg
Assalam tuan,saya berminat untuk jadi seller..tpi sy bukanlah peniaga…barang pun xde…xde idea nk berniaga ape…xtaw nak ambik brg dri mne2 supplier…kalau boleh,mohon tunjuk ajar
Salam, macam mana nak edit letak banyak price dlm satu iklan shj?
Waalaikumussalam. Guna variation
Salam tuan. Saya baru saja memulakan perniagaan d shoope. Barang yang saya jual hanya melalui live shoope. Soalan saya,macamna cara mmbuat harga di bahgian untuk di berikan kepada pelangan di bahgian chat shoope? Mohon bantuan tuan. Terima kasih
Assalamualaikum encik .. kalau nak guna JnT .. mcm mana nak daftar free shipping program tu ye ? Kene daftar mcm kat poslaju ke .. mintak borang pl9 tu ??
Waalaikumussalam. JnT tak perlu mohon. Dah ada dalam Shopee. Terus boleh guna.
Sy da masukkan berat produk tapi xboleh simpan…kenapa yer..
Kemungkinan ada bahagian yang salah isi atau tak dimasukkan. Cuba tengok error merah
saya nk sisi ruangan harga sheeping tp x naik mcm tuan punya🥴
klu berat bawah 1kg kena letak 1kg jer
Salam tuan, nk tanya kalau tajuk barang yg kita jual 2 panjang xbleh muat dlmruang variasi produk, ada cr lain ke nk masukkn.
Variasi tu pendekkan. Letak kod saja..Pastu cerita panjang letak kat description
maaf tuan nak tanya, kalau admin saya xpakai shopee, dia pos pun biasa timbang kilo kalau saya je jual kat shopee boleh ke
Kena masukkan berat nanti kalau guna Shopee
Terima kasih atas perkongsian tuan. Semoga tuan dimurahkan rezeki.
Sama-sama. Tq kerana sudi melawat blog 🙂
Bagaimana cara tukarkan kg ke gram sebab barang 0.8 gram
Ringan je? Barang apa tu? kalau 0.8 gram bersamaan dengan 0.0008kg
Assalamualaikum..Kalau sy nak pasarkan anak2 pokok blh tak dlm shopee
Waalaikumussalam. Boleh tapi cara pengeposan kena fikir yang sesuai
Hi, saya nak tanya untuk meniaga di shopee wajib ke kena ada laptop ? Sebab sekarang dah wujud smartphone printer. Adakah cukup kalau guna smartphone sahaja ?
Hi. tak perlu pun guna laptop sekarang. Boleh guna phone kalau phone boleh print guna bluetooth atau wifi
Salam… Nak tanya kenapa kt bahagiN shipping fee saya tiada poslaju? Hanya boleh pilih dhl dan j&t
Pos laju kena apply.
Macam mana nak aply pos laju
Boleh cek pos saya tentang Cara Pos Barang Di Shopee (Malaysia)
Salam.. nak tanya.. biasa shoppe akan ambil berapa percent dari item yg terjual??
Shopee akan ambil 2.12%
assamualaikum, saya nak tanya,,bagaimana nak letak harga produk semenanjung 29.00 dan harga sabah dan sarawak 36.00 didalam sales information shopee? puas dah cari caranya…
Cuba tengok sini https://help.shopee.com.my/s/article/How-do-I-set-shipping-options-for-my-shop-1542971592270
Assalamualaikum…Tuan saya nak tanya..saya jual baju bundle baby secara live…lepastu macam mane saya nak set berat dia utk cost postage. Contoh baju sehelai ade Rm1 hingga Rm5. Dia beli total dlm Rm30..
Waalaikumussalam. Guna yang free shipping dari J&T atau DHL.. Berat dia kira secara automatik. Just masukkan berat baju sahaja
Assalamualaikum. kenada pada list product saya ditandankan ‘invalid atrribute’ ?
Waalaikumussalam
Ada setting tak betul tu
Assalamualaiku tuan.. Sy nk tnyee..sy jdi dropship..tapii seller yg sy jdi dropship nii..xde shoppe..pastu cmne ye sy nk amek waybill tuu? Kne mintak dri seller ke?
Waalaikumussalam. Kalau dia tak ada shopee macam mana nak ambil waybill? Biasanya seller yang akan hantar barang tu. So minta dengan dia tracking no sahaja.
assalamualaikum tuan.sy baru meniaga kat shoppe,boleh tunjukkan x cara nak masukkan tracking no dr seller luar ke dlm kedai shoppe sy.
Masa klik dekat ship tu nanti akan keluar bahagian tracking number masukkan kat situ
salam tuan ,, kenapa lepas saya publishkan pos , tapi bila di check , tak wujud pula posting tu ,,,
Cuba tengok ada tak error waktu publish tu. Kadang-kadang pernah terjadi ingat dah publish rupanya tak sebab ada benda tak dimasukkan sebagai contoh tak masukkan kategori
Terima kasih atas perkongsian tuan. Semoga dimurahkan rezeki atas perkongsian yg bermanfaat ini 🥰
Sama-sama. Semoga bermanfaat
Salam tuan..nak tanya.. Kalau nak menjual d shoppe perlu ada kedai dulu ke? Klo takde kedai.. Simpan stok jualan dkt rumah saja boleh menjual dkt shopee ke? Tq atas pencerahannya..😊
Tak perlu kedai. Tiada syarat untuk ada kedai.
salam, saya nak tanya. kenapa kat bahagian shipping tu takde pilihan untuk poslaju? cuma ada jnt dan dhl sahaja. kenapa ya?
Pos laju kena mohon.
salam tuan..kalau kita jual brg dr dropship supplier dlm shopee.. maklumat shipping & pickup address tu letak address kita sendiri atau address dropship supplier kita?
Salam. Letak address kita pun tak pe.
salam , boleh ka kalau saya live kat shopee tapi saya tak pernah jual atau post apa apa cuma saya live ni first time untuk saya jual baju. Macam mana pula dengan viewers kalau takdak pengikut ramai ? live tersebut akan naik dekat org lain yg tak follow kita jugak kan?
Salam tuan, kenapa bila saya masukkn berat, dia tak boleh simpan
apa maksud tak boleh simpan?
Saya ade buat akaun shopee sebagai seller, tp nk manage dr apps nye susah.. Perlu ke website shopee jugak. Adakah saya boleh dpt notifications dan boleh terus bukak di apps shopee terus?
Apps shopee memang susah sikit dan berbeza dengan desktop. Dan kita tak boleh print waybill ye dari apps. Notification akan dapat dan boleh manage melalui phone
saya punya shopee tak ada pun seller center. start selling ada la.
kat website utama ada jika buka pakai laptop/pc. Kalau buka melalui phone boleh ke My Account
Assalam maaf brtnye..slpas ke my acc trus bleh start selling ke…melalui apps
ye boleh start selling terus
Aslm tuan sy da iklankan produk tp mengapa xde yg nak beli n da sthn sy iklankan
Salam. mungkin cuba tukarkan tajuk produk dan gambar yang sesuai. Masukkan lebih banyak produk. Jika masih tak berjaya boleh guna servis My ads yang ada dalam Shopee
Assalamualaikum,, produk yg sy jual under review shopee manually.. Ambil masa dlm sehari kn.. Ada kmungkinn ke, post itu akn terpadam.. Sy takut apa kesalahan sy.
Waalaikumussalam. Pos tak akan terpadam. Cuma dia tak akan publish sahaja.
Assalam tuan, Nak tanya tuan ada buat perkhidmatan upah/buat blogspot atau lain2 untuk jual/bina produk
Salam. Ye saya ada buat servis website. Boleh email saya di contact@eezwanmanaf.com
Salam Tuan, saya baru saja berdaftar sebagai seller baru. untuk bahagian berat saya masih confuse. Jika jual beg berapa kah berat nya? kalau baju berapa beratnya? Dimanakah rujukna yang saya boleh dapat untuk setiap berat item.
Terima kasih.
Salam. yang ni kena timbang sendiri. Beli penimbang kuih tu pun boleh yang harga belas-belas ringgit tu sebab barang ringan sahaja.
Assalamualikum Tuan.. Terima kasih dengan perkongsian tuan..
Cuma saya tertanya-tanya macamana caranya kita akan mengetahui seseorang pelanggan telah membeli barang kita di dalam Shopee.. Adakah akan di pop-up di email kita atau macamana.
Saya mahu memulakan berniaga di shopee untuk menambah pendapatan. Diharap mendapat tunjuk ajar.
Terima Kasih
Waalaikumussalam. Ye akan dapat notifikasi di phone dan juga email. Selain tu boleh sentiasa cek kat website.
Assalam Tuan, kalau jdi dropship at shopee. Kalau ada cust cancel/ refund order apa patut kena buat?sedangkan kita dh payment at hq. Mohon pencerahan
Waalaikumussalam
Kalau macam tu kena contact hq. Shopee tak ada kaitan dengan Hq. Shopee antar seller sahaja. Jadi kalau buyer nak refund kena dispute atau approve sahaja
Salam tuan,
Bolehke dropship jual guna shopee nak setkan pick up address ikut produk?
Salam. Tak boleh rasanya.
Salam tuan. Saya telah berjaya menjual produk pertama saya.bahagian ” i will droffoff’ tu tak muncul muncul pula. kenapa jadi begitu yer. so saya tak dapat print waybill tu(bil tu tak muncul)
Mungkin website tengah problem tu. Cuba refresh web dari masa ke semasa
As salam tuan,mcm mana sy nk tau product sy dh bole di jual di shoppe, sbb bila sy search nama product, xd dlm search.
Kena tunggu sehingga dia muncul. Kalau search cuba search sama macam tajuk
Assalamualaikum nak t y Mcm Mana nak set harga postage klu beli lebih dr 1 barang ye?
Waalaikumussalam. Boleh buat variant atau buat produk asing-asing
Utk pengeposan tu mcm mana ya? Proses nk pos barang ? Numb tracking? Proses pembayaran sehingga selesai barang dpt pd cust tu semua mcm mana?
Boleh baca pos saya tentang cara pos barang di Shopee
Salam bang. Saya nk tanya.. cas shipping ni mmg shopee cas kat seller ke bang?? Ape guna free shipping program yg saya join tu ye.. adakah untuk seller je..
Shopee tak caj shipping kat seller. Shopee caj kat customer. Untuk seller free sebab tu dinamakan free shipping program.
Assalam tuan, saya sudah upload gambar product saya tetapi bagaimana saya mahu kan perkataan boots tu keluar dari product tu? x ada di bahagian akaun saya
pergi ke bahagian my products
assalamualaikum tuan, mohon bantuan saya gagal pilih kategori utk proses add product so tak boleh nak submit.. guna app kat hp
Waalaikumussalam..Cuba tengok apa error yang keluar?
Assalamualaikum.Sya ingin bertanya.Setelah mendaftar sebagai penjual di shopee, adakah saya perlu membuat bayaran sebulan/setahun sekali kepada pihak shopee?
Waalaikumussalam. Tak perlu. Shopee hanya tolak 2% dari sale
Caj 2% tu mmg akan dikenakan pd setiap kali jual brg ye tuan ?
Ye 2% akan dikenakan setiap barang terjual
salam tuan, saya baru cuba daftar menjual & tambah produk shopee ikut step tuan bagi. TKasih kongsi ilmu. masalah pd “pilih kategori” tidak berjaya & tak boleh submit apa yg saya masukkan
Salam. Perlu masukkan product name terlebih dahulu dan baru pilih kategori.
yes tuan, dah masukkan semua hanya dikotak kategori dia tak nak pick up apa yg saya klik/pilih walau dah cuba pelbagai kategori lain